Pasukan kami mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih menyeluruh untuk memastikan persekitaran yang mesra keluarga pada apl YouTube Kids. Walau bagaimanapun, jika anda menemukan video yang tidak sesuai, sila bantu kami dengan melaporkan video tersebut:
- Akses halaman Tontonan untuk video yang mahu anda laporkan.
- Ketik Lagi
pada penjuru bahagian atas pemain video.
- Ketik Laporkan.
- Pilih sebab untuk melaporkan video (Visual yang tidak sesuai, Audio yang tidak sesuai atau Lain-lain).
Jika anda log masuk semasa anda melaporkan video yang tidak sesuai, video tersebut akan disekat secara automatik pada apl YouTube Kids.
Video yang dilaporkan akan disemak 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan akan dialih keluar daripada apl YouTube Kids jika perlu. Harap maklum bahawa tindakan melaporkan video secara berulang tidak akan meningkatkan kemungkinan video tersebut dialih keluar daripada apl.