Kebolehaksesan pada YouTube Kids

Apl YouTube Kids boleh digunakan dengan ciri kebolehaksesan Android, TalkBack, yang memberikan sokongan kebolehaksesan untuk orang buta dan pengguna rabun. Akses Pusat Bantuan Kebolehaksesan Android untuk mengetahui lebih lanjut, termasuk cara menghidupkan tetapan ini.

Bermula

Setelah anda menghidupkan tetapan kebolehaksesan Android, TalkBack dan Teroka Melalui Sentuhan boleh membantu anda menerokai kandungan dan unsur pada apl YouTube. Semak arahan Teroka melalui Sentuhan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri ini.

Navigasi apl

Setelah anda membuka apl tersebut, anda boleh menggunakan dua jari untuk menatal dari kanan ke kiri untuk menonton video, saluran dan senarai main mesra keluarga. Ketik dua kali pada mana-mana lakaran kecil untuk menonton video atau menerokai saluran atau senarai main. Ketik dua kali "butang kembali" untuk kembali.

Cari video

Ketik dua kali butang carian dan tambahkan istilah carian anda dalam "kotak edit". Untuk membuat carian suara, ketik dua kali "butang carian suara" dan sebutkan istilah carian anda.

Mainkan video

Setelah anda menemukan video untuk dimainkan, ketik dua kali untuk memulakan main balik; video akan dimainkan dalam mod skrin penuh secara automatik. Ketik dua kali sekali lagi untuk mengecilkan video semasa main balik.

  • Langkau iklan: Ketik dua kali "butang anda boleh melangkau iklan" untuk melangkau iklan sebelum video anda.
  • Jeda: Ketik dua kali "butang jeda video" untuk menjeda video.
  • Video seterusnya: Ketik dua kali "butang video seterusnya" untuk memainkan video berkaitan yang seterusnya.

Di bawah video tersebut, anda akan menemukan video berkaitan yang boleh anda mainkan setelah video anda selesai.

Automain video

Tetapan automain dimatikan secara lalai. Apabila automain dihidupkan, kami akan memainkan video berkaitan yang lain secara automatik.

Untuk menghidupkan Automain:

  1. Akses halaman tontonan mana-mana video pada YouTube Kids.
  2. Ketik dua kali butang “lagi pilihan”. 
  3. Ketik dua kali “butang automain dimatikan” untuk menghidupkan automain. Ketik dua kali “butang automain dihidupkan” jika anda mahu mematikan automain.
Tetapkan pemasa

Tetapkan pemasa:

  1. Ketik dua kali butang “kawalan ibu bapa”. Ikon tersebut terdapat pada penjuru kanan sebelah bawah mana-mana halaman.
  2. Ketik Menu “dewasa sahaja” dan masukkan nombor.
  3. Ketik dua kali butang “pemasa”.
  4. Ketik dua kali “butang tolak satu minit” atau “butang tambah satu minit” untuk menetapkan had masa.
  5. Ketik dua kali butang “mulakan pemasa”.
Hantar maklum balas

Hantar maklum balas tentang apl:

  1. Ketik dua kali butang “kawalan ibu bapa”.
  2. Ketik Menu “dewasa sahaja” dan masukkan nombor.
  3. Ketik dua kali butang “maklum balas”.
  4. Masukkan maklum balas anda dalam "kotak edit".
  5. Ketik dua kali “butang pratonton”.
  6. Ketik dua kali “butang hantar”.
Laporkan video yang tidak sesuai

Laporkan video yang tidak sesuai:

  1. Pilih video yang mahu dilaporkan.
  2. Ketik dua kali butang “lagi pilihan”.
  3. Ketik dua kali butang “benderakan video”.
  4. Ketik dua kali butang “Ya”.
Kosongkan sejarah tontonan dan carian

Kosongkan sejarah tontonan dan carian serta tetapkan semula video pada bahagian Disyorkan pada apl:

  1. Ketik dua kali butang “kawalan ibu bapa”.
  2. Ketik Menu “dewasa sahaja” dan masukkan nombor.
  3. Ketik dua kali butang "tetapan".
  4. Ketik dua kali "kosongkan sejarah".
  5. Ketik dua kali butang “OK”.
Tetapan audio

Matikan audio yang dimainkan pada apl:

  1. Ketik dua kali butang “kawalan ibu bapa”.
  2. Ketik Menu “dewasa sahaja” dan masukkan nombor.
  3. Ketik dua kali butang "tetapan".
  4. Untuk menghidupkan atau mematikan bunyi, ketik dua kali butang kotak pilihan "muzik latar" dan kotak pilihan "kesan bunyi".
Tetapan carian

Untuk mematikan carian dan mengehadkan video yang boleh ditonton kepada video yang dipilih oleh apl pada skrin utama, termasuk "video disyorkan" dan "tonton sekali lagi":

  1. Ketik dua kali butang “kawalan ibu bapa”.
  2. Ketik Menu “dewasa sahaja” dan masukkan nombor.
  3. Ketik dua kali butang "tetapan".
  4. Ketik dua kali kotak pilihan "carian".
Jeda sejarah tontonan dan carian
Apabila anda menghidupkan Jeda sejarah, apl akan berhenti menggunakan:
  • Video yang anda tonton atau
  • Istilah yang anda cari
Sebagai isyarat untuk video Disyorkan dan Tonton sekali lagi. Anda boleh menghidupkan Jeda sejarah dalam tetapan ibu bapa apl dengan MENGHIDUPKAN butang Jeda sejarah.

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15464933882625875098
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false
false
false