Jika anda menggunakan Content ID untuk mengurus kandungan anda, anda perlu mematuhi dasar ciri ini, yang merangkumi sekatan terhadap kandungan yang boleh anda tuntut.
Tuntutan kandungan yang tidak anda miliki secara salah boleh menyebabkan masalah kepada pencipta YouTube dan menjejaskan reputasi anda dalam komuniti YouTube.
Gunakan amalan terbaik yang disenaraikan di bawah untuk membantu anda mengelakkan atau menyelesaikan isu lazim dengan tuntutan:
Elakkan tuntutan berlebihan
Pastikan anda memahami jenis kandungan yang layak untuk Content ID supaya anda dapat mengelak daripada membuat tuntutan berlebihan.
Selain itu, anda boleh menggunakan ciri yang berikut mengikut keperluan untuk mengelakkan tuntutan berlebihan:
- Pengecualian rujukan: Kecualikan bahagian fail rujukan yang bukan milik anda.
- Dasar pemadanan tersuai: Tetapkan ambang minimum atau parameter lain.
- Semakan manual: Halakan ambang tertentu atau jenis tuntutan kepada semakan manual.
Semak tuntutan anda yang dipertikaikan dan dirayu
Semakan tuntutan yang dipertikaikan dan dirayu merupakan antara cara terpantas untuk mengenal pasti masalah dengan tuntutan. Ketahui cara mengambil tindakan terhadap masalah tuntutan, seperti melepaskan tuntutan yang dipertikaikan.
Perlu diingat bahawa mengambil tindakan ke atas satu tuntutan tidak semestinya akan menghalang masalah masa hadapan. Pastikan anda juga menyemak dasar yang dikaitkan dengan tuntutan dan edit dasar jika perlu.
Atasi masalah tuntutan dengan aset berprestasi tinggi
Semakan aset berprestasi tinggi anda terhadap masalah tuntutan membantu anda membuat kesan yang paling besar dalam usaha pembersihan anda.
Dalam Pengurus Kandungan Studio, pada halaman Aset , anda boleh mengisih aset mengikut bilangan video yang dituntut, kemudian mengklik aset berprestasi tinggi. Pada halaman butiran Aset, anda boleh:
- Mengklik Masalah
untuk melihat sebarang masalah tuntutan yang dikaitkan dengan aset, seperti tuntutan yang dipertikaikan.
- Mengklik Video yang dituntut
untuk mengesahkan bahawa anda mempunyai 100% hak eksklusif untuk kandungan yang dituntut dalam video ini.
Jika semua tuntutan tidak betul, nyahaktifkan rujukan dan lepaskan semua tuntutan pada rujukan. Jika sesetengah tuntutan tidak betul, lepaskan tuntutan yang salah dan ambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan tuntutan salah pada masa hadapan.
Semak video anda yang paling banyak dituntut
Dalam Pengurus Kandungan Studio, anda boleh menyemak video anda yang paling banyak dituntut daripada halaman Video yang Dituntut . Untuk mengisih mengikut bilangan tontonan, klik pengepala lajur Jumlah di bawah bahagian Tontonan.
Anda juga boleh mengklik bar penapis dan menggunakan penapis seperti Status Tuntutan
Tuntutan aktif dan Asal
Muat naik, Padanan Audio dan Padanan Video. Penggunaan penapis ini akan membolehkan anda menumpukan pada video yang dimuat naik pengguna dengan sekurang-kurangnya satu tuntutan aktif.
Perlu diingat bahawa pengambilan tindakan ke atas satu video yang dituntut tidak semestinya akan menghalang masalah masa hadapan. Pastikan anda juga menyemak dasar yang digunakan pada video yang dituntut dan edit dasar jika perlu.
Gunakan penapis lanjutan untuk mengecam corak
Pengurus Kandungan Studio mengandungi beberapa penapis lanjutan untuk membantu anda mengenali corak asas masalah. Anda boleh menapis mengikut jenis aset jika anda mengesyaki hanya jenis aset tertentu yang menyebabkan kebanyakan masalah tuntutan anda.
Anda juga boleh menapis mengikut status tuntutan dan asal untuk mengetahui sama ada, sebagai contoh, hanya padanan video yang menyebabkan masalah atau tidak. Lakukan percubaan dengan penapis untuk mengasingkan masalah dan mengenal pasti corak.
Senario contoh:
- Anda mendapati bahawa dakwaan yang salah datang daripada saluran tertentu.
- Kemungkinan penyelesaian: Cuba mengalih keluar keupayaan saluran itu untuk membuat fail rujukan.
- Anda mendapati bahawa dakwaan yang salah datang daripada rancangan tertentu.
- Kemungkinan penyelesaian: Cuba sediakan dasar tersuai untuk rancangan itu.
- Anda mendapati bahawa dakwaan yang salah datang daripada bahagian tertentu pustaka anda.
- Kemungkinan penyelesaian: Cuba matikan padanan Content ID untuk kandungan itu.
Nyahaktifkan fail rujukan anda
Jika kebanyakan tuntutan yang dibuat oleh fail rujukan tidak betul, nyahaktifkan rujukan untuk memudahkan pembersihan.
Jangan lupa untuk melepaskan semua tuntutan pada video yang dimuat naik pengguna yang dikaitkan dengan rujukan itu juga.