Semak hasil YouTube anda

Berikutan peperangan yang sedang berlaku di Ukraine, kami akan menjeda iklan Google dan YouTube untuk sementara waktu daripada disiarkan kepada pengguna yang berada di Rusia. Ketahui lebih lanjut.

Kami memperkenalkan beta baharu yang memaparkan butiran pembayaran pada tab Jana pendapatan bagi apl mudah alih YouTube Studio. Beta ini memudahkan lagi pencipta yang layak memahami cara pendapatan mereka ditukarkan kepada bayaran. Dengan beta ini, anda boleh melihat:
  • Kemajuan anda untuk menerima bayaran yang seterusnya
  • Sejarah pembayaran anda sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu merangkumi tarikh, jumlah yang dibayar dan pecahan pembayaran
Ketahui lebih lanjut dalam siaran forum kami.

Jika anda merupakan peserta Program Rakan Kongsi YouTube, tab Hasil dalam YouTube Analytics akan memaparkan kandungan yang menjana paling banyak pendapatan dan sumber hasil yang paling menguntungkan. Ketahui cara menjana pendapatan pada YouTube.

Petua: Apabila sumber pengewangan kami berkembang, anda mungkin melihat perubahan pada tab Hasil dalam YouTube Analytics, termasuk pecahan hasil yang lebih terperinci. Pecahan ini memberi pencipta berbilang format peluang untuk meneliti strim hasil mereka dan mengoptimumkan perkembangan perniagaan mereka. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Nota: Pemaparan hasil pada YouTube Analytics akan mengambil masa selama 2 hari.

Lihat laporan hasil anda

YouTube Android app

  1. Open the YouTube app .
  2. Tap your profile picture and then Your channel.
  3. From the middle menu, tap Analytics to view a brief summary of your channel performance.

YouTube Studio app for Android

  1. Open the YouTube Studio app .

  2. From the bottom menu, tap Analytics .
  3. From the top menu, tap Revenue.

Jumlah pendapatan anda

Laporan ini menunjukkan kepada anda jumlah yang diperoleh oleh saluran anda sepanjang 6 bulan yang lalu dan dibahagikan mengikut bulan.

Jumlah pendapatan anda tertakluk pada pelarasan disebabkan oleh:

Jika anggaran pendapatan anda turun naik, hal ini mungkin disebabkan oleh pelarasan ini. Pelarasan ini akan berlaku dua kali selepas hasil yang diperoleh dipaparkan pada YouTube Analytics:

  • Pelarasan pertama berlaku selepas 1 minggu, sekali gus memberikan anggaran yang lebih lengkap.
  • Pelarasan kedua berlaku pada pertengahan bulan seterusnya dan menggambarkan pendapatan keseluruhan anda.

Cara anda menjana pendapatan

Laporan ini memberikan pecahan jumlah anggaran hasil daripada setiap sumber hasil. Contoh sumber hasil termasuk Iklan Halaman Tontonan, Iklan Suapan Shorts, Keahlian, Supers, Kedai Yang Disambungkan dan Ahli Gabungan Shopping. Anda boleh memilih sumber untuk mendapatkan pecahan hasil yang terperinci.

Prestasi kandungan

Laporan ini memaparkan jumlah pendapatan video, video Shorts dan strim langsung anda. Laporan turut mengandungi Hasil bagi Setiap 1,000 Tontonan (RPM).

Laporan ini juga menunjukkan kandungan yang memperoleh anggaran hasil tertinggi, dibahagikan mengikut jenis format (video, Shorts, strim langsung).

Lihat pendapatan dimuktamadkan anda

Perihal pendapatan dimuktamadkan

  • Pendapatan dimuktamadkan anda hanya boleh dilihat dalam AdSense anda untuk akaun YouTube.
  • Pendapatan dimuktamadkan dalam AdSense untuk YouTube mungkin berbeza daripada anggaran pendapatan anda pada YouTube Analytics. Contohnya, pegangan cukai mungkin menjejaskan pendapatan dimuktamadkan anda, jika cukai dikenakan. Sebarang cukai yang dipegang hanya boleh dilihat dalam AdSense untuk akaun YouTube anda.
  • Pendapatan dimuktamadkan untuk bulan sebelumnya ditambahkan pada baki akaun anda antara 7hb hingga 12hb setiap bulan.

