YouTube Kids menawarkan pengalaman yang lebih selamat dan ringkas untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai kawalan dan tetapan untuk membolehkan anda membimbing pengalaman tontonan mereka.
Urus kawalan & tetapan ibu bapa
Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengurus kawalan ini. Apabila anda menyediakan Google Account untuk anak, anda boleh menyediakan kawalan ibu bapa untuk menikmati pengalaman YouTube Kids melalui Family Link. Apabila anda menyediakan profil YouTube Kids untuk anak, anda boleh menyediakan kawalan ibu bapa melalui YouTube dan YouTube Kids.
Gunakan kawalan dan tetapan ibu bapa pada YouTube Kids
Anda boleh melihat kawalan dan tetapan ibu bapa untuk profil YouTube Kids pada YouTube Kids:
- Pilih Tetapan
pada penjuru skrin anda.
- Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
Gunakan Pusat Keluarga YouTube
Untuk melihat kawalan dan tetapan ibu bapa bagi profil YouTube Kids pada YouTube:
- Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
- Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
- Ketik Tetapan
.
- Ketik Pusat Keluarga.
Gunakan apl Family Link
Untuk melihat kawalan dan tetapan ibu bapa bagi profil YouTube Kids pada Family Link:
- Buka apl Family Link
pada peranti anda.
- Pilih anak anda.
- Ketik Kawalan
YouTube.
- Tukar tetapan YouTube Kids anda dalam bahagian "Tetapan YouTube Kids".
Tukar kawalan & tetapan khusus ibu bapa
Anda boleh menyesuaikan pengalaman YouTube Kids untuk anak anda dengan melaraskan kawalan dan tetapan khusus ibu bapa. Kawalan dan tetapan ini membolehkan anda:
Ibu bapa boleh memilih cara kandungan dipilih pada YouTube Kids.
YouTube Kids: How to select content levels based on your kid’s age
Tukar tetapan tahap kandungan anak anda pada apl YouTube Kids:
- Ketik Tetapan
.
- Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
- Ketik profil anak anda dan masukkan kata laluan akaun ibu bapa anda.
- Ketik EDIT TETAPAN.
- Pilih Prasekolah, Lebih Muda, Lebih Tua atau Luluskan sendiri kandungan.
Tukar tetapan tahap kandungan anak anda pada YouTube:
- Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
- Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
- Ketik Tetapan
.
- Ketik Pusat Keluarga.
- Pilih profil atau akaun anak anda.
- Dalam bahagian "Tetapan YouTube Kids", pilih EDIT bersebelahan “Tetapan Kandungan”.
Jika anda mengurus Google Account anak anda dengan Family Link, anda juga boleh menukar tetapan tahap kandungan mereka pada apl Family Link:
- Buka apl Family Link
pada peranti anda.
- Pilih anak anda.
- Ketik Kawalan
YouTube.
- Tukar tetapan tahap kandungan anak anda untuk YouTube Kids dalam bahagian “Tetapan YouTube Kids".
Dalam tetapan ini, anak anda hanya boleh menonton video, saluran dan koleksi yang telah anda pilih sendiri. Koleksi merupakan video dan saluran yang dikumpulkan mengikut topik, seperti sains dan muzik, yang dipilih oleh pasukan YouTube Kids atau rakan kongsi kami.
Dalam tetapan ini, anak anda tidak boleh mencari video pada YouTube Kids.
YouTube Kids: How to approve what your kids can watch
Untuk menukar tetapan kandungan anak anda kepada Luluskan sendiri kandungan:
- Buka apl YouTube Kids pada peranti anak anda.
- Pilih Tetapan
.
- Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
- Pilih profil anak anda dan masukkan kata laluan akaun ibu bapa anda.
- Pilih EDIT TETAPAN.
- Pilih Luluskan sendiri kandungan untuk dihidupkan.
- Semak maklumat dalam menu timbul “Bermula”.
- Ketik Pilih.
- Ketik
mana-mana koleksi, saluran atau video untuk meluluskan kandungan yang mahu disediakan untuk anak anda.
- Pilih SELESAI dalam kotak merah pada bahagian bawah skrin untuk keluar.
Anda boleh mengehadkan tontonan anak anda kepada set video yang lebih terhad dalam YouTube Kids dengan mematikan ciri Carian.
Apabila ciri Carian dimatikan, anak anda tidak boleh mencari video. Anak anda juga akan dihadkan kepada video dan saluran yang disahkan oleh YouTube Kids. Ketahui perihal Carian pada YouTube Kids dan cara mematikan ciri tersebut lebih lanjut.
Jika anda mematikan Carian, sejarah tontonan dan carian pada profil YouTube Kids anak anda akan dikosongkan. Video yang disyorkan dan Tonton sekali lagi juga akan ditetapkan semula.
- Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
- Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
- Ketik Tetapan
.
- Ketik Pusat Keluarga.
- Pilih profil atau akaun anak anda.
- Pilih Kosongkan sejarah.
- Untuk menyimpan perubahan anda, pilih KOSONGKAN.
Pada apl YouTube Kids:
- Ketik Tetapan
.
- Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
- Ketik profil anak anda dan masukkan kata laluan akaun ibu bapa anda.
- Ketik KOSONGKAN SEJARAH.
- Untuk menyimpan perubahan anda, ketik OK.
- Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
- Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
- Ketik Tetapan
.
- Ketik Pusat Keluarga.
- Pilih profil atau akaun anak anda.
- Tetapkan Lumpuhkan automain kepada hidup.
Untuk menjeda sejarah tontonan anak anda pada apl YouTube Kids:
- Ketik Tetapan
.
- Selesaikan masalah pendaraban atau masukkan kod laluan tersuai anda.
- Ketik profil anak anda dan masukkan kata laluan akaun ibu bapa anda.
- Tetapkan Jeda sejarah tontonan kepada hidup.
Untuk menjeda sejarah tontonan anak anda pada YouTube:
- Log masuk ke apl YouTube dengan akaun ibu bapa anda yang dipautkan.
- Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan.
- Ketik Tetapan
.
- Ketik Pusat Keluarga.
- Pilih profil atau akaun anak anda.
- Tetapkan Jeda sejarah tontonan kepada hidup.
Penjedaan sejarah carian juga akan menghentikan istilah carian baharu daripada digunakan sebagai isyarat untuk Video yang disyorkan. Ketahui cara menjeda sejarah carian lebih lanjut.
YouTube Premium
Terdapat beberapa manfaat menggunakan keahlian YouTube Premium anda dengan YouTube Kids. Sebagai contoh, anda dan anak anda boleh menonton video pada YouTube Kids tanpa sebarang iklan berbayar.
Anda juga akan mendapat akses kepada muat turun dan Main latar. Ketahui perihal tetapan ini lebih lanjut.