YouTube Prihatin membolehkan pencipta menyokong aktiviti kebajikan yang penting bagi mereka. Saluran yang layak boleh memungut derma untuk organisasi bukan untung dengan menambahkan butang derma pada video dan strim langsung mereka. Penonton boleh menderma secara langsung pada halaman tontonan video atau dalam sembang langsung.
YouTube Prihatin tidak tersedia pada video yang ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak. Anda tidak akan melihat video yang ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak apabila menambahkan video pada pungutan derma anda. Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang kelayakan dan ketersediaan, akses Soalan Lazim YouTube Prihatin.
Syarat kelayakan
Untuk layak membuat pungutan derma dengan YouTube Prihatin, saluran anda perlu memenuhi keperluan yang berikut:- Saluran berpusat operasi di satu daripada lokasi yang tersedia
- Saluran memiliki sekurang-kurangnya 10k pelanggan
- Saluran merupakan sebahagian daripada Program Rakan Kongsi YouTube
- Saluran TIDAK ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak
Buat Pungutan Derma YouTube Prihatin
Anda boleh membuat pungutan derma YouTube Prihatin dan menambahkan pungutan derma itu pada video atau strim langsung anda. Kemudian, peminat boleh menderma daripada butang derma pada video yang ditambahkan atau pada sembang langsung.
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Daripada menu kiri, pilih Jana pendapatan
Prihatin.
- Klik Bermula
Buat pungutan derma.
- Pilih organisasi bukan untung AS 501(c)(3) tersedia yang mahu anda sokong. Sekiranya organisasi bukan untung AS 501(c)(3) yang mahu anda sokong tidak disenaraikan, pilih Minta organisasi bukan untung. Ketahui lebih lanjut tentang organisasi bukan untung yang tersedia.
- Ikut arahan untuk menambahkan butiran pada pungutan derma, seperti tajuk, perihalan dan kolaborator. Kami juga mencadangkan penetapan matlamat dan tempoh pungutan derma. Anda boleh menukar tetapan ini pada bila-bila masa.
- Tambahkan video atau strim langsung dijadualkan yang akan menampilkan butang derma.
- Pilih TERBITKAN.
Anda juga boleh menyediakan pungutan derma anda semasa menyediakan strim langsung anda pada Bilik Kawalan Acara Langsung dalam bahagian Tetapan Lanjutan. Ketahui lebih lanjut di sini.
Jika anda mahu meningkatkan pengaruh anda, buat pungutan derma komuniti. Pengemaskinian bahagian “Kolaborator” akan membolehkan mana-mana saluran yang diberi akses kepada YouTube Prihatin menyertai pungutan derma anda.
Butang derma akan dipaparkan pada halaman tontonan atau sembang langsung anda setelah pungutan derma anda bermula.
Sertai pungutan derma yang sedia ada
Anda juga boleh menyertai pungutan derma komuniti pencipta lain.
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Daripada menu kiri, pilih Jana pendapatan
Prihatin.
- Klik Bermula
Sertai pungutan derma.
- Pilih daripada senarai pungutan derma komuniti yang tersedia.
- Tambahkan video atau strim langsung dijadualkan yang akan menampilkan butang derma.
- Pilih TERBITKAN.
Urus pungutan derma YouTube Prihatin
Dalam "tab Prihatin", anda boleh melihat jumlah wang yang telah diperoleh melalui pungutan derma. Anda juga boleh mengedit kempen, menukar jumlah matlamat atau mengalih keluar pungutan derma pada bila-bila masa.
Untuk menukar butiran pungutan derma anda:
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Daripada menu kiri, pilih Jana pendapatan
Prihatin.
- Bersebelahan pungutan derma yang mahu ditukar, pilih Lagi
Edit.
Untuk memadamkan pungutan derma anda dan mengalih keluar butang derma daripada video anda, ikut langkah di atas dan pilih Padam.