YouTube Kids, YouTube & Google Account anak anda

Apabila anda menggunakan Family Link untuk membuat Akaun Google untuk anak anda yang berumur bawah 13 tahun, anak anda boleh menggunakan apl YouTube Kids jika tersedia. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh menggunakan apl, tapak web atau ciri YouTube yang lain sehinggalah mereka mencapai umur 13 tahun dan mengurus Akaun Google mereka sendiri. Anak anda akan dapat menggunakan YouTube jika anda menambahkan pengawasan pada Akaun Google mereka yang sedia ada.

Menggunakan Family Link: Jika anda membuat Akaun Google untuk anak anda menggunakan Family Link atau menambahkan pengawasan pada akaun sedia ada untuk kanak-kanak berumur bawah 13 tahun (atau umur yang bersesuaian di negara anda di luar Kesatuan Eropan), anda boleh menggunakan apl Family Link untuk mengurus tetapan aktiviti anak anda, termasuk tetapan Sejarah YouTube mereka.

Nota: Penggunaan YouTube merangkumi membuat saluran YouTube, memuat naik dan berkongsi video serta strim langsung secara terbuka, mengulas dan menggunakan sembang langsung. Ketahui lebih lanjut.

Tambahkan pengawasan pada akaun Google yang sedia ada

Jika anda menambahkan pengawasan pada akaun yang sedia ada untuk kanak-kanak berumur bawah 13 tahun (atau umur yang bersesuaian di negara anda di luar Kesatuan Eropah), video YouTube, sembang, ulasan, sembang langsung, siaran, senarai main, cerita, video YouTube yang dibeli dan disewa, serta langganan mereka, akan dipadamkan. Google mengesyorkan agar kanak-kanak memuat turun data mereka sebelum menyediakan pengawasan. Ketahui lebih lanjut.

Cara YouTube Kids berfungsi

Apl YouTube Kids merangkumi video kanak-kanak yang popular dan kandungan baharu yang pelbagai, disampaikan dengan cara yang mudah digunakan bagi kanak-kanak.

Jika anda membenarkan anak anda memuat turun apl YouTube Kids, anda perlu menyediakan apl itu untuk anak anda sebelum mereka boleh menggunakan apl tersebut. 

Dalam Family Link, anda boleh mengawal pengalaman YouTube Kids anak apabila anda menentukan:

  • Tetapan tahap kandungan yang diingini untuk anak anda.
  • Sama ada anda mahu anak anda menggunakan fungsi carian dalam apl atau tidak.

Nota: Terdapat beberapa tetapan YouTube Kids yang lain, seperti bunyi dan penghantaran, yang hanya boleh ditukar daripada apl YouTube Kids anak anda. Ketahui lebih lanjut dalam Panduan Ibu Bapa YouTube Kids.

Tukar tetapan YouTube Kids

  1. Pada peranti anda, buka Family Link Family Link.
  2. Pilih anak anda.
  3. Pada kad "Tetapan", ketik Urus tetapan kemudian Lagi kemudian YouTube Kids.
    • Petua: Anda tidak akan menemukan "YouTube Kids" jika anda belum menyediakan apl tersebut.
  4. Di bawah "Tetapan YouTube Kids," anda boleh:
    • Ketik Edit untuk mengemas kini tetapan tahap kandungan.
    • Hidupkan atau matikan Carian
    • Sekat atau Nyahsekat video untuk akaun

Kawal akses kepada YouTube

Sekat atau benarkan laman YouTube
Ikut langkah berikut untuk mengawal sama ada anak anda boleh pergi ke laman YouTube pada peranti Android atau Chromebook mereka.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawalan akses, lawati Panduan Ibu Bapa YouTube Kids.
Sekat atau benarkan apl YouTube
Ikut langkah berikut untuk mengawal sama ada anak anda boleh menggunakan apl YouTube pada peranti Android atau Chromebook mereka.
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menyekat apl YouTube, lawati Panduan Ibu Bapa YouTube Kids.

Hidupkan atau matikan Mod Sekatan

Anak anda boleh mula menggunakan apl dan ciri lain YouTube selepas mereka mencapai umur 13 tahun (atau umur yang bersesuaian di negara anda di luar Kesatuan Eropah). Tiada tetapan penapis kandungan dihidupkan dalam YouTube secara lalai. Anda boleh menghidupkan Mod Sekatan untuk membantu anda menyaring kandungan yang mungkin bersifat matang yang anda tidak mahu dilihat oleh anak anda. Tiada penapis yang 100% tepat, tetapi penapis ini membantu anak anda mengelakkan kebanyakan kandungan seperti ini.

Ketahui lebih lanjut.

Untuk menghidupkan atau mematikan Mod Sekatan daripada Family Link:

  1. Pada peranti anda, buka apl Family Link Family Link.
  2. Pilih Urus Tetapan kemudian Penapis.
  3. Pilih YouTube YouTube.
  4. Hidupkan atau matikan "Mod Sekatan".

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1593747125701274554
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false
false
false