Tanda dagangan

Tanda dagangan ialah perkataan, simbol, atau gabungan yang mengenal pasti sumber produk dan membezakan produk tersebut daripada produk yang lain. Tanda dagangan diperoleh oleh syarikat atau entiti lain melalui proses perundangan. Setelah diperoleh, tanda dagangan memberi pemilik hak eksklusif untuk menggunakan tanda dagangan pada barangan tersebut.

Pelanggaran tanda dagangan bermaksud penggunaan tanda dagangan dengan cara yang tidak betul atau tanpa kebenaran yang mungkin menyebabkan kekeliruan berkaitan dengan sumber produk itu. Dasar YouTube melarang video dan saluran yang melanggar tanda dagangan. Jika kandungan anda menggunakan tanda dagangan orang lain dengan cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan, video anda akan disekat. Saluran anda juga mungkin digantung.

Jika anda berpendapat bahawa terdapat pelanggaran terhadap tanda dagangan anda, perlu diingat bahawa YouTube tidak bertindak sebagai pengantara dalam pertikaian tanda dagangan antara pencipta dengan pemilik tanda dagangan. Oleh hal yang demikian, kami amat menggalakkan pemilik tanda dagangan untuk berhubung secara terus dengan pencipta yang menyiarkan kandungan yang berkenaan. Dengan menghubungi pemuat naik, masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat sekali gus memberikan manfaat kepada semua pihak. Sesetengah pencipta menyenaraikan cara menghubungi mereka pada saluran mereka.

Jika anda tidak dapat mencapai penyelesaian dengan pemegang akaun yang terlibat, serahkan aduan tanda dagangan melalui borang Aduan tanda dagangan kami. 

Serahkan aduan tanda dagangan

YouTube bersedia untuk melakukan semakan terhad terhadap aduan yang munasabah dan akan mengalih keluar kandungan jika jelas terdapat pelanggaran. Untuk menyelesaikan pertikaian, YouTube memajukan setiap aduan tanda dagangan kepada pemuat naik sebelum mengambil sebarang tindakan. Hal ini membolehkan pemuat naik menangani sebarang kemungkinan masalah Tanda dagangan. 

Kami juga menerima aduan tanda dagangan tanpa borang yang diserahkan melalui e-mel, faks, dan surat.

Jika aduan anda berkaitan dengan jualan atau promosi barangan tiruan, sila kemukakan Aduan pemalsuan.

Jika aduan anda berkaitan dengan karya yang dilindungi, seperti lagu, filem, atau buku, sila kemukakan Aduan hak cipta.

 

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1490161729142641636
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
5030828
false
false
false
false