Ketahui cara membuat audio siar menggunakan YouTube Studio dan menambahkan audio siar anda pada YouTube Music.
Membuat Audio Siar pada YouTube Studio
Pada YouTube, rancangan audio siar ialah senarai main dan episod audio siar ialah video dalam senarai main itu. Audio siar anda mestilah hanya mengandungi episod penuh yang diatur mengikut tertib episod tersebut sepatutnya ditonton atau didengar. Jika audio siar anda terdiri daripada berbilang musim, sertakan semua musim itu dalam audio siar yang sama.
Kandungan audio siar mungkin layak untuk ciri yang berikut:
- Penyertaan dalam YouTube Music
yang membolehkan kebanyakan kandungan audio siar dimainkan pada latar dan dimuat turun tanpa keahlian YouTube Music Premium
- Lencana audio siar pada halaman Tontonan dan Senarai Main
- Tumpuan pada youtube.com/podcasts untuk menarik pendengar baharu
- Penemuan mudah melalui halaman Tontonan untuk membantu pendengar menemukan episod anda
- Syor kepada pendengar baharu yang mempunyai minat yang serupa
- Ciri carian yang ditingkatkan untuk membantu khalayak menemukan audio siar anda
- Sesetengah senarai main tidak layak untuk ciri audio siar walaupun anda menetapkan senarai main itu sebagai audio siar. Kandungan yang tidak layak termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang tidak dimiliki oleh pencipta.
- Video Shorts yang dibuat untuk menyokong audio siar anda tidak akan dipaparkan pada YouTube Music
.
Mengurus audio siar anda pada YouTube
Anda boleh membuat audio siar baharu atau menetapkan senarai main sebagai audio siar pada YouTube Studio. Kadangkala, YouTube mungkin akan mengelaskan senarai main sebagai audio siar secara automatik. Jika tetapan ini salah atau jika anda tidak mahu senarai main tersebut ditetapkan sebagai audio siar, gunakan langkah di bawah untuk mengalih keluar tetapan audio siar.
Lihat amalan terbaik kami untuk pencipta audio siar untuk mendapatkan lebih banyak petua untuk mengoptimumkan saluran anda atau untuk mengetahui cara membuat audio siar pada YouTube Studio menggunakan maklumat di bawah. Jika anda baru mula menggunakan YouTube, ketahui cara memuat naik video sebagai episod audio siar anda.
Membuat audio Siar baharu pada YouTube Studio
Untuk membuat audio siar baharu:
- Pada YouTube Studio, klik Buat
Audio siar baharu.
- Anda mungkin akan diminta untuk mengesahkan akaun anda sebelum membuat audio siar baharu.
- Dalam tetingkap timbul, pilih Buat audio siar baharu.
- Pilih Tetapkan senarai main yang sedia ada sebagai audio siar jika anda mahu menukar senarai main yang sedia ada kepada audio siar. Ketahui cara mengoptimumkan senarai main yang sedia ada dalam bahagian seterusnya.
- Masukkan butiran audio siar anda, termasuk:
- Tajuk audio siar
- Perihalan
- Keterlihatan (Umum atau Peribadi)
- Lakaran kecil audio siar segi empat sama
- Klik Buat untuk menyimpan audio siar.
Setelah anda membuat audio siar anda, tambahkan episod dengan memuat naik video baharu atau sedia ada pada audio siar anda. Ketahui cara menambahkan video pada audio siar anda dalam bahagian seterusnya.
Perlu diingat:
- Pada YouTube, setiap episod audio siar diwakili oleh video. MP3 tidak boleh ditukar kepada audio siar pada YouTube. Untuk membuat audio siar, muat naik atau tambahkan video pada senarai main audio siar anda.
- Jika episod audio siar anda melanggar dasar hak cipta kami, kandungan anda mungkin tidak layak untuk ciri audio siar. Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan saksama dan kandungan berhak cipta pada YouTube.
- Video audio siar tersedia untuk main balik audio sahaja. Untuk mematikan main balik audio sahaja untuk video, anda perlu mengalih keluar video daripada semua audio siar dalam tetapan video anda.
Untuk memuat naik video baharu pada audio siar:
- Pada YouTube Studio, akses Kandungan
Audio siar.
- Pilih audio siar anda.
- Klik Tambah video
Muat naik video.
- Muat naik video yang mahu anda tambahkan pada audio siar anda dan masukkan butiran video.
- Klik Buat untuk menyimpan perubahan.
Untuk menambahkan video yang sedia ada pada audio siar:
- Pada YouTube Studio, akses Kandungan
Audio siar.
- Pilih audio siar anda.
- Klik Tambah video
Tambahkan video anda yang sedia ada.
- Pilih video yang mahu ditambahkan pada audio siar anda.
- Klik Tambahkan pada senarai main dan pilih audio siar anda daripada senarai.
- Klik Simpan untuk menambahkan video pada audio siar anda.
