Dapatkan maklumat kesihatan pada YouTube

Nota: Jika anda mahu melayakkan saluran anda untuk menggunakan ciri kesihatan YouTube, ketahui lebih lanjut di sini.

YouTube beriltizam untuk menghubungkan anda dengan kandungan kesihatan daripada sumber berwibawa dan boleh dipercayai supaya anda kekal termaklum dan menjalani kehidupan yang sihat. Kami telah membangunkan beberapa ciri untuk memberi anda lebih banyak konteks tentang kandungan kesihatan yang anda temukan pada YouTube.

Kami menggunakan prinsip yang dibangunkan oleh pakar yang dihimpunkan oleh National Academy of Medicine (NAM), Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Council of Medical Specialty Societies (CMSS) untuk memberitahu tentang pilihan saluran yang layak untuk ciri kesihatan ini.

Ciri di bawah mungkin tidak tersedia bagi semua negara/wilayah dan bahasa. Kami berusaha untuk menyediakan ciri ini di lebih banyak negara/wilayah dan dalam lebih banyak bahasa.

Rak sumber kesihatan pada carian

Jika anda membuat carian pada YouTube tentang topik yang berkaitan dengan keadaan kesihatan fizikal atau mental yang tertentu, anda mungkin mendapati rak yang mengandungi kandungan kesihatan dalam hasil carian anda. Rak ini akan menyertakan video yang berkaitan dengan topik kesihatan yang anda cari daripada sumber yang berwibawa dan boleh dipercayai serta mungkin turut menyertakan kandungan dari negara/rantau lain dalam bahasa yang anda cari yang mungkin berkaitan.

Rak kandungan kesihatan mungkin tidak tersedia untuk semua keadaan kesihatan dalam hasil carian. Kami sedang berusaha untuk menyertakan lebih banyak keadaan kesihatan dalam rak dan meluaskan kelayakan kepada lebih banyak saluran.

Panel maklumat memberikan konteks sumber kesihatan

Apabila anda menonton video YouTube tentang topik yang berkaitan dengan kesihatan, anda mungkin mendapati terdapat panel maklumat yang memberikan konteks tentang sumber di bawah video tersebut. Panel ini bertujuan untuk memberi anda maklumat tambahan supaya anda lebih memahami sumber kandungan kesihatan yang anda temukan dan tonton pada YouTube.

Pertolongan cemas dalam hasil carian

Untuk keadaan kesihatan yang terpilih, Pertolongan Cemas daripada rak Sumber Kesihatan mungkin disematkan pada bahagian atas hasil carian. Rak ini akan menampilkan video yang dapat difahami dengan mudah untuk membantu pengguna mendapatkan sumber pertolongan cemas daripada pihak yang berwibawa pada saat genting tanpa perlu membaca atau mendengar arahan yang rumit.

Rak ini akan memaparkan pelbagai topik pertolongan cemas, seperti CPR, tercekik dan teknik Heimlich, pendarahan, serangan jantung, strok, sawan, dan pelbagai lagi.

Rak ini hanya tersedia di Amerika Syarikat, United Kingdom, Mexico, Brazil dan India.

Masa untuk mendapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan

Maklumat berkaitan dengan kesihatan pada YouTube tidak sesuai untuk semua orang dan maklumat ini bukan nasihat perubatan. Jika anda mempunyai kebimbangan kesihatan, pastikan anda menghubungi penyedia penjagaan kesihatan. Jika anda berpendapat anda mungkin menghadapi kecemasan perubatan, hubungi doktor atau nombor kecemasan tempatan anda.

Maklumat tentang carian anda yang disimpan oleh YouTube

Ciri kesihatan hanya dipaparkan jika carian semasa anda atau video yang ditonton berkaitan dengan topik kesihatan. Sejarah tontonan dan carian anda tidak mencetuskan ciri ini tetapi jika anda mahu mencari dan mengalih keluar carian anda, sila akses data anda pada YouTube. Anda juga boleh mengetahui cara melihat dan memadamkan sejarah carian.

Laporkan maklumat yang tidak tepat

Hantar maklum balas jika terdapat masalah berkenaan dengan ciri kesihatan pada YouTube atau jika anda mahu mengemukakan sebarang cadangan:

  • Serahkan maklum balas melalui Lagi pada panel atau
  • Hantar maklum balas kepada kami menggunakan Menu daripada gambar profil anda.
  • Sila sertakan “#healthinfo” dan pautan kepada saluran dalam maklum balas anda jika anda mempunyai sebarang maklum balas yang berikut tentang panel maklumat yang menyediakan konteks sumber kesihatan:
    • Saluran memaparkan panel maklumat yang salah.
    • Panel maklumat dipaparkan pada saluran yang salah bagi entiti kesihatan tersebut.
    • Anda percaya bahawa saluran tersebut sepatutnya memaparkan panel maklumat konteks sumber kesihatan tetapi panel itu tiada - sila ambil perhatian bahawa individu dan organisasi yang tidak diiktiraf yang memiliki saluran YouTube yang memfokuskan kesihatan perlu memohon akses.
Nota: Anda hanya boleh menyerahkan maklum balas tentang rak kandungan kesihatan menggunakan Menu daripada gambar profil anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8832368195800718363
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false