Penentuan kandungan "dihasilkan untuk kanak-kanak"

Anda dikehendaki memaklumi kami sama ada video anda dihasilkan untuk kanak-kanak atau tidak, tanpa mengambil kira lokasi anda, menurut perjanjian dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) AS dan untuk membantu anda mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) dan/atau undang-undang lain yang bersesuaian. Kegagalan untuk menetapkan kandungan anda mengikut kesesuaian boleh menyebabkan tindakan pada YouTube atau tindakan undang-undang menurut COPPA dan undang-undang lain.

Kami memberikan beberapa panduan tentang perkara yang dianggap sebagai “dihasilkan untuk kanak-kanak” di bawah tetapi kami tidak boleh memberikan nasihat undang-undang. Jika anda tidak pasti sama ada video anda memenuhi standard ini atau tidak, kami mencadangkan anda menghubungi penasihat undang-undang.

Kemaskinian Penting untuk Semua Pencipta: Pematuhan terhadap COPPA

Nota: Pada bulan November 2019, FTC mengeluarkan lebih banyak maklumat untuk membantu pencipta YouTube menentukan sama ada kandungan mereka “dihasilkan untuk kanak-kanak” atau tidak. Anda boleh mengetahui lebih lanjut pada blog FTC.
Dihasilkan untuk kanak-kanak Tidak dihasilkan untuk kanak-kanak

Contoh perkara yang boleh dianggap sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak termasuk:

  • Kanak-kanak ialah khalayak utama video.
  • Kanak-kanak bukan khalayak utama tetapi video masih ditujukan kepada kanak-kanak kerana menampilkan pelakon, watak, aktiviti, permainan, lagu, cerita atau isi kandungan lain yang menggambarkan niat untuk menyasarkan kanak-kanak.

Lihat lebih banyak panduan di bawah.

Contoh perkara yang mungkin dianggap sebagai tidak dihasilkan untuk kanak-kanak termasuk:

  • Kandungan yang mengandungi tema seks, keganasan, lucah atau tema dewasa lain yang tidak sesuai untuk khalayak muda.
  • Video dengan sekatan umur yang tidak sesuai untuk penonton berumur bawah 18 tahun.

Lihat lebih banyak panduan di bawah.

 

Bagaimanakah saya dapat mengetahui sama ada saya harus menetapkan kandungan saya sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak atau tidak?
Jika video anda menampilkan pelakon, watak, aktiviti, permainan, lagu, cerita atau isi kandungan lain yang menggambarkan niat untuk menyasarkan kanak-kanak, berkemungkinan video itu dihasilkan untuk kanak-kanak. Menurut panduan FTC tentang COPPA, video ditujukan kepada kanak-kanak (atau “dihasilkan untuk kanak-kanak”) jika:
  • Kanak-kanak ialah khalayak utama video berdasarkan faktor yang diperihalkan di bawah.
  • Kanak-kanak bukan khalayak utama, tetapi video masih ditujukan kepada kanak-kanak berdasarkan faktor di bawah. (Kandungan ini dikenali dalam COPPA sebagai kandungan “khalayak campuran”, yang merupakan sejenis kandungan yang ditunjukan kepada kanak-kanak. Kandungan khalayak umum tidak sama dengan khalayak campuran.)

Semasa menentukan sama ada saluran atau video anda dihasilkan untuk kanak-kanak atau tidak, anda harus mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk:

  • Isi kandungan video (mis., kandungan pendidikan untuk kanak-kanak prasekolah).
  • Sama ada kanak-kanak ialah khalayak sasaran anda (mis., seperti yang ditunjukkan dalam metadata video anda) atau khalayak sebenar untuk video.
  • Sama ada video mengandungi model atau pelakon kanak-kanak atau tidak.
  • Sama ada video mengandungi watak, selebriti atau mainan yang menarik minat kanak-kanak, termasuk watak beranimasi atau watak kartun atau tidak.
  • Sama ada bahasa video bertujuan untuk difahami oleh kanak-kanak atau tidak.
  • Sama ada video mengandungi aktiviti yang menarik minat kanak-kanak, seperti seni lakon, lagu atau permainan mudah atau pendidikan awal atau tidak.
  • Sama ada video mengandungi lagu, cerita atau puisi untuk kanak-kanak atau tidak.
  • Sebarang maklumat lain yang mungkin anda sediakan untuk menentukan khalayak video anda, seperti bukti empirik khalayak video.
  • Sama ada kandungan diiklankan kepada kanak-kanak atau tidak.

