Terdapat beberapa manfaat menggunakan keahlian YouTube Premium anda dengan YouTube Kids. Sebagai contoh, anda dan anak anda boleh menonton video pada YouTube Kids tanpa sebarang iklan berbayar. Anda juga akan mendapat akses kepada muat turun dan Main latar.
Tonton video tanpa iklan berbayar
Anda dan anak anda boleh menonton video pada YouTube Kids tanpa iklan berbayar. Video yang dimuat naik oleh pengguna kami pada YouTube Kids bukanlah iklan berbayar, maka video tersebut tidak disekat daripada apl dengan menggunakan keahlian YouTube Premium anda.
Muat turun
Apabila anda menggunakan YouTube Premium pada YouTube Kids, anda boleh menonton video yang dimuat turun, walaupun semasa anda berada luar talian.
Dengan Muat turun pintar, video yang disyorkan akan dimuat turun secara automatik kepada peranti anda supaya anda boleh menonton video itu tanpa sambungan Internet. Ciri ini dihidupkan secara lalai supaya anda sentiasa mempunyai akses untuk menonton kandungan yang hebat pada YouTube Kids.
Untuk menemukan video yang telah anda muat turun, lawati kategori Muat turun pada skrin utama YouTube Kids.
Matikan Muat turun pintar
- Pilih Tetapan
pada penjuru skrin anda dalam apl YouTube Kids.
- Selesaikan masalah matematik atau masukkan kod laluan tersuai anda.
- Pilih Latar & Muat turun.
- Matikan Muat turun pintar.
Jika anda mematikan Muat turun pintar, anda masih boleh memilih sendiri video untuk dimuat turun:
- Akses apl YouTube Kids dan temukan video yang mahu anda muat turun.
- Ketik Lagi
.
- Pilih Muat turun video.
Tukar tetapan muat turun
- Pilih Tetapan
pada penjuru skrin anda dalam apl YouTube Kids.
- Selesaikan masalah matematik atau masukkan kod laluan tersuai anda.
- Pilih Latar & Muat turun.
- Hidupkan atau matikan Muat turun melalui Wi-Fi sahaja atau ketik Kualiti muat turun untuk membuat pelarasan yang diperlukan.
Simpan muat turun dan padamkan video tertentu
- Akses apl YouTube Kids dan temukan video yang mahu anda muat turun.
- Ketik Lagi
.
- Pilih Simpan pada muat turun.
- Akses apl YouTube Kids dan temukan video yang mahu dipadamkan daripada muat turun anda.
- Ketik Lagi
.
- Pilih Padamkan daripada muat turun.
Padamkan semua muat turun anda
- Pilih Tetapan
pada penjuru skrin anda dalam apl YouTube Kids.
- Selesaikan masalah matematik atau masukkan kod laluan tersuai anda.
- Pilih Latar & Muat turun.
- Pilih Padamkan muat turun
Main latar
Mainkan video semasa menggunakan apl lain atau apabila skrin anda dimatikan. Secara lalai, Main latar dimatikan. Untuk menghidupkan Main latar:
- Pilih Tetapan
pada penjuru skrin anda dalam apl YouTube Kids.
- Selesaikan masalah matematik atau masukkan kod laluan tersuai anda.
- Pilih Latar & luar talian.
- Hidupkan Main latar.
Kemas kinikan kepada versi terkini apl YouTube Kids untuk memastikan anda dapat mengakses semua ciri yang disertakan dalam keahlian YouTube Premium anda.