Gunakan YouTube Analytics untuk memahami kedudukan pelanggan anda semasa mereka menekan butang “Langgan”. Maklumat ini membantu anda memahami kandungan atau halaman YouTube yang terbaik untuk menukar penonton kepada pelanggan.
Lihat sumber pelanggan anda
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Analytics
.
- Pada mana-mana kad, klik LIHAT LAGI.
- Dari bahagian atas, pilih Sumber langganan.
Nota: Jika trafik video atau saluran anda tidak mencukupi untuk tempoh masa yang dipilih, anda mungkin tidak dapat melihat dimensi sumber langganan.
Fahami sumber pelanggan yang berbeza
Halaman tontonan YouTube | Langganan melalui butang langgan pada halaman tontonan video. |
---|---|
Saluran YouTube anda | Langganan daripada butang langgan pada halaman utama saluran anda. |
Saluran YouTube lain | Langganan daripada saluran lain yang menampilkan saluran anda. |
Ciri interaktif | Langganan daripada ciri interaktif pada video anda, seperti skrin penamat atau tera air video. |
Laman utama YouTube | Langganan daripada halaman utama YouTube. |
Carian YouTube | Langganan daripada hasil carian. Anda juga boleh membaca carian yang dimasukkan oleh penonton pada bar carian sebelum mereka melanggan. |
Iklan YouTube | Langganan daripada iklan. |
Siaran | Langganan daripada siaran. |
Suapan langganan | Pengurangan bilangan pelanggan daripada suapan langganan. Maklumat ini boleh membantu anda memahami kesan kekerapan muat naik anda terhadap bilangan pelanggan anda. |
Senarai saluran langganan | Nyahlanggan daripada senarai langganan mudah alih dan pengurus langganan komputer. |
Akaun yang telah ditutup | Pengurangan bilangan pelanggan yang disebabkan oleh pengalihan keluar akaun yang telah ditutup dan spam. |
Luaran | Langganan daripada video atau butang langgan yang dibenamkan pada laman web selain YouTube. |
(Artis sahaja) Saluran Rasmi Artis |
Jika anda mempunyai Saluran Rasmi Artis, langganan yang diperoleh terus pada halaman utama saluran Rasmi Artis anda akan dikira dalam baris "Saluran YouTube anda". Pelanggan daripada saluran topik anda atau halaman utama saluran sebelumnya akan dikira dalam baris "Saluran Rasmi Artis". |
Lain-lain | Langganan daripada sumber yang tidak ditentukan. |
Nota: Dalam YouTube Analytics, anda boleh melihat pecahan bagi bilangan pelanggan yang melanggan daripada video, video Shorts, strim langsung, siaran anda dan lain-lain. Ketahui lebih lanjut.