Menetapkan senarai main yang sedia ada sebagai audio siar
- Pada YouTube Studio, akses Kandungan
Senarai Main.
- Tuding pada senarai main yang mahu ditetapkan sebagai audio siar.
- Klik Menu
Tetapkan sebagai audio siar.
- Semak butiran audio siar dan tambahkan lakaran kecil audio siar segi empat sama. Butiran audio siar merangkumi tajuk, perihalan dan penonton yang boleh menonton audio siar anda pada YouTube.
- Klik Selesai untuk mengesahkan perubahan anda.
Perlu diingat:
- Jika episod audio siar anda melanggar dasar hak cipta kami, kandungan anda mungkin tidak layak untuk ciri audio siar. Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan saksama dan kandungan berhak cipta pada YouTube.
- Tetapkan senarai main sebagai audio siar hanya jika senarai main itu mengandungi episod audio siar penuh. Jika terdapat senarai main tambahan untuk musim atau klip, jangan tetapkan senarai main ini sebagai audio siar.
Menamakan audio siar anda
Semasa persediaan, beri audio siar anda tajuk yang deskriptif. Jangan tambahkan perkataan tambahan pada tajuk audio siar anda (termasuk ‘audio siar’, melainkan perkataan itu merupakan sebahagian daripada nama rancangan anda).
Elakkan tajuk audio siar yang generik, seperti “Episod Penuh”, “Muat Naik Baharu”, “Audio Siar” dsb. Jika tajuk senarai main anda terlalu kabur, YouTube akan menggantikan tajuk audio siar anda dengan nama saluran anda pada apl YouTube Music.
- Sesetengah senarai main tidak layak untuk ciri audio siar walaupun anda menetapkan senarai main itu sebagai audio siar. Kandungan yang tidak layak termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang tidak dimiliki oleh pencipta.
- Video Shorts yang dibuat untuk menyokong audio siar anda tidak akan dipaparkan pada YouTube Music
.
Mengedit butiran audio siar anda
Untuk mengedit butiran audio siar anda:
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Akses Kandungan
Audio Siar.
- Tuding pada audio siar yang mahu diedit dan klik
.
- Pada halaman Butiran, edit tajuk, perihalan, lakaran kecil audio siar segi empat sama atau urutan video audio siar anda.
- Klik Simpan.
Jika anda mahu mengedit butiran audio siar, anda perlu menambahkan lakaran kecil audio siar segi empat sama.
Kami mengesyorkan 1280x1280 piksel untuk lakaran kecil audio siar segi empat sama. Untuk menambahkan lakaran kecil, akses halaman Butiran audio siar dan muat naik imej.
Jika anda tidak mahu menambahkan lakaran kecil audio siar segi empat sama, anda boleh mengalih keluar ciri audio siar dalam menu Audio Siar.
Mengalih keluar tetapan audio siar daripada senarai main
- Pada YouTube Studio, akses Kandungan
Audio siar.
- Tuding pada senarai main yang mahu dinyahtetapkan sebagai audio siar.
- Klik Menu
di sebelah audio siar yang diingini untuk mengalih keluar ciri audio siar.
- Pilih Tetapkan sebagai senarai main.
- Klik Ya untuk mengesahkan.
Mengubah urutan episod dalam audio siar anda
Untuk mengedit urutan episod ditonton atau didengar, anda perlu mengubah urutan episod dalam senarai main audio siar anda.
- Pada YouTube Studio, akses Kandungan
Audio siar.
- Klik Edit
pada audio siar yang mahu dikemaskinikan.
- Pada halaman butiran audio siar, klik menu Urutan Video Lalai dan pilih cara anda mahu video anda diisih.
- Klik Simpan pada bahagian atas sebelah kanan untuk mengesahkan perubahan.
- Jika rancangan anda berepisod, susun video anda daripada yang terbaharu kepada yang paling lama.
- Jika rancangan anda bersiri, susun senarai main anda daripada yang paling lama kepada yang terbaharu.
Untuk memahami prestasi audio siar anda secara umum:
- Buka YouTube Studio.
- Pada tab Analytics
, klik Ikhtisar.
- Pilih audio siar yang berkaitan daripada kad Audio Siar Andapada bahagian bawah sebelah kanan halaman.
Nota: Jika anda hanya ada satu audio siar pada YouTube, audio siar itu akan menjadi satu-satunya pilihan anda.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang prestasi audio siar anda:
- Buka YouTube Studio.
- Pada tab Analytics
, klik Ikhtisar.
- Pilih Lihat Analitis Audio Siar.
Pada paparan ini, anda akan menemukan:
- Ikhtisar prestasi audio siar anda
- Sumber trafik
- Demografi khalayak
- Metrik pengekalan khalayak
- Data hasil
- Dan banyak lagi
Jika anda ada beberapa rancangan audio siar, klik tajuk audio siar yang mahu dianalisis.