COPPA dan YouTube: Menjawab Pertanyaan Penting Anda
Mengikut keperluan undang-undang, anda dikehendaki mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak dan/atau undang-undang lain, tanpa mengambil kira lokasi anda. Anda dikehendaki memaklumi kami bahawa video anda dihasilkan untuk kanak-kanak jika anda menghasilkan kandungan kanak-kanak. Perubahan ini adalah untuk melindungi kanak-kanak dan privasi mereka dengan lebih baik, dan untuk mematuhi undang-undang.
Mengapakah pencipta yang bertanggungjawab mematuhi undang-undang jika YouTube yang mengumpulkan data (bukan pencipta)?
- Video itu selamat atau wajar untuk ditonton oleh sesiapa sahaja (juga dikenali sebagai “mesra keluarga”)
- Kategori ini merangkumi aktiviti yang lazimnya dikaitkan dengan kanak-kanak
- Kanak-kanak mungkin melihat video itu secara tidak sengaja
Senarai yang berikut ialah beberapa contoh jenis video yang boleh dianggap sesuai untuk “khalayak umum”, tanpa maklumat yang menandakan niat untuk menyasarkan kanak-kanak:
- Video DIY yang mengajar penggemar hobi cara membuat semula patung atau membuat patung tanah liat
- Vlog keluarga tentang lawatan ke taman tema
- Video yang menampilkan arahan terperinci tentang pembuatan mod
- Video berbentuk satira yang menampilkan orang dewasa menyanyi lagu kanak-kanak beramai-ramai
- Program animasi yang menarik perhatian semua orang
- Video Minecraft yang menyertakan jenaka dewasa
Jangan lupa untuk mempertimbangkan khalayak yang cuba anda jangkau dengan video anda apabila anda menilai kandungan anda dan faktor di atas.
Yang berikut merupakan contoh jenis video yang boleh dianggap sesuai untuk “khalayak umum”, tanpa maklumat yang menunjukkan niat untuk menyasarkan kanak-kanak.
- Video DIY yang mengajar penggemar hobi cara membuat semula patung atau membuat patung tanah liat
- Vlog keluarga yang menceritakan kepada ibu bapa lain tentang lawatan ke taman tema
- Video yang menampilkan arahan terperinci tentang pembuatan mod atau avatar
- Kandungan animasi yang menarik kepada semua orang
- Video permainan yang menampilkan jenaka dewasa
Bolehkah saya menambahkan penafian bahawa kandungan saya tidak dihasilkan untuk kanak-kanak?
- Kewujudan watak, aktiviti, permainan, mainan, lagu, cerita, atau elemen lain yang menarik kepada kanak-kanak secara khusus
- Pernyataan lain yang mungkin telah anda buat berkenaan dengan khalayak sasaran kandungan anda yang berbeza daripada penafian (seperti pernyataan yang dibuat pada laman web peribadi)
Adakah saya perlu membuktikan umur khalayak saya jika saya tiada alatan untuk berbuat demikian? Apakah yang dipertimbangkan oleh FTC sebagai bukti bahawa kanak-kanak menonton kandungan saya?
Apakah ciri yang tidak tersedia pada kandungan yang dihasilkan untuk kanak-kanak, dan mengapakah ciri tersebut tidak tersedia?
Bagaimanakah syor akan berfungsi bagi kandungan yang dihasilkan untuk kanak-kanak atau kandungan yang bukan dihasilkan untuk kanak-kanak? Adakah penemuan video saya akan terjejas?
Video ini kelihatan tidak wajar. Mengapakah video ini ditetapkan sebagai “dihasilkan untuk kanak-kanak?”
Apabila khalayak video atau saluran ditetapkan sebagai “dihasilkan untuk kanak-kanak”, perkara ini menunjukkan bahawa kanak-kanak merupakan sama ada khalayak utama kandungan tersebut atau video tersebut disasarkan kepada kanak-kanak. Keupayaan untuk menetapkan khalayak kandungan sebagai “dihasilkan untuk kanak-kanak” tersedia untuk membantu pencipta mematuhi COPPA dengan lebih baik.
Kami juga telah menetapkan beberapa sistem untuk menentukan kewajaran kandungan pada YouTube. Garis Panduan Komuniti YouTube menggariskan perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan pada YouTube. Kami melabur dalam teknologi dan pasukan yang membantu untuk memberi kanak-kanak dan keluarga perlindungan yang sebaik mungkin pada YouTube. Sebagai contoh, kami mengenakan sekatan umur pada kandungan yang disasarkan untuk khalayak dewasa tetapi berkemungkinan besar dikelirukan dengan kandungan keluarga. Kami juga mengalih keluar kandungan ini jika kandungan ini secara terang-terangan menyasarkan golongan bawah umur dan keluarga dalam tajuk, perihalan, atau tag. Jika terdapat kandungan yang pada pendapat anda melanggar Garis Panduan Komuniti YouTube, anda juga boleh menggunakan ciri pelaporan untuk menyerahkan laporan yang akan disemak oleh kakitangan YouTube kami.