Dokumen ini mentakrifkan spesifikasi teknikal (dipanggil "Persetujuan Tambahan") yang hanya bertujuan digunakan bersama-sama Rangka Kerja Ketelusan & Persetujuan (TCF) v2 IAB Eropah untuk menghantar isyarat ketelusan dan/atau persetujuan kepada vendor yang belum berdaftar dengan Senarai Vendor Global (GVL) IAB Eropah. Spesifikasi ini membolehkan penerbit, Platform Pengurusan Persetujuan (CMP) dan rakan kongsi mengumpulkan dan mengagihkan persetujuan tambahan—bersama-sama pelaksanaan TCF mereka—untuk syarikat yang belum berdaftar dengan Senarai Vendor Global IAB Eropah tetapi berada dalam senarai Penyedia Teknologi Iklan (ATP) Google.
Perubahan pada Persetujuan Tambahan v2
Sejak bulan Disember 2023, Google telah menyokong spesifikasi Persetujuan Tambahan v2 kami. Perubahan utama adalah seperti yang berikut:
- Kemaskinian pada rentetan Persetujuan Tambahan (AC) untuk menyokong vendor yang didedahkan dalam CMP.
- Kemaskinian pada CMP API untuk membolehkan saling kendalian bagi CMP yang menyokong TCF dan Mod Persetujuan Pengiklan.
Komponen Persetujuan Tambahan
Dalam "Persetujuan Tambahan", kami menyokong:
- Rentetan Ketelusan & Persetujuan (rentetan TC) seperti yang ditakrifkan oleh spesifikasi TCF v2.2 IAB, yang mengandungi ketelusan dan persetujuan yang ditetapkan untuk vendor pada Senarai Vendor Global (GVL) IAB. DAN JUGA,
- Rentetan
addtl_consent
ringkas (rentetan AC), yang mengandungi senarai penyedia teknologi iklan (ATP) Google yang bersetuju dan/atau didedahkan yang tidak berdaftar dengan IAB.
Spesifikasi ini menentukan perkara yang berikut:
-
Format rentetan AC.
-
Sambungan kepada TCF v2.2 CMP API untuk menyokong rentetan dan kawalan AC apabila terdapat TCF dan juga Mod Persetujuan Pengiklan.
-
Cara rentetan AC perlu disimpan.
-
Cara menghantar rentetan AC menerusi rantaian pengiklanan digital.
Format rentetan "Persetujuan Tambahan" (AC)
Apakah maklumat yang disimpan dalam rentetan AC?
Rentetan AC mengandungi komponen yang berikut:
-
Bahagian 1: Nombor versi spesifikasi, seperti "
2
" -
Bahagian 2: Simbol pemisah "
~
" -
Bahagian 3: Senarai dipisahkan titik bagi ID Penyedia Teknologi Iklan (ATP) Google yang dipersetujui pengguna. Contoh: "
1.35.41.101
" -
Bahagian 4: Simbol pemisah "
~
" -
Bahagian 5: "dv." diikuti dengan senarai dipisahkan titik bagi ID Penyedia Teknologi Iklan (ATP) Google yang didedahkan. Contoh: "
dv.9.21.81
"Vendor yang disertakan dalam Bahagian 3 tidak perlu disertakan dalam Bahagian 5 untuk mengurangkan panjang rentetan.
Contoh rentetan AC
Rentetan AC 2~1.35.41.101~dv.9.21.81
bermaksud bahawa pengguna telah bersetuju dengan ATP dengan ID 1
, 35
, 41
dan 101
, ATP dengan ID 9
, 21
dan 81
telah didedahkan kepada pengguna dan rentetan dibuat menggunakan format yang ditakrifkan dalam spesifikasi v2.
Siapakah yang perlu membuat rentetan AC?
Rentetan AC hanya boleh dibuat oleh CMP berdaftar TCF IAB Eropah menggunakan nombor ID CMP yang ditetapkan pada rentetan tersebut selaras dengan Dasar IAB. Vendor atau sebarang penyedia perkhidmatan pihak ketiga lain tidak boleh membuat rentetan AC mereka sendiri.
Di manakah ATP Google akan diterbitkan?
