Untuk membuka kunci ciri tertentu, anda memerlukan pengesahan telefon untuk saluran anda.
- Pada komputer anda, akses studio.youtube.com.
- Daripada sebelah kiri, klik Tetapan
Saluran
Ciri.
- Anda akan melihat ciri yang tersedia untuk saluran anda pada masa ini. Klik Ciri yang memerlukan pengesahan telefon.
- Klik Sahkan nombor telefon. Ketahui orang yang boleh membuat pengesahan telefon untuk saluran daripada bahagian di bawah.
- Ikut gesaan untuk pengesahan telefon akaun anda.
Ketahui sebab YouTube menggunakan pengesahan telefon dan cara menyelesaikan masalah.
Orang yang boleh membuat pengesahan telefon untuk saluran
Jika anda mempunyai akaun jenama, pemilik dan pengurus boleh membuat pengesahan telefon untuk saluran.
Jika anda tidak mempunyai akaun jenama, hanya pemilik saluran (bukan pengurus, editor atau penonton) yang boleh membuat pengesahan telefon untuk saluran. Tidak tahu pemilik saluran yang anda urus? Ketahui cara mencari nama dan e-mel pemilik saluran..
Ciri yang boleh anda akses
Secara lalai, saluran anda mendapat akses kepada ciri ini:
Selepas anda membuat pengesahan telefon untuk saluran anda, anda akan mendapat akses kepada ciri yang berikut:
- Lakaran kecil tersuai
- Penstriman langsung
- Muat naik video yang lebih panjang daripada 15 minit
- Buat rayuan terhadap tuntutan Content ID
Akses kepada ciri ini mungkin berubah jika saluran anda dihadkan kerana Garis Panduan Komuniti atau bantahan hak cipta.