Penonton di Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Australia dan United Kingdom: Jika anda telah membeli langganan kepada Saluran Primetime pada YouTube, anda akan melihat program dalam syor anda pada Laman Utama dan dalam hasil carian YouTube anda. Anda juga boleh terus melihat langganan yang telah anda beli.
Tonton pada Komputer
- Log masuk ke YouTube.
- Daripada menu sisi kiri, pilih “Filem & TV anda".
- Pilih Dibeli untuk melihat filem dan rancangan TV yang telah anda beli.
Tonton pada peranti mudah alih
- Anda boleh membeli kandungan pada peranti iOS anda di lokasi terpilih. Untuk melihat sama ada pembelian iOS disokong atau tidak di lokasi anda, sila semak di sini.
- Jika pembelian iOS tidak disokong di lokasi anda, anda masih boleh membeli filem dan rancangan TV pada peranti lain. Selepas membeli, anda boleh menonton kandungan tersebut pada peranti iOS anda.
- Sesetengah pembelian filem & rancangan yang dibuat pada apl Android YouTube dibilkan melalui Wallet. Perkara ini tidak menjejaskan harga atau kos. Anda juga boleh meminta bayaran balik.
Tonton menggunakan Chromecast
- Pilih video YouTube yang mahu anda tonton.
- Untuk menghantar video kepada TV anda, klik Cast
.
Tonton pada TV pintar atau peranti penstriman lain
Anda juga boleh mengakses filem dan rancangan TV yang dibeli pada apl YouTube untuk TV pintar, Apple TV, Android TV, Fire TV dan Roku.
Lihat filem dan rancangan yang telah anda beli pada YouTube dengan log masuk ke apl YouTube. Akses "Filem & Rancangan anda" pada tab Pustaka untuk menonton semua kandungan anda. Pastikan anda telah memasang versi terkini apl YouTube pada peranti anda.
Sewaan dan pembelian juga boleh dihantar kepada Android TV menggunakan butang Cast pada telefon, tablet atau komputer anda.
Tonton pada konsol permainan
- Log masuk ke apl YouTube.
- Akses tab Pustaka
“Filem & Rancangan anda".
- Pilih “Dibeli” untuk melihat filem dan rancangan TV yang telah anda beli.