Amalan terbaik untuk membuat kandungan mesra pengiklan

Jika anda menyertai Program Rakan Kongsi YouTube dan mahu menjana wang melalui iklan, pastikan kandungan anda mengikut garis panduan kandungan mesra pengiklan kami.

Kami mengambil kira semua aspek kandungan anda. Apabila kami menyebut tentang kandungan, kami maksudkan:

  • Kandungan video, video Shorts atau strim langsung
  • Tajuk
  • Lakaran kecil
  • Perihalan
  • Tag

Bagi memastikan kandungan anda sesuai untuk iklan, semua kandungan anda mestilah memenuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan kami.

Tambahkan konteks pada video anda

Konteks adalah penting. Jika terdapat nilai pendidikan, dokumentari, saintifik, atau artistik, perkara ini mungkin mengubah kesesuaian video untuk pengiklan.

Penambahan konteks juga membantu kami membuat keputusan pengewangan yang betul. Sistem kami tidak sentiasa tepat. Jika sistem kami menandai video anda sebagai tidak sesuai untuk semua pengiklan, anda boleh meminta semakan oleh jurusemak. Jurusemak kami akan menilai kandungan dan konteks anda untuk membuat keputusan pengewangan terakhir.

Ketahui lebih lanjut tentang cara jurusemak menilai kandungan menggunakan garis panduan kandungan mesra pengiklan kami.

Matikan iklan untuk kandungan yang tidak mesra pengiklan

Jika anda mahu memuat naik kandungan yang tidak mengikut garis panduan kandungan mesra pengiklan kami, anda harus mematikan iklan pada video tersebut. Pilihan ini membolehkan anda menarik diri daripada pengewangan untuk mana-mana video yang tidak mesra pengiklan semasa anda kekal dalam Program Rakan Kongsi YouTube.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1537711019874725896
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false