YouTube Kids membolehkan ibu bapa yang telah log masuk untuk membuat profil yang berasingan bagi setiap kanak-kanak dalam isi rumah mereka. Setiap profil mengandungi pilihan dan syor tontonan yang berasingan, sekali gus membolehkan beberapa orang kanak-kanak memanfaatkan apl YouTube Kids dengan sepenuhnya.
Profil tersedia pada sebarang peranti asalkan ibu bapa telah log masuk dan apl YouTube Kids telah dipasang pada peranti tersebut. Ketahui lebih lanjut.
Buat profil
Profil kanak-kanak hanya boleh diakses pada apl YouTube Kids dan hanya apabila ibu bapa telah log masuk. Anda boleh menambahkan maksimum lapan profil bagi setiap akaun.
Menggunakan YouTube Kids untuk kali pertama
- Buka apl YouTube Kids dan ikut arahan pada skrin.
- Apabila diminta, masukkan tahun kelahiran anda.
- Pilih sama ada untuk log masuk ke apl atau tidak untuk mendapatkan akses kepada ciri dan kawalan ibu bapa yang lebih banyak.
Jika anda memilih untuk log masuk
- Jika anda sudah mempunyai akaun pada peranti anda dan mahu log masuk dengan akaun tersebut, pilih akaun dan ketik Log masuk. Jika anda belum mempunyai Akaun Google, tambahkan atau buat Akaun Google melalui gesaan yang berikut. Setelah menambahkan akaun anda, ketik Log Masuk.
- Baca maklumat persetujuan ibu bapa YouTube Kids. Jika anda bersetuju, ketik Selesai dan masukkan kata laluan anda.
- Sediakan profil untuk anak anda. Kami akan cuba menyesuaikan apl ini dengan umur anak anda. Apabila anda memasukkan bulan kelahiran, apl ini akan menggunakan maklumat tersebut untuk memberikan pengalaman yang bersesuaian dengan umur anak anda dengan lebih tepat. Hanya anda dan anak anda boleh melihat maklumat ini.
- Pilih pengalaman kandungan untuk anak anda.
- Prasekolah (Kanak-kanak berumur 4 tahun & ke bawah)
- Lebih muda (Kanak-kanak berumur 5—8 tahun)
- Lebih tua (Kanak-kanak berumur 9—12 tahun)
- Luluskan sendiri kandungan
- Tetapan kandungan Prasekolah (kanak-kanak berumur 4 tahun & ke bawah) membolehkan kanak-kanak menonton video yang merangsang kreativiti, keseronokan, pembelajaran dan penerokaan. Hasil carian untuk Prasekolah dihadkan kepada kandungan yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah. Sistem kami berusaha keras untuk menapis kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak prasekolah tetapi bukan semua video disemak secara manual. Jika anda menemukan video yang tidak sesuai, anda boleh menyekat atau melaporkan video tersebut agar dapat disemak dengan pantas. Ketahui lebih lanjut.
- Tetapan kandungan Lebih muda (kanak-kanak berumur 5—8 tahun) membolehkan kanak-kanak mencari dan meneroka lagu, kartun, kraf dan sebagainya. Sistem kami berusaha keras untuk mengecualikan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak yang lebih muda tetapi kami tidak dapat menyemak semua video secara manual. Anda mungkin menemukan video yang tidak sesuai. Dengan tetapan ini, hasil carian akan dihadkan kepada kandungan untuk kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke bawah. Jika anda mahu mematikan Carian, anda boleh berbuat demikian mengikut arahan dalam tetapan ibu bapa. Ketahui lebih lanjut.
- Tetapan kandungan Lebih tua (kanak-kanak berumur 9—12 tahun) membolehkan kanak-kanak mencari dan meneroka video muzik tambahan, permainan, sains dan sebagainya. Sistem kami cuba mengecualikan kandungan matang tetapi kami tidak dapat menyemak semua video secara manual. Anda mungkin menemukan video yang tidak sesuai. Dengan tetapan ini, hasil carian dihadkan kepada kandungan yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah. Jika anda mahu mematikan ciri Carian, anda boleh berbuat demikian selepas log masuk pada tetapan ibu bapa. Ketahui lebih lanjut.
- Dengan Luluskan sendiri kandungan, anak anda hanya boleh menonton video, saluran atau koleksi yang telah anda luluskan. Koleksi ialah video dan saluran yang dihimpunkan mengikut topik seperti sains dan muzik. Dengan tetapan ini, anak anda tidak akan dapat membuat carian.
