Semak pemberitahuan pelanggan

Pencipta sering tertanya-tanya cara pemberitahuan mempengaruhi tontonan video mereka. Anda boleh menggunakan kad "Pemberitahuan loceng pelanggan" dan “Pemberitahuan loceng dihantar” dalam YouTube Studio untuk mengetahui kesan pemberitahuan. Kad ini akan dipaparkan secara automatik apabila anda mempunyai pelanggan boleh dijangkau yang mencukupi. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan pemberitahuan pada YouTube.

Adakah Pemberitahuan Dihantar kepada Pelanggan Saya?

Lihat metrik pemberitahuan loceng pelanggan

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Pada menu kiri, pilih Analytics .
  3. Pilih Khalayak.
  4. Cari kad “Pemberitahuan loceng pelanggan”.

Ketahui metrik pemberitahuan loceng pelanggan

Kad “Pemberitahuan loceng pelanggan” memberi anda idea tentang peratusan pelanggan anda yang mendapat pemberitahuan daripada saluran anda termasuk: muat naik video baharu, tayangan perdana dan strim langsung.

Pelanggan yang menghidupkan “Semua pemberitahuan” untuk saluran anda

Metrik “Pelanggan yang menghidupkan “Semua pemberitahuan” untuk saluran anda” mewakili peratusan pelanggan anda yang telah memilih untuk mendapatkan semua pemberitahuan.

Pelanggan yang menghidupkan “Semua pemberitahuan” untuk saluran anda dan mendayakan pemberitahuan YouTube

Metrik Pelanggan yang menghidupkan “Semua pemberitahuan” untuk saluran anda dan mendayakan pemberitahuan YouTube memaklumi anda tentang peratusan pelanggan yang telah menghidupkan semua pemberitahuan untuk saluran anda. Pelanggan ini juga telah mendayakan pemberitahuan untuk Google Account dan peranti mereka.

Jika pelanggan membunyikan loceng tetapi mematikan pemberitahuan YouTube untuk akaun atau apl mudah alih mereka, mereka tidak akan diambil kira untuk metrik ini. Pelanggan yang “mendayakan pemberitahuan YouTube” dilog masuk dan boleh menerima pemberitahuan pada sekurang-kurangnya satu peranti. Ketahui lebih lanjut tentang pengurusan pemberitahuan YouTube.

Lihat metrik pemberitahuan loceng dihantar

Kad “Pemberitahuan loceng dihantar” dipaparkan secara automatik pada tab Jangkauan dalam YouTube Analytics apabila anda mempunyai pelanggan yang mencukupi. Kad tersedia untuk video yang berasingan.

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Kandungan.
  3. Klik tajuk atau lakaran kecil video.
  4. Pada menu kiri, pilih Analytics kemudian Jangkauan.
  5. Cari kad “Pemberitahuan loceng dihantar”.

Ketahui metrik pemberitahuan loceng dihantar

  • Pemberitahuan loceng dihantar: Bilangan pemberitahuan loceng yang dihantar kepada pelanggan yang menerima semua pemberitahuan daripada saluran anda dan telah menghidupkan pemberitahuan YouTube untuk akaun dan peranti mereka.
  • CTR (kadar klikan) Pemberitahuan: Peratusan penonton yang mengklik pemberitahuan loceng yang diterima oleh mereka tentang video anda.
  • Tontonan daripada pemberitahuan loceng: Tontonan yang anda terima daripada penonton yang mengklik pemberitahuan loceng dan menonton video anda dengan serta-merta. Bilangan ini tidak termasuk penonton yang melihat pemberitahuan loceng anda dan menonton video anda kemudian. Anda boleh mendapatkan pecahan tontonan daripada pemberitahuan apl berbanding dengan kemaskinian e-mel dalam Laporan jangkauan anda.

Soalan lazim pemberitahuan loceng pelanggan

Apakah maksud ”menghidupkan “Semua pemberitahuan” untuk saluran anda”?

