Apabila pelanggan mencari perniagaan atau tempat berdekatan lokasi mereka, mereka akan menemukan hasil carian tempatan pada Google Maps dan Search. Contohnya, pelanggan mungkin menemukan lokasi tempatan berdekatan mereka jika mereka mencari “Restoran Itali” pada telefon mereka. Google cuba memaparkan kepada pelanggan jenis perniagaan berdekatan yang mahu mereka lawati.
Anda boleh menggunakan Business Profile anda untuk meningkatkan kedudukan setempat perniagaan anda. Ketahui cara Google memperoleh maklumat perniagaan untuk hasil carian dengan lebih lanjut.
How to improve your local ranking on Google
Pastikan maklumat perniagaan anda terkini
Perniagaan dengan maklumat yang lengkap dan tepat lebih berkemungkinan dipaparkan dalam hasil carian setempat. Jika maklumat perniagaan anda tidak tepat, Business Profile anda mungkin tidak dipaparkan untuk carian yang berkaitan di kawasan anda.
Pastikan maklumat perniagaan anda dilengkapkan sebaik mungkin dalam Business Profile anda. Perkara ini membantu pelanggan mengetahui perkhidmatan yang anda tawarkan, lokasi anda dan waktu mereka boleh membuat lawatan. Berikan maklumat seperti:
- Alamat penuh anda, jika perniagaan anda memiliki lokasi yang boleh dilawati oleh pelanggan
- Nombor telefon anda
- Jenis perniagaan anda
- Butiran lain seperti ketersediaan ruang letak kereta atau Wi-Fi
Ketahui cara mengedit Business Profile anda.
Sahkan perniagaan andaTindakan ini akan memberitahu Google bahawa anda diizinkan untuk mewakili perniagaan, supaya perniagaan anda lebih berkemungkinan dipaparkan dalam hasil carian. Ketahui cara mengesahkan perniagaan anda pada Google.
Kemas kinikan waktu perniagaan anda dengan kerap yang termasuk waktu operasi kedai khas dan biasa anda. Perkara ini membantu pelanggan mengetahui waktu mereka boleh melawati perniagaan anda. Ketahui cara mengedit waktu buka anda.
Apabila anda membalas ulasan pelanggan, tindakan ini menunjukkan bahawa anda menghargai maklum balas mereka. Ulasan positif dan balasan yang berguna boleh membantu perniagaan anda menonjol. Ketahui petua untuk mendapatkan lebih banyak ulasan Google dengan lebih lanjut.
Anda boleh menunjukkan kepada pelanggan perkara yang anda tawarkan dan menceritakan kisah perniagaan anda melalui foto dan video. Ketahui cara mengurus foto atau video untuk Business Profile anda.
Penting: Perkara ini hanya tersedia untuk perniagaan runcit di negara atau rantau yang layak.
Jika anda mempunyai kedai runcit, anda boleh memaparkan produk di kedai anda pada Business Profile anda. Apabila anda berbuat demikian, produk di kedai anda mungkin dipaparkan dalam hasil carian setempat dan pelanggan boleh mengetahui produk yang ada dalam stok. Ketahui cara mempamerkan produk dalam kedai.
Fahami faktor yang menentukan kedudukan setempat
Penting: Tiada cara membuat permintaan atau pembayaran untuk memperoleh kedudukan setempat yang lebih baik pada Google. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan butiran algoritma carian disimpan secara sulit untuk membolehkan sistem kedudukan dilaksanakan seadil mungkin untuk semua.
Hasil carian tempatan secara umumnya adalah berdasarkan perkaitan, jarak dan populariti. Gabungan faktor ini membantu Google mencari padanan terbaik untuk carian pelanggan.
PerkaitanJarak merujuk pada jarak setiap perniagaan daripada pelanggan yang membuat carian. Jika pelanggan tidak berkongsi lokasi mereka, Google menggunakan maklumat yang tersedia tentang lokasi mereka.
Keterlihatan bermaksud tahap populariti perniagaan. Tempat yang menonjol lebih berkemungkinan dipaparkan dalam hasil carian. Faktor ini juga adalah berdasarkan maklumat seperti bilangan laman web yang dipautkan kepada perniagaan anda dan bilangan ulasan yang anda peroleh. Lebih banyak ulasan dan penilaian positif boleh membantu untuk meningkatkan kedudukan setempat perniagaan anda.