- Kini, anda akan mengikuti lawatan ciri ibu bapa pada apl YouTube Kids. Lawatan ini menekankan tentang cara menemukan tetapan kawalan ibu bapa dan cara menyekat serta melaporkan video.
- Kini, anak anda dapat menggunakan YouTube Kids. Pilih profil anak yang menggunakan apl ini untuk bermula. Anda boleh kembali kepada Tetapan
pada bila-bila masa untuk mengubah pilihan kawalan ibu bapa anda.
Jika anda memilih untuk meneruskan tanpa log masuk
- Pilih pengalaman kandungan yang sesuai untuk anda. Pilihan penting ini mempengaruhi video yang tersedia pada apl.
- Prasekolah (Kanak-kanak berumur 4 tahun & ke bawah)
- Lebih muda (Kanak-kanak berumur 5—8 tahun)
- Lebih tua (Kanak-kanak berumur 9—12 tahun)
- Luluskan sendiri kandungan
- Tetapan kandungan Prasekolah (kanak-kanak berumur 4 tahun & ke bawah) membolehkan kanak-kanak menonton video yang merangsang kreativiti, keseronokan, pembelajaran dan penerokaan. Sistem kami berusaha keras untuk menapis kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak prasekolah tetapi bukan semua video disemak secara manual. Jika anda menemukan video yang tidak sesuai, anda boleh menyekat atau melaporkan video tersebut agar dapat disemak dengan pantas. Dengan tetapan ini, hasil carian untuk Prasekolah dihadkan kepada kandungan yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah. Jika anda mahu mematikan Carian, anda boleh berbuat demikian mengikut arahan dalam tetapan ibu bapa. Ketahui lebih lanjut.
- Tetapan kandungan Lebih muda (kanak-kanak berumur 5—8 tahun) membolehkan kanak-kanak mencari dan meneroka lagu, kartun, kraf dan sebagainya. Sistem kami berusaha keras untuk mengecualikan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak yang lebih muda tetapi kami tidak dapat menyemak semua video secara manual. Anda mungkin menemukan video yang tidak sesuai. Dengan tetapan ini, hasil carian akan dihadkan kepada kandungan untuk kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke bawah. Jika anda mahu mematikan Carian, anda boleh berbuat demikian mengikut arahan dalam tetapan ibu bapa. Ketahui lebih lanjut.
- Tetapan kandungan Lebih tua (kanak-kanak berumur 9—12 tahun) membolehkan kanak-kanak mencari dan meneroka video muzik tambahan, permainan, sains dan sebagainya. Sistem kami berusaha keras untuk mengecualikan kandungan matang tetapi kami tidak dapat menyemak semua video secara manual. Anda mungkin menemukan video yang tidak sesuai. Dengan tetapan ini, hasil carian dihadkan kepada kandungan yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah. Jika anda mahu mematikan Carian, anda boleh berbuat demikian selepas log masuk pada tetapan ibu bapa. Ketahui lebih lanjut.
- Jika anda memilih Luluskan sendiri kandungan, anda akan digesa untuk log masuk. Dengan berbuat demikian, anak anda hanya boleh menonton video, saluran atau koleksi yang telah anda luluskan. Koleksi ialah video dan saluran yang dihimpunkan mengikut topik seperti sains dan muzik. Dengan tetapan ini, anak anda tidak akan dapat membuat carian. Jika anda menggunakan YouTube Kids pada TV atau komputer anda, anda perlu memuat turun apl mudah alih YouTube Kids untuk meluluskan sendiri kandungan.
- Anda juga boleh log masuk untuk mendapatkan kawalan ibu bapa tambahan (mod Kandungan Diluluskan Sahaja dan keupayaan untuk menyekat video serta saluran).
- Kini, anda akan mengikuti lawatan ciri ibu bapa pada apl YouTube Kids. Lawatan ini menekankan tentang cara menemukan tetapan kawalan ibu bapa dan cara melaporkan video.
- Baca Notis kepada Ibu Bapa. Jika anda bersetuju, pilih “Saya setuju”.
- Kini, anak anda dapat menggunakan YouTube Kids. Anda boleh kembali kepada Tetapan
pada bila-bila masa untuk mengubah tetapan kawalan ibu bapa anda atau log masuk untuk lebih banyak pilihan dan kawalan.
