Akaun AdSense baru sahaja diluluskan? Anda tidak pasti perkara yang perlu dilakukan dahulu? Yang berikut ialah 3 syor untuk bermula sekarang dengan akaun AdSense baharu anda.
- Hidupkan Iklan automatik
- Biasakan diri dengan laporan anda
- Fahami masa dan cara anda akan menerima bayaran
Hidupkan Iklan automatik
Iklan automatik menemukan tempat terbaik untuk iklan pada laman anda secara automatik, yang membantu anda meningkatkan potensi pendapatan anda sambil memastikan pengalaman yang hebat untuk pelawat anda. Ikut langkah ini untuk menyediakan Iklan automatik pada laman anda.
Biasakan diri dengan laporan anda
Laporan AdSense memberi anda cerapan prestasi akaun anda dan membantu anda meningkatkan potensi pendapatan anda dengan membuat keputusan termaklum. Lawati halaman "Laporan" untuk menjejaki pendapatan anda dan metrik lain serta mengetahui prestasi iklan anda. Anda juga boleh membuat laporan tersuai anda sendiri.
Fahami masa dan cara anda akan menerima bayaran
Setelah iklan anda disediakan dan disiarkan, anda perlu melengkapkan beberapa langkah sebelum menerima bayaran. Pembayaran AdSense dibuat setiap bulan, jika anda memenuhi ambang pembayaran minimum. Lawati halaman "Maklumat pembayaran" anda untuk menjejaki pendapatan anda.