YouTube Kids dibangunkan untuk menawarkan tempat yang menyeronokkan dan mesra keluarga untuk kanak-kanak dan keluarga. Apl YouTube Kids mengandungi video kanak-kanak yang popular dan pelbagai kandungan baharu yang mudah digunakan untuk kanak-kanak.
Sebelum anak anda bermula, kami mahu memastikan bahawa anda memahami beberapa butiran:
Profil YouTube Kids
Profil tersedia pada peranti dengan syarat:
- Ibu bapa telah log masuk dan
- Apl YouTube Kids telah dipasang.
Anda boleh membuat sehingga lapan profil. Ketahui cara membuat profil.
Salah satu pilihan adalah dengan membenarkan anak anda meneroka semua video pada YouTube Kids. Ibu bapa boleh memilih daripada 3 tetapan kandungan berdasarkan umur:
- Prasekolah (Kanak-kanak berumur 4 tahun & ke bawah)
- Lebih muda (Kanak-kanak berumur 5—8 tahun)
- Lebih tua (Kanak-kanak berumur 9—12 tahun)
Sistem automatik kami akan memilih kandungan daripada kategori video YouTube yang lebih luas. Kami bekerja keras untuk menapis kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Akan tetapi, kami tidak dapat menyemak semua video secara manual dan tiada sistem automatik yang sempurna. Jika anda menemukan video yang tidak sesuai, anda boleh menyekat atau melaporkan video tersebut agar disemak dengan pantas.
Satu lagi pilihan adalah dengan memilih sendiri kandungan yang dapat diakses oleh anak anda (Luluskan Sendiri Kandungan). Jika anda memilih pilihan ini, anak anda tidak akan dapat membuat carian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melaksanakan pilihan ini, rujuk panduan YouTube Kids untuk kawalan ibu bapa dan tetapan.
Buat pilihan yang paling sesuai untuk anak anda. Anda boleh menukar tetapan ini pada bila-bila masa. Kami turut menawarkan pelbagai alat dan tetapan seperti yang diterangkan di bawah yang boleh digunakan untuk mengawal pengalaman anak anda dengan lebih lanjut. Ketahui kawalan ibu bapa dan tetapan lebih lanjut.
Video pada YouTube Kids dapat diteroka melalui beberapa cara:
Carian
Video pada skrin utama
Video yang disyorkan
Tonton sekali lagi
Apakah kawalan ibu bapa yang tersedia pada YouTube Kids?
- Menyekat kandungan
- Mengehadkan akses kepada kandungan diluluskan sahaja
- Mematikan carian
- Mengosongkan sejarah
- Menjeda sejarah
Ketahui kawalan ibu bapa dan tetapan lebih lanjut.
Kami membenarkan iklan berbayar yang terhad (“Iklan Berbayar”) pada apl ini agar kami boleh menawarkan apl ini secara percuma. Apabila anak anda memainkan video pada apl, mereka mungkin akan melihat Iklan Berbayar yang ditandai dengan “Iklan” dan didahului oleh pengenalan iklan. Iklan Berbayar ini mestilah mematuhi dasar pengiklanan kami yang, sebagai contoh, mengecualikan kategori tertentu seperti makanan dan minuman. Ketahui Iklan pada YouTube Kids dan dasar pengiklanan kami lebih lanjut.
Video yang dimuat naik oleh pengguna pada YouTube bukan merupakan Iklan Berbayar, oleh itu video tersebut tidak ditandakan sebagai Iklan dan tidak tertakluk pada dasar pengiklanan kami. Perkara ini mungkin termasuk kandungan tentang atau daripada syarikat yang mungkin juga telah membeli Iklan pada apl. Contohnya, carian untuk kereta api mungkin mengembalikan hasil dalam bentuk kartun, lagu kereta api dan video kereta api sebenar yang dimuat naik oleh pengguna atau syarikat kereta api mainan, yang tidak dianggap sebagai Iklan Berbayar kerana kandungan tersebut bukan sebahagian daripada program pengiklanan YouTube Kids. Begitu juga, carian untuk coklat mungkin memaparkan video tentang pembuatan fudge coklat yang dimuat naik oleh pengguna walaupun kami tidak membenarkan Iklan berbayar untuk pembuat coklat. Ketahui Video pada YouTube Kids lebih lanjut.
Jika anda mahu menonton video tanpa iklan berbayar bersama anak anda, cubalah Apl YouTube Kids dengan YouTube Premium. Ketahui lebih lanjut.