Garis Panduan Komuniti YouTube

Apabila anda menggunakan YouTube, anda menyertai komuniti pengguna dari seluruh dunia. Garis panduan di bawah membantu anda memastikan YouTube menyeronokkan untuk semua orang.

Jika anda melihat kandungan yang anda fikir telah melanggar garis panduan ini, laporkan perkara ini.

Kadangkala, kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami mungkin dikekalkan pada YouTube apabila kandungan tersebut menampilkan konteks Pendidikan, Dokumentari, Saintifik atau Seni (EDSA). Dalam keadaan ini, kandungan tersebut mendapat pengecualian EDSA.

Dasar ini digunakan untuk semua jenis kandungan pada platform kami, termasuk, sebagai contoh, kandungan tidak tersenarai dan peribadi, ulasan, pautan, siaran, dan lakaran kecil. Senarai ini tidak lengkap.

Berkarya dengan Akal Budi: Garis Panduan Komuniti YouTube

Spam & amalan yang menipu

Komuniti YouTube merupakan komuniti yang dibina atas sikap amanah. Kandungan yang berniat untuk berkomplot, mengelirukan, spam, atau menipu pengguna lain yang tidak dibenarkan dalam YouTube.

Kandungan sensitif

Kami berharap dapat melindungi penonton, pencipta, dan terutamanya golongan bawah umur. Itulah sebabnya kami menyediakan peraturan tentang penjagaan keselamatan kanak-kanak, seks & kebogelan serta mencederakan diri sendiri. Ketahui perkara yang dibenarkan pada YouTube dan perkara yang patut dilakukan jika anda melihat kandungan yang tidak mematuhi dasar ini.

Kandungan ganas atau berbahaya

Pertuturan berunsur kebencian, gelagat pemangsaan, keganasan grafik, serangan hasad dan kandungan yang menggalakkan gelagat memudaratkan atau berbahaya tidak dibenarkan pada YouTube.

Barangan terkawal

Barangan tertentu tidak boleh dijual pada YouTube. Ketahui perkara yang dibenarkan dan perkara yang tidak dibenarkan.

Maklumat salah

Jenis kandungan tertentu yang mengelirukan atau kandungan berbentuk penipuan dengan risiko serius terhadap bahaya yang keterlaluan adalah tidak dibenarkan pada YouTube. Perkara ini termasuk jenis maklumat salah tertentu yang boleh menyebabkan kemudaratan sebenar, seperti menggalakkan rawatan berbahaya, jenis kandungan tertentu yang dimanipulasi secara teknikal atau kandungan yang mengganggu proses demokrasi.

Kandungan Pendidikan, Dokumentari, Saintifik dan Seni (EDSA)

Garis Panduan Komuniti kami bertujuan untuk menjadikan YouTube komuniti yang lebih selamat. Kadangkala, kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami mungkin dikekalkan pada YouTube apabila kandungan tersebut menampilkan konteks Pendidikan, Dokumentari, Saintifik atau Seni (EDSA). Dalam keadaan ini, kandungan tersebut mendapat pengecualian EDSA.

Dapatkan petua pencipta tentang dasar dan garis panduan YouTube.

Sila ambil berat tentang peraturan ini. Sekiranya kelakuan pencipta YouTube dalam dan/atau luar platform YouTube memudaratkan pengguna, komuniti, pekerja atau ekosistem kami, kami akan mengambil tindakan berdasarkan beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad pada, tahap keburukan tindakan pencipta dan sama ada kelakuan buruk tersebut merupakan suatu kebiasaan atau tidak. Tindak balas kami terdiri daripada penggantungan keistimewaan pencipta sehingga penamatan akaun.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6214880300092450480
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false