Kawalan ibu bapa untuk profil YouTube Kids

YouTube Kids menawarkan pengalaman yang lebih selamat dan ringkas untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai kawalan dan tetapan untuk membolehkan anda membimbing pengalaman tontonan mereka.

Nota: Jika anda mahu mengetahui perihal kawalan dan tetapan ibu bapa untuk pengalaman yang diawasi bagi praremaja lebih lanjut, dapatkan maklumat lanjut dalam Pusat Bantuan kami.

Urus kawalan & tetapan ibu bapa

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengurus kawalan ini. Apabila anda menyediakan Google Account untuk anak, anda boleh menyediakan kawalan ibu bapa untuk menikmati pengalaman YouTube Kids melalui Family Link. Apabila anda menyediakan profil YouTube Kids untuk anak, anda boleh menyediakan kawalan ibu bapa melalui YouTube dan YouTube Kids.

Gunakan kawalan dan tetapan ibu bapa pada YouTube Kids

Anda boleh melihat kawalan dan tetapan ibu bapa untuk profil YouTube Kids pada YouTube Kids:

  1. Pilih Tetapan pada penjuru skrin anda.
  2. Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
Nota: Terdapat beberapa tetapan peranti seperti Cast dan Kod Laluan Tersuai yang boleh ditukar tanpa memilih profil anak anda.

Gunakan Pusat Keluarga YouTube

Untuk melihat kawalan dan tetapan ibu bapa bagi profil YouTube Kids pada YouTube:
  1. Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
  2. Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
  3. Ketik Tetapan .
  4. Ketik Pusat Keluarga.

Gunakan apl Family Link

Untuk melihat kawalan dan tetapan ibu bapa bagi profil YouTube Kids pada Family Link:

  1. Buka apl Family Link Family Link pada peranti anda.
  2. Pilih anak anda.
  3. Ketik Kawalan kemudian YouTube.
  4. Tukar tetapan YouTube Kids anda dalam bahagian "Tetapan YouTube Kids".

Tukar kawalan & tetapan khusus ibu bapa

Anda boleh menyesuaikan pengalaman YouTube Kids untuk anak anda dengan melaraskan kawalan dan tetapan khusus ibu bapa. Kawalan dan tetapan ini membolehkan anda:

Menukar tetapan tahap kandungan anak anda

Ibu bapa boleh memilih cara kandungan dipilih pada YouTube Kids.

YouTube Kids: How to select content levels based on your kid’s age

Nota: Selain tetapan kandungan yang anda pilih untuk anak anda, sebarang kandungan yang anda kongsi dengan mereka pada YouTube juga akan tersedia pada YouTube Kids.

Tukar tetapan tahap kandungan anak anda pada apl YouTube Kids:

  1. Ketik Tetapan .
  2. Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
  3. Ketik profil anak anda dan masukkan kata laluan akaun ibu bapa anda.
  4. Ketik EDIT TETAPAN.
  5. Pilih Prasekolah, Lebih Muda, Lebih Tua atau Luluskan sendiri kandungan.

Tukar tetapan tahap kandungan anak anda pada YouTube:

  1. Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
  2. Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
  3. Ketik Tetapan .
  4. Ketik Pusat Keluarga.
  5. Pilih profil atau akaun anak anda.
  6. Dalam bahagian "Tetapan YouTube Kids", pilih EDIT bersebelahan “Tetapan Kandungan”.
Nota: Jika anda mahu menukar tetapan kandungan mereka kepada Luluskan sendiri kandungan, anda perlu menggunakan apl YouTube Kids untuk membuat penukaran ini.

Jika anda mengurus Google Account anak anda dengan Family Link, anda juga boleh menukar tetapan tahap kandungan mereka pada apl Family Link:

  1. Buka apl Family Link Family Link pada peranti anda.
  2. Pilih anak anda.
  3. Ketik Kawalan kemudian YouTube.
  4. Tukar tetapan tahap kandungan anak anda untuk YouTube Kids dalam bahagian “Tetapan YouTube Kids".
Nota: Anda boleh mendapatkan pratonton kandungan yang tersedia dalam setiap tetapan kandungan apabila anda mengklik atau mengetik nama tetapan kandungan. Anda boleh menukar tetapan ini pada bila-bila masa.
Kandungan yang diluluskan sahaja

Dalam tetapan ini, anak anda hanya boleh menonton video, saluran dan koleksi yang telah anda pilih sendiri. Koleksi merupakan video dan saluran yang dikumpulkan mengikut topik, seperti sains dan muzik, yang dipilih oleh pasukan YouTube Kids atau rakan kongsi kami.

Dalam tetapan ini, anak anda tidak boleh mencari video pada YouTube Kids.

