Ukur detik penting untuk pengekalan khalayak

Laporan detik penting untuk pengekalan khalayak menjelaskan perbezaan detik video anda menarik perhatian penonton. Laporan ini memberikan cerapan tentang bahagian video anda yang berfungsi dengan baik dan peluang untuk melakukan peningkatan. Harap maklum bahawa data pengekalan khalayak biasanya mengambil masa 1–2 hari untuk diproses.

Nota: Laporan pengekalan khalayak hanya tersedia pada peringkat video pada YouTube Analytics.

Lihat detik penting untuk pengekalan khalayak

Apl iPhone dan iPad YouTube

  1. Buka apl YouTube .
  2. Ketik gambar profil anda kemudian Lihat saluran.
  3. Dalam menu tengah, ketik Analytics untuk melihat ringkasan prestasi saluran anda.

Apl YouTube Studio untuk iPhone dan iPad

  1. Buka apl YouTube Studio .
  2. Dalam menu bawah, ketik Kandungan .
  3. Pilih video yang mahu anda lihat data video tersebut.
  4. Ketik bahagian Analytics.
  5. Dalam menu atas, ketik Ikhtisar atau Penglibatan.

Fahami detik penting untuk pengekalan khalayak

Terdapat 4 jenis detik yang mungkin diserlahkan pada laporan detik penting anda untuk pengekalan khalayak anda. Anda juga boleh menggunakan pengekalan biasa untuk membandingkan 10 video terkini dengan panjang yang serupa.

Apabila garisan pada carta rata, hal ini bermakna penonton menonton bahagian tersebut pada video anda dari awal sehingga selesai.
Penurunan berperingkat bermakna penonton hilang minat dari semasa ke semasa. Tontonan video pada YouTube biasanya semakin menurun semasa tempoh main balik.
Kenaikan dipaparkan apabila lebih ramai penonton yang menonton, menonton semula atau berkongsi bahagian video anda.
Penurunan bermakna bahawa penonton meninggalkan atau melangkau bahagian khusus tersebut pada video anda.

Pengenalan

Pengenalan memberitahu anda peratusan khalayak anda yang masih menonton video anda selepas 30 saat pertama.

Peratusan tontonan pengenalan yang tinggi mungkin bermaksud:

  • Kandungan dalam 30 saat pertama itu sepadan dengan jangkaan penonton terhadap lakaran kecil dan tajuk video.
  • Kandungan berjaya menambat perhatian khalayak.

Syor untuk meningkatkan peratusan pengenalan anda:

  • Pertimbangkan untuk menukar lakaran kecil dan tajuk video anda untuk menggambarkan kandungan video anda dengan lebih baik.
  • Ubah suai 30 saat pertama video anda dan cuba gaya yang berbeza untuk menemukan gaya yang akan terus menambat perhatian khalayak anda.

Detik popular

Detik popular ialah detik dalam video anda apabila hampir kesemua penonton tidak menghentikan tontonan semasa tontonan.
Syor untuk meningkatkan detik popular:
  • Jika detik popular berlaku pada bahagian video yang lebih lewat, pertimbangkan untuk memperkenalkan kandungan yang menarik lebih awal dalam video—saiz khalayak biasanya berkurangan sepanjang tempoh tontonan video.
  • Pertimbangkan untuk membuat kandungan baharu dengan memperincikan kandungan daripada detik popular.

Kenaikan

Kenaikan ialah detik dalam video anda yang ditonton semula atau dikongsi.
Kenaikan boleh bermaksud:
  • Bilangan khalayak anda yang menonton segmen tersebut melebihi bilangan khalayak bagi tontonan segmen sebelumnya.
  • Kandungan anda tidak jelas dan khalayak anda perlu menonton semula bahagian tertentu.

Anda boleh menyemak kenaikan anda untuk memahami sebab peningkatan dalam pengekalan dengan lebih baik.

Penurunan

Penurunan menyerlahkan detik dalam video anda yang sama ada telah dilangkau atau detik penonton berhenti menonton video anda sepenuhnya.
Penurunan boleh bermakna khalayak anda kurang menonton segmen tersebut berbanding dengan segmen sebelumnya. Kami mencadangkan agar anda menyemak penurunan anda untuk memahami dengan lebih baik akan sebab khalayak hilang minat terhadap segmen tertentu.
Nota: Video anda mungkin tidak mengandungi semua detik ini; detik hanya diserlahkan jika dikesan dalam video. Panjang video anda mestilah sekurang-kurangnya 60 saat dan memiliki sekurang-kurangnya 100 tontonan.

