Sembunyikan pengguna daripada saluran anda

Anda boleh menyembunyikan penonton tertentu daripada khalayak saluran anda yang lain.

Menyembunyikan seseorang bermakna ulasan mereka tidak akan dipaparkan pada saluran anda, termasuk pada halaman Ulasan anda dalam YouTube Studio. Tindakan ini juga menghalang mereka daripada membuat klip daripada video atau strim langsung anda.

Untuk melaporkan aduan penyalahgunaan, gangguan, kandungan tidak sesuai atau privasi, lawati Pusat Keselamatan.

Sembunyikan pengguna

Untuk menyembunyikan seseorang daripada saluran anda:

  1. Log masuk ke YouTube.
  2. Cari ulasan yang telah ditinggalkan oleh mereka pada saluran atau video anda.
  3. Bersebelahan ulasan, pilih Lagi kemudian Sembunyikan pengguna daripada saluran .

Sembunyikan pengguna dalam YouTube Studio

Untuk menyembunyikan pengguna daripada saluran anda dalam YouTube Studio:

  1. Cari URL saluran pengguna daripada halaman utama saluran mereka.
  2. Akses YouTube Studio.
  3. Dalam menu kiri, pilih Tetapan kemudian Komuniti.
  4. Dalam bahagian “Penapis Automatik”, tampal URL saluran dalam kotak “Pengguna yang tersembunyi”.
  5. Pilih Simpan.

Temukan orang yang anda sembunyikan

Senarai penonton yang anda sembunyikan tersedia dalam YouTube Studio. Untuk menemukan senarai ini:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan kemudian Komuniti.
  3. Dalam bahagian “Penapis Automatik”, semak pengguna yang telah disembunyikan dalam kotak “Pengguna yang tersembunyi”.

Tunjukkan pengguna

Anda boleh mengalih keluar seseorang daripada senarai “Pengguna yang tersembunyi” untuk menunjukkan ulasan baharu yang diberikan oleh mereka. Untuk menunjukkan seseorang:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan kemudian Komuniti.
  3. Dalam kotak “Pengguna yang tersembunyi”, cari pengguna yang mahu ditunjukkan.
  4. Pilih Alih keluar bersebelahan nama mereka.
  5. Pilih Simpan.

Ketahui lebih lanjut tentang pengguna yang tersembunyi

Apakah yang berlaku apabila anda menyembunyikan seseorang?

Semua ulasan terdahulu pada video anda daripada saluran tersebut akan disembunyikan dalam masa 48 jam.

Jika anda menyembunyikan seseorang, adakah mereka mendapat pemberitahuan?

Tidak. Jika anda menyembunyikan seseorang, mereka tidak akan menerima pemberitahuan.

Apakah yang berlaku apabila anda menunjukkan seseorang?

Sebarang ulasan akan datang daripada saluran akan dipaparkan pada video anda dan dalam YouTube Studio.
Ulasan terdahulu daripada orang itu pada video anda masih tersembunyi.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7581548610954482048
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false