Urus sekatan pada kandungan anda

Sekatan boleh menghalang penonton daripada menonton video anda atau melihat siaran anda. Sekatan juga boleh menjejaskan pengewangan video bagi peserta Program Rakan Kongsi YouTube. Contohnya, video mungkin tidak sesuai untuk penonton yang berumur bawah 18 tahun atau mungkin terdapat masalah hak cipta yang belum selesai.

Semak sekatan pada video anda

Untuk menyemak sama ada sekatan mempengaruhi video anda atau tidak:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Kandungan .
  3. Dalam tab Video, cari video anda dalam senarai dan semak lajur “Sekatan”. Untuk menapis video anda, klik Penapis dan pilih penapis anda:
    • Sekatan umur: Penonton berumur 18 tahun ke atas atau tiada.
    • Hak cipta: Tuntutan Content ID atau bantahan hak cipta.
    • Dihasilkan untuk kanak-kanak: Dihasilkan untuk kanak-kanak (tetapan anda), Ditetapkan kepada dihasilkan untuk kanak-kanak (oleh YouTube), Tidak dihasilkan untuk kanak-kanak atau Tidak ditetapkan.

Jika sekatan disenaraikan, anda boleh menuding pada sekatan itu untuk mengetahui lebih lanjut dan meminta semakan.

Semak sekatan pada siaran anda

Untuk menyemak sama ada sekatan mempengaruhi siaran anda atau tidak:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Kandungan.
  3. Dalam tab Siaran, cari siaran anda dalam senarai dan semak lajur “Sekatan”.

Jika sekatan disenaraikan, anda boleh menuding pada sekatan itu untuk mengetahui lebih lanjut dan meminta semakan.

Jenis sekatan

Hak cipta

Jika anda memuat naik video yang mengandungi kandungan dilindungi hak cipta, video anda boleh mendapat tuntutan Content ID atau bantahan hak cipta.

Syarat dan dasar

Jika video atau siaran anda dialih keluar, dihadkan atau ditetapkan kepada peribadi oleh YouTube kerana masalah syarat penggunaan, anda akan melihat “Syarat penggunaan” dalam lajur “Sekatan”. Contohnya, anda mungkin melihat masalah syarat penggunaan jika:

Sekatan umur

Jika video anda tidak sesuai untuk penonton yang berumur bawah 18 tahun, video itu boleh dianggap sebagai kandungan dengan sekatan umur.

Dihasilkan untuk kanak-kanak

Jika kandungan anda ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak, kami akan menyekat ciri tertentu untuk mematuhi undang-undang yang bersesuaian.

Kesesuaian iklan

Jika anda merupakan peserta Program Rakan Kongsi YouTube dan kandungan anda dikenal pasti sebagai tidak sesuai untuk kebanyakan pengiklan, video anda boleh disiarkan dengan iklan terhad atau tanpa iklan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13523100887761961046
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false