Alihkan senarai main anda kepada Pustaka YouTube Music dan nikmati muzik kegemaran anda, semuanya pada satu tempat. Selepas pemindahan, muzik anda akan kekal dalam perkhidmatan muzik anda yang lain. Perubahan yang dibuat dalam YouTube Music tidak akan disegerakkan antara perkhidmatan secara automatik.
Jika anda mahu memindahkan muzik anda kepada perkhidmatan lain, ketahui lebih lanjut di sini.
Alihkan muzik anda daripada perkhidmatan yang lain
Anda boleh mengalihkan senarai main anda secara terus kepada YouTube Music menggunakan perkhidmatan di bawah.
Apple Music
Jika anda merupakan pengguna Apple Music, ikut langkah di bawah untuk mengalihkan senarai main anda daripada Apple Music kepada YouTube Music.
- Log masuk ke Apple Music.
- Klik Permintaan untuk memindahkan salinan data anda.
- Klik Senarai main Apple Music
Teruskan.
- Pilih Google Account anda atau log masuk ke akaun lain.
- Klik Sahkan Eksport untuk memulakan pemindahan anda.
Proses pemindahan mungkin mengambil masa beberapa jam jika anda mempunyai banyak senarai main.
Perkhidmatan muzik lain
Proses pemindahan mungkin mengambil masa beberapa jam jika anda mempunyai banyak senarai main. Soundiiz akan memaklumi anda jika lagu tidak dapat dipadankan semasa proses ini.