Anda dikehendaki memaklumi kami sama ada video anda dihasilkan untuk kanak-kanak atau tidak, tanpa mengambil kira lokasi anda, menurut perjanjian dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) AS dan untuk membantu anda mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) dan/atau undang-undang lain yang bersesuaian. Kegagalan untuk menetapkan kandungan anda mengikut kesesuaian boleh menyebabkan tindakan pada YouTube atau tindakan undang-undang menurut COPPA dan undang-undang lain.
Kami memberikan beberapa panduan tentang perkara yang dianggap sebagai “dihasilkan untuk kanak-kanak” di bawah tetapi kami tidak boleh memberikan nasihat undang-undang. Jika anda tidak pasti sama ada video anda memenuhi standard ini atau tidak, kami mencadangkan anda menghubungi penasihat undang-undang.
Kemaskinian Penting untuk Semua Pencipta: Pematuhan terhadap COPPA
Dihasilkan untuk kanak-kanak | Tidak dihasilkan untuk kanak-kanak |
---|---|
Contoh perkara yang boleh dianggap sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak termasuk:
Lihat lebih banyak panduan di bawah. |
Contoh perkara yang mungkin dianggap sebagai tidak dihasilkan untuk kanak-kanak termasuk:
Lihat lebih banyak panduan di bawah. |
- Kanak-kanak ialah khalayak utama video berdasarkan faktor yang diperihalkan di bawah.
- Kanak-kanak bukan khalayak utama, tetapi video masih ditujukan kepada kanak-kanak berdasarkan faktor di bawah. (Kandungan ini dikenali dalam COPPA sebagai kandungan “khalayak campuran”, yang merupakan sejenis kandungan yang ditunjukan kepada kanak-kanak. Kandungan khalayak umum tidak sama dengan khalayak campuran.)
Semasa menentukan sama ada saluran atau video anda dihasilkan untuk kanak-kanak atau tidak, anda harus mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk:
- Isi kandungan video (mis., kandungan pendidikan untuk kanak-kanak prasekolah).
- Sama ada kanak-kanak ialah khalayak sasaran anda (mis., seperti yang ditunjukkan dalam metadata video anda) atau khalayak sebenar untuk video.
- Sama ada video mengandungi model atau pelakon kanak-kanak atau tidak.
- Sama ada video mengandungi watak, selebriti atau mainan yang menarik minat kanak-kanak, termasuk watak beranimasi atau watak kartun atau tidak.
- Sama ada bahasa video bertujuan untuk difahami oleh kanak-kanak atau tidak.
- Sama ada video mengandungi aktiviti yang menarik minat kanak-kanak, seperti seni lakon, lagu atau permainan mudah atau pendidikan awal atau tidak.
- Sama ada video mengandungi lagu, cerita atau puisi untuk kanak-kanak atau tidak.
- Sebarang maklumat lain yang mungkin anda sediakan untuk menentukan khalayak video anda, seperti bukti empirik khalayak video.
- Sama ada kandungan diiklankan kepada kanak-kanak atau tidak.
Nota:
- Walaupun kandungan anda mungkin mengandungi beberapa faktor ini, tidak bermakna secara automatik bahawa video anda dihasilkan untuk kanak-kanak. Anda harus mempertimbangkan dengan teliti khalayak yang cuba anda jangkau dengan video anda apabila anda menilai kandungan anda dan faktor di atas.
- YouTube Analytics (YTA) tidak direka bentuk untuk membantu anda menentukan sekiranya kandungan anda ditujukan kepada kanak-kanak. Anda harus menggunakan faktor yang digariskan oleh FTC di atas untuk menetapkan khalayak anda.
- Video yang anda tetapkan sebagai video yang “dihasilkan untuk kanak-kanak” lebih berkemungkinan akan disyorkan dengan video kanak-kanak yang lain. Lihat soalan lazim kami tentang kandungan yang dihasilkan untuk kanak-kanak.
- Video ini selamat atau wajar untuk sesiapa sahaja menonton (juga dikenali sebagai “mesra keluarga”).
- Video ini merangkumi aktiviti yang dikaitkan dengan kanak-kanak secara tradisional.
- Kanak-kanak mungkin menonton secara tidak sengaja.
Kandungan khalayak umum
Kandungan khalayak umum ialah kandungan yang boleh menarik minat semua orang tetapi tidak ditujukan khusus kepada kanak-kanak atau kandungan yang ditujukan untuk remaja atau khalayak yang lebih tua. Kandungan khalayak umum harus ditetapkan sebagai “tidak dihasilkan untuk kanak-kanak”.
Yang berikut ialah beberapa contoh jenis video yang boleh dianggap sesuai untuk “khalayak umum”, tanpa maklumat yang menandakan niat untuk menyasarkan kanak-kanak:
- Video DIY yang mengajar penggemar hobi cara membuat semula patung atau membuat patung tanah liat
- Vlog keluarga yang menceritakan kepada ibu bapa lain tentang lawatan ke taman tema
- Video yang menampilkan arahan terperinci tentang cara membuat mod atau avatar
- Kandungan animasi yang menarik kepada semua orang
- Video permainan yang menampilkan jenaka dewasa
Apakah perbezaan antara khalayak umum dengan khalayak campuran?
Kandungan khalayak campuran pula dianggap sebagai jenis kandungan yang dihasilkan untuk kanak-kanak. Kandungan ini menyasarkan kanak-kanak sebagai salah satu khalayak, walaupun kanak-kanak bukan khalayak utama, dan perkara itu dianggap sebagai menyasarkan kanak-kanak selepas mengambil kira faktor yang diterangkan di atas.