Belum log masuk ke YouTube Kids (atau telah log masuk ke YouTube Kids tetapi belum membuat profil)
- Buka apl YouTube Kids, kemudian ketik pemilih profil pada penjuru sebelah kiri.
- Kotak dialog yang menggesa anda untuk membuat profil akan dibuka. Ketik Mulakan.
- Masukkan tahun kelahiran anda.
- Pilih Akaun Google yang akan anda gunakan untuk membuat profil.
- Jika tiada persetujuan yang telah direkodkan pada akaun anda, borang persetujuan ibu bapa akan dipaparkan. Baca borang persetujuan tersebut, kemudian jika anda bersetuju, ketik Selesai dan masukkan kata laluan anda. Sebaliknya, jika sudah ada persetujuan yang direkodkan pada akaun anda, masukkan kata laluan anda untuk mengesahkan identiti anda.
- Masukkan nama pertama (atau nama panggilan) anak anda dan bulan kelahiran (pilihan) untuk membuat profil untuk mereka. Hanya anda dan anak anda boleh melihat maklumat ini.
- Seterusnya, tonton video pendek atau baca tentang cara video pada apl dipilih dan pilihan yang tersedia untuk anda sebagai ibu bapa.
- Pilih pengalaman kandungan untuk anak anda. Pilihan yang penting ini mempengaruhi video yang tersedia untuk anak anda pada apl. Anda boleh memilih salah satu daripada 4 tetapan kandungan:
- Prasekolah (Kanak-kanak berumur 4 tahun & ke bawah)
- Lebih muda (Kanak-kanak berumur 5—8 tahun)
- Lebih tua (Kanak-kanak berumur 9—12 tahun)
- Luluskan sendiri kandungan
- Tetapan kandungan Prasekolah (kanak-kanak berumur 4 tahun & ke bawah) membolehkan kanak-kanak menonton video yang merangsang kreativiti, keseronokan, pembelajaran dan penerokaan. Sistem kami berusaha keras untuk menapis kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak prasekolah tetapi bukan semua video disemak secara manual. Jika anda menemukan video yang tidak sesuai, anda boleh menyekat atau melaporkan video tersebut agar dapat disemak dengan pantas. Ketahui lebih lanjut.
- Tetapan kandungan Lebih muda (kanak-kanak berumur 5—8 tahun) membolehkan kanak-kanak mencari dan meneroka lagu, kartun, kraf dan sebagainya. Sistem kami cuba mengecualikan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak yang lebih muda tetapi kami tidak dapat menyemak semua video secara manual. Anda mungkin menemukan video yang tidak sesuai. Dengan tetapan ini, hasil Carian akan dihadkan kepada kandungan untuk kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke bawah. Jika anda mahu mematikan Carian, anda boleh berbuat demikian mengikut arahan pada tetapan ibu bapa. Ketahui lebih lanjut.
- Tetapan kandungan Lebih tua (kanak-kanak berumur 9—12 tahun) membolehkan kanak-kanak mencari dan meneroka video muzik tambahan, permainan, sains dan sebagainya. Sistem kami cuba mengecualikan kandungan matang tetapi kami tidak dapat menyemak semua video secara manual. Anda mungkin menemukan video yang tidak sesuai. Dengan tetapan ini, hasil carian dihadkan kepada kandungan yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah. Jika anda mahu mematikan Carian, anda boleh berbuat demikian selepas log masuk pada tetapan ibu bapa. Ketahui lebih lanjut.
- Dengan Luluskan sendiri kandungan, anak anda hanya boleh menonton video, saluran atau koleksi yang telah anda luluskan. Koleksi ialah video dan saluran yang dihimpunkan mengikut topik seperti sains dan muzik. Dengan tetapan ini, anak anda tidak akan dapat membuat carian.
-
Profil anak anda telah dibuat.
- Untuk membuat satu lagi profil, ketik Tambah
.
- Untuk meneruskan, ketik anak panah ke kanan
.
- Untuk membuat satu lagi profil, ketik Tambah
- Kini, anda akan mengikuti lawatan ciri ibu bapa pada apl YouTube Kids. Lawatan ini menekankan tentang cara menemukan tetapan kawalan ibu bapa dan cara melaporkan video.
Sila ambil perhatian bahawa profil yang separa siap akan dipadamkan selepas 3 hari.