Sekatan boleh menghalang penonton daripada menonton video anda atau melihat siaran anda. Sekatan juga boleh menjejaskan pengewangan video bagi peserta Program Rakan Kongsi YouTube. Contohnya, video mungkin tidak sesuai untuk penonton yang berumur bawah 18 tahun atau mungkin terdapat masalah hak cipta yang belum selesai.
Semak sekatan pada video anda
Apl YouTube Studio untuk iOS
- Buka apl YouTube Studio
.
- Dalam Menu bahagian bawah, ketik Kandungan
.
- Dalam tab Video, cari dan pilih video dengan sekatan. Untuk menapis video anda, ketik Penapis
dan pilih penapis anda dalam bahagian Sekatan:
- Dihasilkan untuk Kanak-kanak: Dihasilkan untuk kanak-kanak (tetapan anda), Ditetapkan kepada dihasilkan untuk kanak-kanak (oleh YouTube), Tidak dihasilkan untuk kanak-kanak atau Tidak ditetapkan.
- Pada halaman Butiran, pilih Sekatan untuk mendapatkan ringkasan sekatan video anda dan menyemak status.
- Untuk sekatan umur dan kesesuaian iklan, anda boleh menyerahkan rayuan. Untuk tuntutan hak cipta, anda boleh mempertikaikan tuntutan.
Jenis sekatan
Hak cipta
Jika anda memuat naik video yang mengandungi kandungan dilindungi hak cipta, video anda boleh mendapat tuntutan Content ID atau bantahan hak cipta.
Syarat dan dasar
Jika video atau siaran anda dialih keluar, dihadkan atau ditetapkan kepada peribadi oleh YouTube kerana masalah syarat penggunaan, anda akan melihat “Syarat penggunaan” dalam lajur “Sekatan”. Contohnya, anda mungkin melihat masalah syarat penggunaan jika:
- Video atau siaran anda mengandungi kandungan tidak sesuai yang melanggar Garis Panduan Komuniti.
- Anda meningkatkan kiraan tontonan anda secara palsu.
- Anda melanggar Syarat Perkhidmatan YouTube.
- Terdapat masalah tanda dagangan berkenaan dengan video atau siaran anda.
- Kami menerima aduan undang-undang tentang video atau siaran anda.
Sekatan umur
Jika video anda tidak sesuai untuk penonton yang berumur bawah 18 tahun, video itu boleh dianggap sebagai kandungan dengan sekatan umur.
Dihasilkan untuk kanak-kanak
Jika kandungan anda ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak, kami akan menyekat ciri tertentu untuk mematuhi undang-undang yang bersesuaian.
Kesesuaian iklan
Jika anda merupakan peserta Program Rakan Kongsi YouTube dan kandungan anda dikenal pasti sebagai tidak sesuai untuk kebanyakan pengiklan, video anda boleh disiarkan dengan iklan terhad atau tanpa iklan.