Terdapat beberapa versi loceng yang berbeza untuk membantu penonton memahami pelbagai jenis pemberitahuan YouTube:

  •  Semua: Pelanggan akan menerima semua pemberitahuan daripada saluran anda kecuali pemberitahuan yang melebihi had harian.
  • Diperibadikan: Pelanggan akan menerima subset pemberitahuan yang disesuaikan daripada saluran anda.
  • Tiada: Pelanggan akan melihat versi loceng ini jika mereka tidak dapat menerima pemberitahuan daripada saluran anda disebabkan oleh tetapan peranti mereka.

Metrik “Pelanggan yang menghidupkan “Semua pemberitahuan untuk saluran anda” tidak termasuk pelanggan yang memilih untuk menerima pemberitahuan diperibadikan atau mereka yang mematikan pemberitahuan daripada saluran anda dalam tetapan Pengurus langganan atau Saluran mereka. Ketahui lebih lanjut tentang tetapan yang mempengaruhi pemberitahuan.

Bagaimanakah cara memastikan penonton saya melanggan semua pemberitahuan daripada saluran saya?

Sesetengah penonton tidak mahu menerima semua pemberitahuan daripada setiap saluran yang dilanggan oleh mereka. Bagi sesetengah penonton, langganan semua pemberitahuan mungkin keterlaluan dan boleh menyebabkan penonton mematikan pemberitahuan sepenuhnya.

Galakkan pelanggan anda untuk memilih tahap pemberitahuan yang sesuai dengan mereka. Jika anda mempunyai penonton yang mahu menerima semua pemberitahuan tetapi menghadapi masalah menerima pemberitahuan, hantar penyelesai masalah pemberitahuan kepada mereka.

Metrik saluran saya berada di bawah julat “Kebiasaan pada YouTube”. Adakah perkara itu teruk?

Pelanggan yang menghidupkan “Semua pemberitahuan” untuk saluran anda

Banyak saluran tidak tergolong dalam julat ini dan masih menunjukkan prestasi yang baik. Pemberitahuan merupakan satu daripada banyak sumber trafik untuk tontonan (contohnya: Seterusnya, Laman utama atau carian). Saluran yang berbeza akan menerima peratusan trafik yang berbeza-beza daripada sumber trafik yang berbeza.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi sama ada pelanggan mahu menerima semua pemberitahuan saluran sepanjang masa atau tidak. Pilihan pemberitahuan pelanggan mungkin dipengaruhi oleh faktor seperti kekerapan muat naik, topik video atau langganan saluran yang lain.

Pelanggan yang menghidupkan “Semua pemberitahuan” untuk saluran anda dan mendayakan pemberitahuan YouTube

Jika anda berada dalam julat biasa bagi pelanggan yang menghidupkan semua pemberitahuan untuk saluran anda tetapi di bawah julat bagi pemberitahuan didayakan, pertimbangkan untuk meminta penonton menggunakan penyelesai masalah pemberitahuan. Penonton ini menunjukkan minat untuk menerima semua pemberitahuan dengan membunyikan loceng. Mereka mungkin tidak mengetahui bahawa mereka tidak dapat menerima pemberitahuan.

Bolehkah saya melihat metrik pemberitahuan pelanggan untuk tempoh masa yang terdahulu?

Kad pemberitahuan loceng Pelanggan hanya menunjukkan metrik semasa. Nilai sejarah tidak tersedia.

Jika saya mendapat pelanggan baharu, adakah metrik pelanggan saya akan meningkat dengan serta-merta?

Metrik pelanggan dikemaskinikan setiap hari tetapi terdapat kelewatan selama 2 hari. Jika anda menyiarkan video pada hari Isnin dan mendapat pelanggan baharu, mereka akan ditunjukkan dalam metrik anda pada hari Rabu.

Soalan lazim tentang pemberitahuan loceng dihantar

Bagaimanakah cara menggunakan kad “Pemberitahuan loceng dihantar”?

