Anda boleh menggunakan tab Kandungan (atau tab Jangkauan pada peringkat video) dalam YouTube Analytics untuk memahami trafik video anda. Ketahui kekerapan lakaran kecil video anda dipaparkan pada YouTube dan cara tera lakaran kecil itu ditukarkan kepada tontonan dan masa tontonan. Ketahui lebih banyak petua tentang penggunaan data tera dan kadar klikan.
Lihat data tera dan kadar klikan
Apl Android YouTube
- Buka apl YouTube
.
- Ketik gambar profil anda
Lihat saluran.
- Dalam menu tengah, ketik Analytics
untuk melihat ringkasan prestasi saluran anda.
Apl YouTube Studio untuk Android
- Buka apl YouTube Studio
.
- Dalam menu bawah, ketik Kandungan
.
- Pilih video yang diingini untuk melihat data video.
- Ketik tab Analytics.
- Dalam menu atas, ketik Jangkauan.
Tera dan cara tera ditukarkan kepada masa tontonan
Nota: Untuk mendapatkan analitis terperinci, sila gunakan YouTube Studio.
Dengan memilih penapis "Semua", anda boleh melihat laporan “Tera dan cara tera ditukarkan kepada masa tontonan” yang memberi anda gambaran tentang tera lakaran kecil anda yang ditukarkan kepada tontonan dan masa tontonan. Anda juga mungkin melihat peratusan tera anda yang bersumberkan YouTube mengesyorkan video anda kepada penonton.
Dalam bahagian tab Video, Video Shorts, Siaran Langsungdan Siaran kad metrik utama memberi anda ikhtisar tentang tera anda. Kad ini turut memberi anda maklumat tentang tontonan, kadar klikan, purata tempoh tontonan, pelanggan (video Shorts), suka (video Shorts), perkongsian (video Shorts). Data ini tersedia dalam tempoh beberapa jam selepas penerbitan kandungan anda.
Di manakah tera dikira?
Tera dikira jika lakaran kecil dipaparkan melebihi 1 saat dan sekurang-kurangnya 50% lakaran kecil tersedia pada skrin. Lihat butiran bagi lokasi tera dikira di bawah.
Tera dikira pada: |
Tera yang tidak dikira pada: |
---|---|
|
|
Metrik yang perlu diketahui
Tera | Kekerapan lakaran kecil anda dipaparkan kepada penonton pada YouTube melalui tera berdaftar. |
Kadar klikan tera | Kekerapan penonton menonton video selepas melihat lakaran kecil. |
Penonton unik |
Anggaran bilangan penonton yang menonton kandungan anda bagi julat tarikh terpilih. Untuk video Shorts, perkara ini dikira daripada tontonan sahih dan masa tontonan yang sepadan. |
Tontonan |
Bilangan tontonan sah untuk saluran atau video anda. YouTube telah mengubah cara tontonan dikira pada video Shorts. Ketahui perubahan kiraan tontonan video Shorts. |
Tontonan melalui tera | Tontonan yang berasal daripada tera untuk julat tarikh yang dipilih. |
Masa tontonan (jam) | Jumlah masa yang diluangkan oleh penonton untuk menonton video anda. |
Masa tontonan daripada tera | Masa tontonan yang berasal daripada tera untuk julat tarikh yang dipilih. |