Fahami khalayak YouTube anda

Tab Khalayak dalam YouTube Analytics memberi anda ikhtisar tentang pengguna yang menonton video YouTube anda dan cerapan tentang demografi mereka. Jangkauan memberikan ringkasan mudah metrik penting seperti penonton ulangan, penonton unik dan pelanggan.

Nota: Sesetengah data, seperti geografi sumber trafik atau jantina, mungkin terhad dalam YouTube Analytics.

Lihat laporan Khalayak anda

Apl iPhone dan iPad YouTube

  1. Buka apl YouTube .
  2. Ketik gambar profil anda kemudian Lihat saluran.
  3. Dalam menu tengah, ketik Analytics untuk melihat ringkasan prestasi saluran anda.

Apl YouTube Studio untuk iPhone dan iPad

  1. Buka apl YouTube Studio .
  2. Dalam menu bawah, ketik Analytics .
  3. Dalam menu atas, ketik Khalayak.

Masa penonton anda aktif pada YouTube

Laporan ini menunjukkan anda waktu penonton anda berada dalam talian merentas YouTube dalam tempoh 28 hari yang lalu. Anda boleh menggunakan maklumat itu untuk membina komuniti anda, menentukan waktu yang paling sesuai untuk menjadualkan Tayangan Perdana atau merancang strim langsung anda yang seterusnya.

Jenis peranti

Laporan ini memberitahu anda peratusan masa tontonan anda daripada setiap peranti (disusun daripada peratusan paling tinggi kepada paling rendah). Peranti yang disokong: mudah alih, komputer, TV dan tablet. Selain itu, anda boleh melihat analitis ini mengikut jenis kandungan.

Umur

Laporan ini menunjukkan anda lingkungan umur yang paling banyak meningkatkan masa tontonan anda.

Jantina

Laporan ini menunjukkan taburan jantina khalayak anda.

Geografi

Laporan ini menunjukkan anda kawasan geografi dengan waktu tontonan tertinggi untuk saluran anda.

Bahasa sari kata popular

Laporan ini menunjukkan khalayak saluran anda mengikut bahasa sari kata.

Masa tontonan daripada pelanggan

Laporan ini memberitahu anda peratusan masa tontonan anda yang berasal daripada pelanggan dan penonton yang bukan pelanggan.

Kandungan yang ditonton oleh khalayak anda

Laporan ini menunjukkan anda video lain, video Shorts, strim langsung dan audio siar yang ditonton oleh penonton anda selain pada saluran anda dalam tempoh tujuh hari yang lalu. Anda boleh menggunakan maklumat itu untuk mencari topik bagi video dan tajuk baharu. Anda juga boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mendapatkan idea lakaran kecil dan peluang kerjasama. Jika anda mempunyai Saluran Rasmi Artis, anda tidak akan melihat video yang memaparkan anda sebagai artis utama, walaupun video itu bukan daripada Saluran Rasmi Artis anda.

Saluran yang ditonton oleh khalayak anda

Laporan ini menunjukkan anda saluran lain yang ditonton secara konsisten oleh penonton anda selain saluran anda dalam tempoh 28 hari yang lalu. Anda boleh menggunakan maklumat itu untuk mengetahui saluran yang menarik minat penonton anda dan untuk mendapatkan peluang kerjasama.

Format yang ditonton oleh penonton anda pada YouTube

Laporan ini menunjukkan anda jenis format lain yang ditonton oleh pengguna dalam tempoh 28 hari yang lalu. Format itu mungkin video, video Shorts atau strim langsung. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk melihat format yang paling kerap ditonton oleh pengguna untuk menyesuaikan kandungan anda dengan format tersebut.

Dapatkan petua untuk mengetahui penonton anda dan kandungan yang ditonton.

Metrik yang perlu diketahui

Penonton ulangan Bilangan penonton yang telah menonton saluran anda dan kembali untuk menonton dalam tempoh masa yang terpilih.
Penonton baharu Bilangan penonton yang telah menonton saluran anda untuk kali pertama dalam tempoh masa yang terpilih. Penonton yang menonton daripada penyemak imbas peribadi, yang memadamkan sejarah tontonan mereka atau tidak menonton saluran anda dalam tempoh melebihi setahun dianggap sebagai penonton baharu.
Penonton unik

Anggaran bilangan penonton yang menonton kandungan anda bagi julat tarikh terpilih.

Untuk video Shorts, perkara ini dikira daripada tontonan sahih dan masa tontonan yang sepadan.

Pelanggan Bilangan penonton yang telah melanggan saluran anda.
Masa tontonan (jam) Jumlah masa yang diluangkan oleh penonton untuk menonton video anda.
Tontonan Bilangan tontonan sah untuk saluran atau video anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17343222572637182009
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false