“Pemberitahuan loceng dihantar” berfungsi bersama dengan kad “Pemberitahuan loceng pelanggan”:
  • Kad “Pemberitahuan loceng pelanggan” menunjukkan bahagian pelanggan anda yang mengklik loceng  untuk menerima semua pemberitahuan daripada keseluruhan saluran anda. Kad ini juga menunjukkan bilangan pelanggan tersebut yang layak menerima pemberitahuan, berdasarkan tetapan peranti dan akaun mereka.
  • Kad “Pemberitahuan loceng dihantar” menunjukkan bilangan penonton yang menerima pemberitahuan loceng anda, mengklik pemberitahuan tersebut dan menonton video anda. Kad ini juga menunjukkan bilangan pelanggan yang anda miliki semasa menerbitkan video anda yang layak menerima pemberitahuan loceng.

Bagaimanakah CTR pemberitahuan saya berbeza daripada CTR lakaran kecil saya?

CTR pemberitahuan anda mewakili bilangan penonton yang melihat pemberitahuan loceng untuk video anda dan mengklik pemberitahuan tersebut. CTR lakaran kecil anda mewakili bilangan penonton yang melihat lakaran kecil video anda pada YouTube dan mengklik lakaran kecil itu. Ketahui lebih lanjut tentang tera dan CTR anda.

Mengapakah CTR pemberitahuan saya lebih rendah daripada CTR tera saya?

Adalah biasa bagi pemberitahuan CTR anda untuk menjadi lebih rendah daripada CTR tera anda.
Pengguna menerima pemberitahuan sepanjang hari tetapi tidak dapat menonton video. Mereka mungkin berada di tempat kerja atau sedang memasak makan malam. CTR tera anda diukur berdasarkan aktiviti pada YouTube. CTR tera mewakili gelagat penonton yang aktif mencari sesuatu untuk ditonton pada YouTube, bukannya penonton yang sedang menjalani kehidupan seharian mereka.
Mengapakah tidak semua pemberitahuan saya dihantar?
Yang berikut ialah sebab paling lazim “Pemberitahuan loceng dihantar” anda mungkin kurang daripada 100%:
  • Saluran anda telah menghantar maksimum 3 pemberitahuan video dalam tempoh 24 jam.
  • Anda telah menerbitkan lebih daripada 3 video dalam masa yang singkat.
  • Bilangan pelanggan anda berubah dengan ketara dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketahui lebih lanjut.
  • Anda telah menukar tetapan privasi video anda sebelum semua pemberitahuan dihantar.
  • Anda melangkau pemberitahuan untuk video ini.
Bagaimanakah perubahan bilangan pelanggan saya mempengaruhi peratusan pemberitahuan loceng saya yang dihantar?
Perubahan bilangan pelanggan yang kerap merupakan perkara biasa. Jika atas sebab tertentu bilangan pelanggan anda berubah dengan ketara sejurus sebelum anda menerbitkan video, anda mungkin akan mendapati kurang daripada 100% pemberitahuan loceng dihantar.
Dalam situasi ini, kami masih akan memberitahu semua pelanggan yang layak tetapi kad mungkin menunjukkan kurang daripada 100% disebabkan oleh kelewatan pelaporan.

Saya di bawah julat “Kebiasaan pada YouTube” untuk CTR pemberitahuan. Adakah perkara itu teruk?

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi sama ada pelanggan akan mengklik untuk membuka pemberitahuan atau tidak. Penonton mungkin tidak mengklik pemberitahuan bergantung pada masa dalam hari, perkara yang sedang dilakukan oleh mereka dan sebagainya.
Banyak saluran tidak tergolong dalam julat ini dan masih menunjukkan prestasi yang baik. Pemberitahuan hanya merupakan satu daripada banyak sumber trafik untuk tontonan. Sumber lain termasuk Seterusnya, Laman Utama, carian, sumber luaran dan suapan Langganan. Saluran yang berbeza menerima peratusan trafik yang berbeza-beza daripada sumber trafik yang berbeza.

Bolehkah saya menyemak kad “Pemberitahuan loceng dihantar” untuk tempoh masa yang terdahulu?

Nilai sejarah tidak tersedia untuk kad “Pemberitahuan loceng dihantar”. Jika anda menukar julat tarikh dalam YouTube Analytics, data dalam kad akan kekal sama.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11070338169121873991
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false