Apabila anda memulakan carian pada YouTube, anda boleh menemukan video yang diingini secara lebih pantas dengan menggunakan cadangan automatik. Cadangan ini dipanggil ramalan carian. Ramalan ini berasal daripada istilah carian yang mungkin berkaitan dengan perkara yang anda cari dan perkara yang telah dicari oleh orang lain.
Cara ramalan carian berfungsi
YouTube membuat ramalan carian berdasarkan faktor seperti kepopularan atau keserupaan. Apabila anda memilih ramalan, anda akan menemukan hasil carian bagi perkara yang anda pilih.
Sumber ramalan carian
- Istilah carian yang anda masukkan.
- Carian anda yang berkaitan atau video yang anda tonton pada masa lalu, jika anda log masuk ke Google Account anda dan bergantung pada tetapan anda.
- Perkara yang dicari oleh orang lain, termasuk carian sohor kini. Carian sohor kini merupakan topik popular di kawasan anda yang berubah-ubah sepanjang hari dan tidak berkaitan dengan sejarah carian anda.
Sebab ramalan carian anda mungkin tidak kelihatan
Jika anda tidak melihat apa-apa ramalan untuk istilah carian, algoritma mungkin mendapati bahawa:
- Istilah carian itu tidak popular.
- Istilah carian itu terlalu baharu. Anda mungkin perlu menunggu beberapa hari atau beberapa minggu untuk melihat ramalan.
- Istilah yang menghina atau sensitif telah dikaitkan dengan nama dan peraturan telah dikenakan.
- Pengguna telah melaporkan cadangan sebagai tidak sesuai.
- Istilah carian itu melanggar dasar YouTube. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar autolengkap.
Matikan ramalan yang diperibadikan
Anda mungkin melihat ramalan yang diperibadikan sama ada anda log masuk atau log keluar. Untuk mematikan ramalan carian yang diperibadikan, anda boleh mematikan dan memadamkan sejarah carian dan sejarah tontonan anda.
Laporkan ramalan
Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan ramalan yang tidak sesuai, ada kalanya kami tersasar juga. Jika anda berpendapat bahawa ramalan kami melanggar satu daripada dasar Autolengkap, ikut cara yang berikut untuk melaporkan pelanggaran tersebut pada Web:
- Dalam bar carian, pada bahagian bawah petak ramalan, klik Laporkan ramalan carian.
- Berikan maklum balas anda.
- Pilih Hantar.
Kami akan meneliti maklum balas anda tetapi kami tidak akan mengalih keluar ramalan yang dilaporkan secara automatik.
Saya mempunyai isu perundangan yang berkaitan dengan ramalan
Untuk meminta pengalihan keluar kandungan yang pada pandangan anda menyalahi undang-undang, isi borang ini.