Aduan undang-undang dan Perintah Mahkamah
Jika anda berpendapat bahawa kandungan tertentu pada laman tersebut melanggar hak anda atau undang-undang yang bersesuaian, anda boleh menyerahkan aduan undang-undang di bawah tanda dagangan, pemfitnahandan tiruan kami, atau aliran aduan undang-undang yang lain. Jika anda mempunyai perintah mahkamah terhadap pemuat naik, anda boleh melampirkan salinan perintah mahkamah tersebut sebagai respons kepada autobalas yang anda terima selepas anda memfailkan aduan undang-undang yang bersesuaian. Setiap perintah mahkamah akan disemak dan dinilai berdasarkan kriteria serantau dan global.
Perlu diingat bahawa anda juga mempunyai sumber lain untuk membawa kandungan kepada perhatian kami. Sebagai contoh, jika anda berpendapat bahawa kandungan tersebut tidak mematuhi Garis Panduan Komuniti kami, sila benderakan kandungan tersebut. Selain itu, pertimbangkan sama ada video tersebut mematuhi standard pengalihan keluar menurut dasar privasi atau gangguan kami sebelum memfailkan aduan undang-undang.
Pemintasan Langkah Teknologi
Apabila kami menyebut pemintasan langkah teknologi, kami merujuk alatan yang membolehkan pengguna mengelak protokol pelesenan perisian. Hal ini boleh bermaksud nombor siri, keygen, kata laluan, dan kaedah lain untuk menggodam perisian atau permainan.
Apakah perbezaan antara CTM dengan hak cipta?
CTM ialah alat yang akan memberi pengguna cara mengakses perisian. Hak cipta memfokuskan gambaran perisian atau cara memperoleh perisian. Jika antara muka perisian disertakan dalam video, atau terdapat pautan muat turun kepada perisian dalam video atau perihalan video, anda boleh memfailkan notis alih keluar hak cipta.
Jika anda berpendapat bahawa anda mempunyai tuntutan CTM yang sah, sila isi borang web kami.
Serahkan aduan Pemintasan Langkah Teknologi
Sari kata
Jika anda menerima notis yang memaklumi anda bahawa video anda melanggar Akta Ketercapaian Komunikasi dan Video, anda mungkin telah memuat naik kandungan yang pada asalnya dipaparkan pada TV dengan sari kata. Akta Ketercapaian Komunikasi dan Video (CVAA) menghendaki semua pengaturcaraan video yang disertakan sari kata pada TV supaya menyertakan sari kata pada Internet juga. Jika anda berpendapat bahawa anda dikecualikan daripada keperluan CVAA, anda boleh memilih pensijilan untuk kandungan anda.
Jika anda berpendapat bahawa CVAA menghendaki video disertakan sari kata, tetapi pemuat naik tidak menyediakan sari kata, sila serahkan permintaan melalui borang web.
Peraturan Berhubung Kandungan Pengganas Dalam Talian ('TCO')
Jika anda menemukan kandungan yang anda berpendapat melanggar Garis Panduan Komuniti kami dan anda mahu menyerahkan kandungan tersebut untuk semakan, laporkan kandungan tersebut. Untuk mengetahui dasar YouTube lebih lanjut, anda boleh membaca Garis Panduan Komuniti kami. Anda juga boleh melaporkan kandungan jika anda berpendapat bahawa kandungan itu perlu dialih keluar atas sebab undang-undang.
Jika anda pihak berkuasa berwibawa kerajaan yang dilantik, anda boleh menghubungi YouTube untuk mengetahui cara menghubungi titik hubungan untuk arahan pengalihan keluar menurut Artikel 3 TCO. Untuk tujuan ini, Google menerima komunikasi dalam bahasa Inggeris.
Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Peraturan Berhubung Kandungan Pengganas Dalam Talian EU (EU 2021/784), sila baca teks Peraturan rasmi EU.