Anda boleh berinteraksi dengan peminat dan ahli anda menggunakan alatan serta perkhidmatan interaktif pihak ketiga. Alatan dan perkhidmatan penyepaduan pihak ketiga ini boleh membantu anda mewujudkan pengalaman yang unik untuk ahli saluran anda dan menawarkan interaksi yang menyeronokkan apabila penonton anda membeli Super Chat.
Alatan dan perkhidmatan pihak ketiga yang berikut boleh berfungsi dengan Perkhidmatan API Super Chat dan keahlian saluran kami. Alatan dan perkhidmatan pihak ketiga dikawal oleh terma dan syarat mereka yang perlu anda baca dan fahami.
Perkhidmatan Members API kami
Perkhidmatan Members API kami memberi anda akses kepada maklumat di bawah tentang ahli anda.
- URL saluran ahli
- Nama saluran ahli
- Pautan kepada gambar profil ahli
- Masa ahli menyertai saluran anda
- Tahap ahli
Anda boleh berkongsi maklumat di atas dengan syarikat pihak ketiga tetapi hanya untuk menyampaikan manfaat keahlian saluran.
Penyepaduan yang tersedia untuk keahlian saluran
- Cameo: Memberi ahli diskaun eksklusif untuk membuat mesej video diperibadikan untuk peminat anda. Ketahui lebih lanjut.
- Discord: Melibatkan komuniti anda dengan pelayan sembang Discord untuk ahli sahaja. Ketahui lebih lanjut.
- Emojam: Memuat naik GIF audio tanpa had dengan studio Emojam sebagai manfaat untuk ahli berbayar bulanan anda. Emojam tersedia pada apl pemesejan pada peranti iOS dan Android.
- FX Factory: Menjana senarai ahli, mengimport senarai itu kepada alatan penerbitan seperti After Effects, Photoshop dan InDesign atau mengeksport senarai kepada txt, csv atau json. Ketahui lebih lanjut.
- StreamElements: Mengecam ahli dengan tindanan dalam strim dan makluman langsung - termasuk maklumat tahap keahlian. Ketahui lebih lanjut.
Penyepaduan yang tersedia untuk Super Chat
- Streamlabs: Alatan penyiaran untuk penyiar strim yang boleh digunakan dengan Super Chat dan keahlian saluran. Ketahui lebih lanjut tentang penyepaduan ini pada blog Streamlabs.
Untuk menyediakan Streamlabs untuk Super Chat dan Keahlian saluran:
- Log masuk Streamlabs menggunakan butiran log masuk Google anda.
- Ikut arahan pada skrin untuk memautkan saluran YouTube anda kepada Streamlabs.
- Sediakan widget, makluman dan pelbagai lagi pada Streamlabs.
Nota: Pastikan anda layak menggunakan dan telah menghidupkan Keahlian saluran atau Super Chat sebelum menyediakan Streamlabs.
Alih keluar akses oleh apl pihak ketiga
Jika anda mahu mengalih keluar akses yang telah anda berikan kepada apl pihak ketiga, putuskan sambungan apl itu daripada Google Account anda:
- Akses Google Account anda.
- Pada panel navigasi sebelah kiri, pilih Keselamatan.
- Pada panel Apl pihak ketiga yang mendapat akses akaun, pilih Urus akses pihak ketiga.
- Pilih laman atau apl yang mahu dialih keluar.
- Pilih Alih keluar Akses.
Selepas sambungan diputuskan, apl pihak ketiga tidak akan dapat mengakses Google Account anda lagi. Anda juga boleh meminta apl itu memadamkan data yang telah dimiliki.
Laporkan apl pihak ketiga
Jika anda berpendapat bahawa laman atau apl menyalahgunakan data anda, anda boleh melaporkan laman atau apl tersebut. Beberapa contoh penyalahgunaan data anda termasuk membuat spam, menyamar sebagai anda atau menggunakan data anda secara berbahaya. Untuk melaporkan apl pihak ketiga:
- Log masuk ke Google Account anda.
- Akses bahagian Apl yang mendapat akses kepada akaun anda bagi Google Account anda.
- Pilih apl yang mahu dilaporkan
Laporkan apl ini.
Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus akses akaun untuk laman dan apl pihak ketiga.