YouTube Kids: How to approve what your kids can watch

Untuk menukar tetapan kandungan anak anda kepada Luluskan sendiri kandungan:

  1. Buka apl YouTube Kids pada peranti anak anda.
  2. Ketik Tetapan .
  3. Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
  4. Pilih profil anak anda dan masukkan kata laluan akaun ibu bapa anda.
  5. Pilih EDIT TETAPAN.
  6. Pilih Luluskan sendiri kandungan untuk dihidupkan.
  7. Semak maklumat dalam menu timbul “Bermula”.
  8. Ketik Pilih.
  9. Ketik mana-mana koleksi, saluran atau video untuk meluluskan kandungan yang mahu disediakan untuk anak anda.
  10. Pilih SELESAI dalam kotak merah pada bahagian bawah skrin untuk keluar.
Nota: Anda boleh mengedit senarai koleksi, saluran dan video yang telah anda luluskan pada bila-bila masa dengan mengetik Urus dalam tetapan “Kandungan yang diluluskan sahaja”. Semasa meluluskan kandungan, anda boleh melihat pratonton pengalaman anak anda dengan mengetik PRATONTON. Anda juga boleh mematikan “Kandungan yang diluluskan sahaja” pada bila-bila masa melalui Tetapan.
Matikan carian

Anda boleh mengehadkan tontonan anak anda kepada set video yang lebih terhad dalam YouTube Kids dengan mematikan ciri Carian.

Apabila ciri Carian dimatikan, anak anda tidak boleh mencari video. Anak anda juga akan dihadkan kepada video dan saluran yang disahkan oleh YouTube Kids. Ketahui perihal Carian pada YouTube Kids dan cara mematikan ciri tersebut lebih lanjut.

Jika anda mematikan Carian, sejarah tontonan dan carian pada profil YouTube Kids anak anda akan dikosongkan. Video yang disyorkan dan Tonton sekali lagi juga akan ditetapkan semula.

Kosongkan sejarah

Anda boleh mengosongkan sejarah tontonan dan carian untuk akaun anak anda pada semua peranti mereka yang dipautkan pada YouTube:

  1. Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
  2. Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
  3. Ketik Tetapan .
  4. Ketik Pusat Keluarga.
  5. Pilih profil atau akaun anak anda.
  6. Pilih Kosongkan sejarah.
  7. Untuk menyimpan perubahan anda, pilih KOSONGKAN.

Pada apl YouTube Kids:

  1. Ketik Tetapan .
  2. Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
  3. Ketik profil anak anda dan masukkan kata laluan akaun ibu bapa anda.
  4. Ketik KOSONGKAN SEJARAH.
  5. Untuk menyimpan perubahan anda, ketik OK.
Matikan automain

Anda boleh mematikan Automain untuk anak anda dengan memilih Lumpuhkan automain. Anak anda tidak boleh menghidupkan Automain apabila tetapan ini dihidupkan.

Untuk melumpuhkan automain untuk anak anda pada YouTube:

  1. Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
  2. Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
  3. Ketik Tetapan .
  4. Ketik Pusat Keluarga.
  5. Pilih profil atau akaun anak anda.
  6. Tetapkan Lumpuhkan automain kepada hidup.
Jeda sejarah tontonan

Anda boleh menghentikan tontonan video baharu daripada digunakan sebagai isyarat untuk mengesyorkan video lain. Penjedaan sejarah tontonan juga akan menghentikan tontonan video baharu daripada digunakan sebagai isyarat untuk Video yang disyorkan dan Tonton sekali lagi.

Untuk menjeda sejarah tontonan anak anda pada apl YouTube Kids:

  1. Ketik Tetapan .
  2. Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
  3. Ketik profil anak anda dan masukkan kata laluan akaun ibu bapa anda.
  4. Tetapkan Jeda sejarah tontonan kepada hidup.

Untuk menjeda sejarah tontonan anak anda pada YouTube:

  1. Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
  2. Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
  3. Ketik Tetapan .
  4. Ketik Pusat Keluarga.
  5. Pilih profil atau akaun anak anda.
  6. Tetapkan Jeda sejarah tontonan kepada hidup.
Jeda sejarah carian

Penjedaan sejarah carian juga akan menghentikan istilah carian baharu daripada digunakan sebagai isyarat untuk Video yang disyorkan. Ketahui cara menjeda sejarah carian lebih lanjut.

​​​​YouTube Premium

Terdapat beberapa manfaat menggunakan keahlian YouTube Premium anda dengan YouTube Kids. Sebagai contoh, anda dan anak anda boleh menonton video pada YouTube Kids tanpa sebarang iklan berbayar.

Anda juga akan mendapat akses kepada muat turun dan Main latar. Ketahui perihal tetapan ini lebih lanjut.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7667598248347823198
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false
false
false