Google akan menerbitkan senarai penyedia teknologi iklan yang tidak berdaftar dengan IAB dan ID penyedia tersebut di lokasi yang berikut:
https://storage.googleapis.com/tcfac/additional-consent-providers.csv
Bilakah rentetan AC perlu dibuat?
Dalam semua kes, rentetan AC hanya boleh dibuat apabila penerbit mematuhi Dasar Persetujuan Pengguna EU Google.
Vendor yang dipersetujui hanya perlu disertakan apabila pengguna telah memberikan persetujuan yang sah di sisi undang-undang kepada:
-
penggunaan kuki atau storan setempat lain menurut keperluan undang-undang; dan
-
pengumpulan, perkongsian dan penggunaan data peribadi bagi pemeribadian iklan oleh ATP, serta pematuhan semua syarat Dasar Persetujuan Pengguna EU Google yang lain.
Vendor yang didedahkan yang tiada persetujuan untuk
-
penggunaan kuki atau storan setempat lain menurut keperluan undang-undang; dan
-
pengumpulan, perkongsian dan penggunaan data peribadi bagi pemeribadian iklan, hanya perlu disertakan apabila ketelusan yang sesuai diberikan kepada pengguna berkenaan dengan identiti setiap ATP, termasuk pemautan kepada dasar privasi ATP seperti yang disediakan dalam senarai ATP Google.
Rentetan AC hanya boleh dibuat sebagai rentetan tambahan pada rentetan TC dan bukan sebagai ganti kepada rentetan TC. Google tidak akan memproses permintaan dan akan membuang rentetan AC bagi permintaan yang diterima oleh Google jika rentetan TC tidak tersedia untuk permintaan yang sama.
CMP yang melaksanakan spesifikasi ini mestilah memastikan bahawa rentetan AC yang dibuat oleh mereka hanya mengandungi ID daripada fail ATP Google yang diterbitkan (iaitu, vendor bukan GVL). Apabila Google menerima rentetan TC, Google akan menyemak versi GVL yang disenaraikan dalam rentetan TC tersebut. Jika versi GVL tersebut mengandungi pendaftaran untuk vendor, kawalan rentetan TC bagi vendor tersebut dan sebarang masukan rentetan AC untuk vendor tersebut akan diabaikan. Dalam keadaan ini, Google berhak untuk mengalih keluar masukan "pendua" sedemikian daripada rentetan AC dan menghantar rentetan AC diubah suai itu bersama-sama rentetan TC. Vendor selain Google tidak boleh mengubah suai rentetan AC.
Sumber berkaitan
CMP diperakui yang menyokong Persetujuan Tambahan
Senarai ini termasuk CMP diperakui yang menawarkan sokongan untuk spesifikasi teknikal Persetujuan Tambahan Google, serta versi Persetujuan Tambahan yang disokong.
Jika anda ialah CMP yang menawarkan sokongan Persetujuan Tambahan dan (1) anda tidak dimasukkan dalam senarai ini atau (2) versi Persetujuan Tambahan yang salah disenaraikan, sila akses borang pengambilan CMP dan pilih jenis permintaan "Saya mahu mengemukakan pertanyaan atau mengemaskinikan status saya". Kami akan berusaha sedaya-upaya untuk mengemaskinikan penyenaraian agar menggambarkan status anda dengan segera.
Panduan maklumat dalam senarai ini
Senarai ini termasuk maklumat yang berikut tentang setiap CMP diperakui:
- CMP Diperakui: Nama CMP diperakui.
- ID CMP TCF: Pengecam unik yang diberikan kepada CMP yang disahkan TCF oleh IAB.
- Persetujuan Tambahan: Versi Persetujuan Tambahan yang disokong oleh CMP.
Senarai CMP diperakui yang menyokong Persetujuan Tambahan
Sambungan kepada CMP API
Kami mencadangkan anda melanjutkan TCF v2.2 CMP JavaScript API sedia ada untuk membolehkan rentetan AC dikembalikan. Secara lebih khusus, kami mencadangkan anda melanjutkan objek JSON TCData dan InAppTCData untuk mengembalikan data ini.
