Kami telah membina YouTube Kids untuk menjadi platform yang mesra keluarga untuk kanak-kanak menerokai minat mereka. Kami menggunakan gabungan penapisan algoritma, input pengguna dan jurusemak untuk menentukan video yang sepatutnya tersedia dalam YouTube Kids:
- Video pada skrin utama akan melalui tahap kawalan kualiti tambahan oleh jurusemak.
- Algoritma kami memilih video yang dipaparkan dalam Carian dan Disyorkan.
Walaupun sistem kami telah ditala dan diuji dengan teliti, tiada algoritma yang sempurna, malah algoritma yang sempurna tidak sama dengan pertimbangan anda. Terdapat kemungkinan bahawa anak anda akan menemukan kandungan dalam apl yang anda mungkin tidak mahu anak anda temukan. Jika keadaan ini berlaku, anda boleh menghalang atau melaporkan video. Kami menganggap serius laporan ini dan menggunakan laporan tersebut untuk meningkatkan apl untuk semua.
Terdapat juga pelbagai tetapan dan kawalan yang tersedia untuk anda menyesuaikan pengalaman anak anda:
- Anda boleh menyekat video atau saluran.
- Anda boleh menggunakan tetapan “Kandungan dibenarkan sahaja”. Dalam tetapan ini, anak anda hanya boleh menonton video, saluran dan koleksi yang telah anda pilih sendiri.
- Anda boleh berkongsi video dan saluran daripada apl YouTube akaun anak anda.
- Anda boleh mematikan Carian menggunakan Tetapan Ibu Bapa.
Apabila anda mematikan carian, anak anda dihadkan kepada:
- Video daripada satu set saluran yang disahkan oleh YouTube Kids dan
- Sebarang video atau saluran yang anda kongsi dengan mereka daripada YouTube.