Bentuk graf pengekalan khalayak anda boleh menunjukkan kepada anda bahagian video anda yang paling menarik dan kurang menarik bagi penonton.

Lihat pengekalan khalayak mengikut jenis segmen

Nota: Anda mungkin perlu mendayakan Mod Lanjutan untuk mengakses data tertentu. Ketahui cara membuka kunci ciri lanjutan.

Laporan segmen pengekalan khalayak membenarkan anda melihat cara bahagian khalayak anda yang berbeza berinteraksi dengan video anda. Anda boleh membandingkan penonton baharu dengan penonton ulangan, pelanggan dengan bukan pelanggan. Jika anda menyiarkan iklan, anda boleh membahagikan penonton yang berinteraksi dengan kandungan anda berdasarkan sama ada mereka berasal daripada trafik organik atau trafik berbayar. Anda juga boleh melihat trafik daripada iklan video boleh langkau dan trafik daripada iklan paparan. Anda boleh mengklik LIHAT LAGI untuk melihat laporan ini.

Trafik organik & Trafik berbayar

Trafik organik

Trafik organik ialah tontonan yang merupakan hasil langsung daripada niat pengguna. Sebagai contoh, trafik dianggap organik jika penonton mengambil tindakan seperti mencari video, mengklik video disyorkan atau menyemak imbas saluran.

Trafik berbayar

Trafik berbayar ialah tontonan yang terhasil daripada peletakan berbayar.

  • Iklan video boleh langkau: Tontonan untuk iklan yang dimainkan secara automatik sebelum video dan yang boleh dilangkau oleh pengguna selepas lima saat.
  • Iklan paparan: Tontonan yang terhasil daripada tindakan penonton mengklik iklan paparan, termasuk iklan yang dipaparkan dalam hasil carian atau pada halaman tontonan video lain.

Ketahui format iklan video dalam Google Ads untuk video.

Penonton baharu & Penonton ulangan

Penonton baharu

Penonton baharu ialah penonton yang menonton sesuatu pada saluran anda untuk kali pertama dalam tempoh masa yang dipilih.

Penonton ulangan

Penonton ulangan mungkin penonton yang telah menonton saluran anda sebelum ini dan kembali untuk menonton lebih banyak video.

Ketahui lebih lanjut tentang data penonton berulang dan penonton baharu.

Pelanggan & bukan pelanggan

Pelanggan

Penonton yang melanggan saluran anda. Anda boleh melihat bilangan pelanggan dalam masa nyata dan melihat pertumbuhan anda dari semasa ke semasa.

Bukan pelanggan

Penonton yang menonton video anda tetapi tidak melanggan saluran anda.

Ketahui asas YouTube Analytics.

Lihat aktiviti terperinci untuk pengekalan khalayak

Laporan aktiviti terperinci yang tersedia dalam pengekalan khalayak menunjukkan bilangan mutlak tontonan untuk segmen yang berbeza dalam video anda. Anda juga boleh menggunakan laporan ini untuk melihat bilangan penonton yang memulakan dan menghentikan tontonan video anda pada detik yang berbeza.

Pertimbangkan untuk menggunakan data berkenaan dengan waktu penonton menonton dan berhenti menonton video anda untuk meningkatkan kandungan anda serta mengekalkan minat penonton.

Nota: Ada kalanya bilangan mutlak tontonan untuk segmen video dijangka akan melebihi kiraan tontonan keseluruhan video anda. Hal ini kerana dalam satu tontonan, penonton yang sama mungkin menonton bahagian kandungan anda beberapa kali.

Metrik yang perlu diketahui

Purata tempoh tontonan

Purata minit yang ditonton oleh pengguna yang meneruskan tontonan.

Untuk video Shorts, perkara ini dikira daripada tontonan sahih dan masa tontonan yang sepadan.

Masa tontonan (jam) Jumlah masa yang diluangkan oleh penonton untuk menonton video anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1705076941239015911
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false