TCData = {
tcString: 'base64url-encoded TC string with segments',
...
addtlConsent: ‘AC string with spec version and consented Ad Tech Provider IDs’
}
InAppTCData = {
tcString: 'base64url-encoded TC string with segments',
...
addtlConsent: ‘AC string with spec version and consented Ad Tech Provider IDs’
}
Bagaimanakah rentetan AC disimpan?
Web
Mekanisme storan ialah pilihan CMP.
Dalam apl
NSUserDefaults (iOS) atau SharedPreferences (Android) akan digunakan untuk menyimpan rentetan AC oleh SDK CMP. Perkara ini membolehkan:
-
Vendor mengakses rentetan AC dengan mudah
-
Rentetan AC disediakan merentas sesi apl
-
Rentetan AC menjadi mudah alih antara CMP untuk memberikan kefleksibelan bagi penerbit menukar satu SDK CMP dengan yang lain
Jika penerbit memilih untuk mengalih keluar SDK CMP daripada apl, mereka bertanggungjawab untuk mengosongkan nilai AddtlConsent
bagi pengguna supaya vendor tidak terus menggunakan rentetan AC yang disertakan.
Storan dan Kunci Pencarian dalam NSUserDefaults serta SharedPreferences | Nilai |
IABTCF_AddtlConsent |
Rentetan: Rentetan AC dengan versi spesifikasi dan ID Penyedia Teknologi Iklan yang memberikan persetujuan |
Cara menghantar rentetan AC menerusi rangkaian pengiklanan digital
Permintaan Bidaan
Kami akan menggunakan semula ConsentedProvidersSettings
untuk menyebarkan vendor bukan GVL ke hilir.
- Dalam protokol sambungan OpenRTB
- Versi Protobuf lama
message ConsentedProvidersSettings {
// Set of IDs corresponding to providers for whom the publisher has told
// Google that its EEA users have given legally valid consent to: 1) the use of cookies or other local
// storage where legally required; and 2) the collection, sharing, and use of personal data for
// personalization of ads by an ATP in accordance with Google’s EU User Consent Policy.
// A mapping of provider ID to provider name is posted at providers.csv.
repeated int64 consented_providers = 2 [packed = true];
}
// Information about the providers for whom the publisher has told Google
// that its EEA users have consented to the use of their personal data for
// ads personalization in accordance with Google's EU User Consent Policy.
// This field will only be populated when regs_gdpr is true.
optional ConsentedProvidersSettings consented_providers_settings = 42;
Perkhidmatan berasaskan URL
Apabila kreatif dipaparkan, kreatif tersebut mungkin mengandungi beberapa piksel di bawah tag <img>
. Contohnya, <img src="http://vendor-a.com/key1=val1&key2=val2">
, yang menghantar permintaan HTTP GET
daripada penyemak imbas kepada domain vendor.
Memandangkan piksel berada dalam tag <img>
tanpa keupayaan untuk melaksanakan JavaScript, CMP API tidak boleh digunakan untuk mendapatkan rentetan TC. Serupa dengan sokongan untuk rentetan TC, kami memberikan parameter URL standard dan makro dalam URL piksel yang perlu dimasukkan rentetan AC.
Parameter URL | Makro Sepadan | Perwakilan dalam URL |
addtl_consent |
ADDTL_CONSENT |
&addtl_consent=${ADDTL_CONSENT} |
Contoh 1
Untuk membolehkan Vendor A menerima rentetan AC, URL imej mesti menyertakan gandingan kekunci-nilai dengan parameter URL dan makro &addtl_consent=${ADDTL_CONSENT}
. URL yang terhasil ialah:
http://vendor-a.com/key1=val1&key2=val2&addtl_consent=${ADDTL_CONSENT}
Contoh 2
Pada permintaan tertentu, jika rentetan AC ialah: 1~1.35.41.101
Pemanggil atau pemapar kreatif menggantikan makro dalam URL dengan rentetan AC sebenar supaya piksel yang ditetapkan pada asalnya yang mengandungi makro diubah suai seperti berikut apabila membuat panggilan kepada pelayan yang ditentukan:
http://vendor-a.com/key1=val1&key2=val2&addtl_consent=1~1.35.41.101