Untuk melihat pendapatan dimuktamadkan anda dalam AdSense untuk YouTube:

Metrik yang perlu diketahui

Hasil iklan Halaman Tontonan Anggaran hasil daripada AdSense untuk YouTube, iklan DoubleClick dan YouTube Premium untuk julat tarikh dan kawasan yang dipilih. Jumlah ini tidak termasuk hasil daripada mana-mana iklan yang dijual oleh rakan kongsi.
Hasil iklan Suapan Shorts Anggaran hasil daripada iklan Suapan Shorts dan YouTube Premium untuk julat tarikh yang dipilih.
Hasil keahlian Anggaran hasil daripada keahlian dan keahlian yang dihadiahkan untuk julat tarikh yang dipilih.
Hasil Supers Anggaran hasil daripada Supers, seperti Super Chat, Super Stickers dan Super Thanks.
Hasil hadiah Hasil daripada hadiah ditentukan oleh Delima yang diperoleh semasa penstriman langsung.
Hasil ahli gabungan Shopping Anggaran hasil daripada produk daripada jenama lain yang ditampilkan dalam kandungan anda.
Jumlah jualan Anggaran jualan yang diperoleh daripada peruncit ahli gabungan atau kedai anda yang disambungkan yang layak. Anggaran jualan dalam Analytics mungkin tidak sepadan dengan data daripada kedai anda yang disambungkan. Ketahui lebih lanjut tentang sebab perbezaan mungkin berlaku.
Pesanan Anggaran bilangan pesanan yang dibuat daripada peruncit ahli gabungan atau kedai anda yang disambungkan yang layak. Anggaran pesanan dalam Analytics mungkin tidak sepadan dengan data daripada kedai anda yang disambungkan. Ketahui lebih lanjut tentang sebab perbezaan mungkin berlaku.
Klik produk Jumlah bilangan klik produk yang dibuat oleh penonton pada produk bertag.
Produk popular Produk anda disusun mengikut bilangan klik produk. Jika anda mempunyai kedai yang disambungkan yang layak, anda juga boleh melihat produk yang disusun mengikut anggaran hasil yang diperoleh daripada jualan (hanya tersedia pada Cafe24 dan Shopify pada masa ini).
Kandungan yang memperoleh pendapatan tertinggi Produk anda disusun mengikut anggaran hasil yang diperoleh.
Hasil Pengetagan Produk Anggaran hasil daripada Dana YouTube Shopping untuk julat tarikh yang dipilih.
YouTube Player for Education Anggaran hasil daripada kandungan anda yang dilihat pada platform teknologi pendidikan.
Anggaran hasil (pendapatan) Jumlah anggaran hasil anda (pendapatan bersih) daripada sumber hasil YouTube untuk julat tarikh dan kawasan yang dipilih.
Anggaran hasil (ahli gabungan) Komisen yang diperoleh daripada jualan sebelumnya yang belum diluluskan untuk pembayaran. Jumlah ini dikira dengan menolak pulangan daripada komisen belum selesai. Tetingkap kembali biasanya selama 30 hingga 90 hari.
Komisen yang diluluskan Komisen yang diperoleh daripada jualan sebelumnya dan diluluskan untuk pembayaran.

Transaksi

Bilangan transaksi daripada Supers untuk julat tarikh dan kawasan yang dipilih.

Anggaran main balik yang menghasilkan wang

Main balik yang menghasilkan wang adalah apabila penonton menonton video anda dan ditunjukkan sekurang-kurangnya satu tera iklan. Tera iklan juga boleh dipaparkan apabila penonton menghentikan tontonan semasa iklan sebelum klip dimainkan tanpa menonton video anda langsung.

Tontonan

Bilangan tontonan sah untuk saluran atau video anda.

YouTube telah mengubah cara tontonan dikira pada video Shorts. Ketahui perubahan kiraan tontonan video Shorts.

Purata tempoh tontonan

Purata minit yang ditonton oleh pengguna yang meneruskan tontonan.

Untuk video Shorts, perkara ini dikira daripada tontonan sahih dan masa tontonan yang sepadan.

Masa tontonan (jam)

Jumlah masa yang diluangkan oleh penonton untuk menonton video anda.

Jumlah yang dibayar oleh pengiklan Hasil anda bagi setiap 1,000 main balik yang menghasilkan wang yang memaparkan satu atau beberapa iklan.
Pendapatan mengikut jenis iklan Hasil dibahagikan mengikut jenis iklan, seperti iklan video boleh langkau, iklan paparan, iklan bamper dan iklan tidak boleh langkau.
Tahap keahlian Hasil dibahagikan mengikut tahap keahlian, seperti peringkat kilat, peminat tegar dan VIP.
Jumlah ahli Hasil anda untuk jumlah ahli dan ahli yang aktif. Ahli yang aktif dikira dengan menolak ahli yang membatalkan keahlian daripada jumlah ahli. Dapatkan pecahan jumlah ahli termasuk:
  • Ahli dengan keahlian berulang
  • Ahli dengan keahlian yang dihadiahkan (masa terhad)
Tempat penyertaan ahli Semak kandungan yang membawakan bilangan keahlian tertinggi, serta memberikan lencana “ahli sahaja” kepada ahli saluran.
Sebab pembatalan keahlian Dapatkan cerapan jika bilangan penonton yang mencukupi menjawab tinjauan sambil membatalkan keahlian mereka.
Cara Supers menjana pendapatan Hasil dibahagikan mengikut Super Chat, Super Stickers dan Super Thanks.
Produk popular Produk yang anda promosikan yang mendapat klik paling banyak.
Tera kedai yang disambungkan Jumlah tera pada kedai anda yang disambungkan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9871961197370878873
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false