Anda boleh menunjukkan penghargaan tambahan kepada pencipta kegemaran anda atas kandungan mereka dan menyerlahkan diri dalam bahagian ulasan mereka menggunakan Super Thanks. Super Thanks membolehkan anda membeli animasi satu kali yang menyeronokkan yang hanya akan dipaparkan kepada anda pada bahagian atas video format panjang atau video Shorts. Sebagai bonus tambahan, anda mendapat ulasan unik yang berwarna-warni dan boleh disesuaikan dalam bahagian ulasan. Super Thanks tersedia pada harga yang berbeza-beza untuk pilihan anda.
Untuk membeli Super Thanks pada video yang layak, anda mestilah berada di lokasi yang tersedia.
Beli Super Thanks
- Gunakan komputer untuk membuka video format panjang.
- Pada bahagian bawah video format panjang, pilih Super Thanks
.
- Gerakkan peluncur untuk memilih jumlah yang mahu anda belanjakan.
- Harga setiap animasi berbeza-beza. Jika anda membayar lebih banyak, anda akan mendapat animasi Super Thanks yang lebih rumit.
- Sebagai bonus tambahan, anda juga mendapat ulasan unik yang berwarna-warni dan boleh disesuaikan. Untuk menyesuaikan ulasan Super Thanks anda, klik kotak teks. Anda juga boleh mengedit ulasan anda selepas ulasan itu diterbitkan.
- Pilih BELI DAN HANTAR.
- Untuk melengkapkan pembelian, ikut arahan pada skrin.
Setelah anda membeli Super Thanks, ulasan anda akan disiarkan dalam bahagian ulasan, dengan cip yang berwarna-warni di sebelah ulasan tersebut. Jumlah pembelian anda boleh dilihat oleh semua pengguna dalam ulasan anda.
- Ulasan, nama saluran, gambar profil dan jumlah pembelian Super Thanks anda boleh dilihat oleh semua pengguna. Maklumat ini juga mungkin tersedia untuk saluran melalui Perkhidmatan YouTube Data API kami dan saluran boleh berkongsi maklumat ini dengan perkhidmatan pihak ketiga.
- Seperti semua kandungan pada YouTube, Super Thanks yang anda hantar mestilah mematuhi Garis Panduan Komuniti kami.
Had pembelian Super Thanks
Bergantung pada negara/wilayah anda, had pembelian harian dan mingguan berbeza-beza. Secara umum, anda boleh membelanjakan hingga $500 USD sehari atau $2,000 USD seminggu (atau jumlah yang setara dalam mata wang tempatan anda) pada:
- Super Chat
- Super Stickers
- Super Thanks
- Gabungan 3 item di atas
Bayaran balik untuk Super Thanks
Ulasan Super Thanks
Apabila anda membeli Super Thanks, anda akan mendapat ulasan unik yang berwarna-warni dan boleh disesuaikan sebagai bonus tambahan. Untuk menyesuaikan ulasan Super Thanks anda, klik kotak teks atau ketik Edit di sebelah teks lalai. Harap maklum bahawa ulasan Super Thanks mestilah mematuhi Garis Panduan Komuniti kami.
Setelah anda melengkapkan pembelian anda, ulasan anda akan disiarkan dalam bahagian ulasan dengan cip yang berwarna-warni di sebelah ulasan tersebut. Jumlah yang anda belanjakan dan ulasan anda dapat dilihat secara umum. Jika anda mahu, anda boleh memadamkan ulasan anda selepas ulasan disiarkan.
Selepas anda membayar Super Thanks anda, kami akan menghantar resit kepada anda melalui e-mel sebagai rekod pembelian.
Penyaringan ulasan
Ketersediaan dan dasar Super Thanks
Lokasi tempat Super Thanks tersedia
|
|