Gunakan tab Keluaran dalam YouTube Studio untuk meminta pengalihan keluar keluaran yang tidak betul atau menambahkan keluaran yang tiada pada Saluran Rasmi Artis anda. Ketahui cara menyerahkan maklum balas di bawah atau kemas kinikan tetapan saluran anda untuk bermula.
Gunakan tab Keluaran
Temukan diskografi anda dalam tab "Keluaran" pada YouTube Studio. Untuk mengakses tab Keluaran:
- Log masuk ke YouTube Studio daripada desktop anda.
- Akses tab Kandungan.
- Klik Keluaran pada bahagian atas halaman.
Dalam tab ini, anda boleh melihat semua keluaran umum, tarikh keluaran dan tag bahasa eksplisit. Klik keluaran untuk melihat metadata keluaran. Di bawah Butiran, anda akan menemukan:
- Tajuk keluaran
- Bilangan lagu
- Artis utama
- Artis yang ditampilkan
- Seni album
Anda juga boleh menemukan metadata lagu dalam tab Lagu bagi keluaran yang dipilih.
Jenis permintaan keluaran
Masalah | Takrif | Penyelesaian yang dicadangkan |
---|---|---|
Keluaran tidak betul | Keluaran tidak dimiliki oleh artis utama. | Gunakan tab Keluaran untuk meminta YouTube mengalih keluar keluaran. Buat pilihan "Keluaran ini bukan milik saya. Alih keluar daripada saluran". |
Keluaran tidak betul | Keluaran mungkin dimiliki oleh artis utama tetapi mereka tidak mahu keluaran tersebut dipaparkan pada saluran mereka. | Gunakan tab Keluaran untuk meminta YouTube mengalih keluar keluaran. Buat pilihan "Walaupun keluaran ini milik saya, alih keluar daripada saluran". |
Keluaran tiada | Keluaran artis utama tersedia pada YouTube tetapi tidak tersedia pada Saluran Rasmi Artis mereka. | Gunakan tab Keluaran untuk meminta YouTube menambahkan keluaran tersebut pada diskografi anda. |
Jejaki permintaan anda
Setelah anda menyerahkan permintaan anda menggunakan tab Keluaran, anda boleh menjejaki status permintaan anda daripada tab Keluaran dalam YouTube Studio. Di bawah lajur Permintaan, temukan status bagi setiap permintaan:
- Dalam semakan: YouTube sedang memproses permintaan anda.
- Selesai: YouTube telah menyelesaikan permintaan anda dan mengemaskinikan metadata keluaran anda.
Jika tiada status disenaraikan dalam lajur ini, anda tiada permintaan terbuka yang dikaitkan dengan keluaran tersebut.