Cara iklan berfungsi pada YouTube untuk akaun yang diawasi dan kandungan yang ditetapkan sebagai "dihasilkan untuk kanak-kanak"

Dasar pengiklanan dihasilkan untuk kanak-kanak boleh berubah dari semasa ke semasa. Kami menggalakkan anda untuk menyemak semula dengan kerap untuk membaca kemaskinian terkini.

Untuk mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak dan undang-undang lain, iklan diperibadikan, pemasaran semula dan ciri penyasaran diperibadikan yang lain dilarang pada YouTube untuk:

Iklan kontekstual boleh disiarkan pada YouTube untuk akaun yang diawasi dan kandungan yang ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak. Iklan ini adalah berdasarkan faktor seperti:

  • Kandungan yang ditonton
  • Carian semasa penonton
  • Lokasi umum penonton (seperti bandar atau negeri)

Iklan perlu mematuhi dasar iklan dihasilkan untuk kanak-kanak untuk layak dipaparkan pada YouTube untuk akaun yang diawasi dan pada kandungan yang ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak.

Menonton iklan pada kandungan “dihasilkan untuk kanak-kanak”

Iklan dalam kategori tertentu mungkin masih dipaparkan pada kandungan yang ditandai sebagai “dihasilkan untuk kanak-kanak”. Penonton kandungan “dihasilkan untuk kanak-kanak” mungkin melihat bamper iklan sebelum dan selepas iklan video dipaparkan. Bamper ini membantu untuk memaklumi mereka bahawa iklan akan bermula dan berakhir. 

Untuk memahami dasar pengiklan berkenaan dengan iklan pada kandungan “dihasilkan untuk kanak-kanak”, lihat dasar iklan “dihasilkan untuk kanak-kanak”.

Dasar untuk pengiklan

Pengiklan tidak boleh menyiarkan iklan diperibadikan pada YouTube untuk akaun yang diawasi dan pada kandungan yang ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak.

Pengiklanan yang disasarkan kepada kanak-kanak atau pada kandungan yang ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Pengiklanan tersebut tidak boleh:

  • Berbentuk penipuan, tidak adil atau tidak sesuai untuk khalayak sasaran
  • Menggunakan sebarang penjejak pihak ketiga atau cuba mengumpulkan maklumat peribadi

Yang berikut ialah beberapa produk yang tidak boleh diiklankan oleh pengiklan pada YouTube untuk akaun yang diawasi atau kandungan yang ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak:

  • Media yang tidak sesuai untuk kanak-kanak: Media (Filem, rancangan TV dsb.) yang sensitif bagi pengguna berumur bawah 13 tahun.
  • Permainan video yang tidak sesuai untuk kanak-kanak: Permainan video elektronik (dan aksesori berkaitan) yang boleh dimainkan pada konsol permainan video, komputer atau peranti elektronik yang lain seperti telefon selular atau tablet dilarang jika permainan tersebut tidak sesuai untuk khalayak berumur bawah 13 tahun menurut rating industri.
  • Dating dan perhubungan: Iklan untuk laman dating, kaunseling keluarga dan perkhidmatan perkahwinan atau perceraian.
  • Kecantikan dan penurunan berat badan: Produk berkaitan dengan penjagaan diri luaran produk kecergasan yang berkaitan dengan penurunan berat badan, diet dan pemakanan.
  • Makanan dan Minuman: Produk yang berkaitan dengan makanan dan minuman guna habis dilarang, tanpa mengira kandungan pemakanan.
  • Produk yang Menyalahi Undang-undang atau Terkawal: Produk yang terkawal atau menyalahi undang-undang untuk diiklankan kepada kanak-kanak termasuk Kandungan Dilarang dan Kandungan Terhad dilarang. Hal ini termasuk produk yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan untuk kanak-kanak.
  • Iklan politik: Sebarang jenis iklan politik berbayar, termasuk iklan tentang calon politik atau pendirian tentang dasar, parti politik, pungutan derma atau jawatankuasa tindakan politik atau agenda mereka.
  • Iklan keagamaan: Sebarang jenis iklan keagamaan dilarang, cth., tawaran berkaitan dengan agama, kepercayaan agama, termasuk sekolah agama, buku agama dsb.
  • Iklan yang berkaitan dengan kandungan dewasa: Kandungan seksual dan matang yang disasarkan untuk khalayak dewasa dan tidak sesuai untuk pengguna berumur bawah 13 tahun.
  • Kandungan Berbahaya: Kandungan yang berbahaya dan tidak sesuai untuk pengguna yang berumur bawah 13 tahun atau yang biasanya memerlukan pengawasan orang dewasa.
  • Kandungan Ganas: Kandungan ganas dan grafik yang disasarkan untuk khalayak dewasa dan tidak sesuai untuk pengguna berumur bawah 13 tahun.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11500982306239703223
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false