Nota:

  • Walaupun kandungan anda mungkin mengandungi beberapa faktor ini, tidak bermakna secara automatik bahawa video anda dihasilkan untuk kanak-kanak. Anda harus mempertimbangkan dengan teliti khalayak yang cuba anda jangkau dengan video anda apabila anda menilai kandungan anda dan faktor di atas.
  • YouTube Analytics (YTA) tidak direka bentuk untuk membantu anda menentukan sekiranya kandungan anda ditujukan kepada kanak-kanak. Anda harus menggunakan faktor yang digariskan oleh FTC di atas untuk menetapkan khalayak anda.
  • Video yang anda tetapkan sebagai video yang “dihasilkan untuk kanak-kanak” lebih berkemungkinan akan disyorkan dengan video kanak-kanak yang lain. Lihat soalan lazim kami tentang kandungan yang dihasilkan untuk kanak-kanak.
Penting: Sebagai pencipta, anda yang paling memahami video dan khalayak anda, maka anda bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk mematuhi COPPA dan/atau undang-undang bersesuaian yang lain serta menetapkan kandungan anda dengan tepat. Jangan bergantung pada sistem kami untuk menetapkan khalayak untuk anda kerana sistem kami mungkin tidak dapat mengenal pasti kandungan yang dianggap oleh FTC atau pihak berkuasa yang lain sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak. Jika anda gagal menetapkan kategori kandungan anda dengan betul, anda boleh dikenakan tindakan pada YouTube, serta tindakan undang-undang menurut Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) atau undang-undang tempatan lain yang bersesuaian.
Bagaimanakah saya dapat mengetahui sekiranya saya harus menetapkan kandungan saya sebagai TIDAK dihasilkan untuk kanak-kanak?
Pertimbangkan dengan teliti khalayak yang cuba anda jangkau dengan video anda semasa anda menilai kandungan anda. Sebagai contoh, video tidak semestinya dihasilkan untuk kanak-kanak hanya kerana:
  • Video ini selamat atau wajar untuk sesiapa sahaja menonton (juga dikenali sebagai “mesra keluarga”).
  • Video ini merangkumi aktiviti yang dikaitkan dengan kanak-kanak secara tradisional.
  • Kanak-kanak mungkin menonton secara tidak sengaja.

Kandungan khalayak umum

Kandungan khalayak umum ialah kandungan yang boleh menarik minat semua orang tetapi tidak ditujukan khusus kepada kanak-kanak atau kandungan yang ditujukan untuk remaja atau khalayak yang lebih tua. Kandungan khalayak umum harus ditetapkan sebagai “tidak dihasilkan untuk kanak-kanak”.

Yang berikut ialah beberapa contoh jenis video yang boleh dianggap sesuai untuk “khalayak umum”, tanpa maklumat yang menandakan niat untuk menyasarkan kanak-kanak:

  • Video DIY yang mengajar penggemar hobi cara membuat semula patung atau membuat patung tanah liat
  • Vlog keluarga yang menceritakan kepada ibu bapa lain tentang lawatan ke taman tema
  • Video yang menampilkan arahan terperinci tentang cara membuat mod atau avatar
  • Kandungan animasi yang menarik kepada semua orang
  • Video permainan yang menampilkan jenaka dewasa

Apakah perbezaan antara khalayak umum dengan khalayak campuran?

Kandungan khalayak campuran pula dianggap sebagai jenis kandungan yang dihasilkan untuk kanak-kanak. Kandungan ini menyasarkan kanak-kanak sebagai salah satu khalayak, walaupun kanak-kanak bukan khalayak utama, dan perkara itu dianggap sebagai menyasarkan kanak-kanak selepas mengambil kira faktor yang diterangkan di atas.

Nota: Kandungan yang mengandungi tema seks, keganasan, lucah, atau tema dewasa lain yang tidak sesuai untuk khalayak muda berkemungkinan besar tidak dihasilkan untuk kanak-kanak.

Berapakah umur kanak-kanak?

Umur "kanak-kanak" di Amerika Syarikat ditakrifkan sebagai sesiapa yang berumur bawah 13 tahun. Walau bagaimanapun, umur kanak-kanak mungkin berbeza di negara lain, maka pertimbangkan sebarang kewajipan tambahan anda menurut undang-undang yang bersesuaian apabila menilai sama ada kandungan “dihasilkan untuk kanak-kanak” dan rujuk penasihat undang-undang jika anda mempunyai pertanyaan tambahan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5404674803334133295
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false