Soalan Lazim Bantahan

Apakah yang berlaku jika saya menerima bantahan?

Jika anda mendapat bantahan Hak Cipta atau bantahan Garis Panduan Komuniti, kami akan memberitahu anda melalui e-mel, melalui pemberitahuan pada mudah alih dan desktop, serta pada saluran YouTube anda. Kami akan memberitahu anda sebab anda menerima bantahan dan perkara seterusnya yang perlu dilakukan tentang bantahan tersebut.

Mengapakah kami mempunyai 2 sistem yang berbeza?

Kami mempunyai 2 sistem kerana kami menganggap bantahan Garis Panduan Komuniti dan bantahan Hak Cipta sebagai isu berasingan.

Pelanggaran Hak Cipta dan Garis Panduan Komuniti berlaku kerana sebab yang berbeza. Garis Panduan Komuniti kami merupakan peraturan yang kami mahu dipatuhi pencipta dan penonton untuk memastikan keselamatan Komuniti YouTube. Peraturan hak cipta disediakan untuk memastikan hak pencipta dilindungi dan semua orang mematuhi undang-undang apabila menggunakan kandungan dalam video, strim langsung, dan cerita mereka.

Anda mungkin biasa dengan sekatan hak cipta, tetapi tidak biasa dengan dasar kami tentang kebogelan dan kandungan seks. Atau anda mungkin tahu tentang dasar kami tentang lakaran kecil, tetapi tidak menyedari bahawa menggunakan lagu orang lain dalam video anda boleh mengakibatkan bantahan hak cipta. Kami mahu memberi anda peluang untuk mengetahui semua dasar kami.

Jika anda mahu mengetahui maklumat lebih lanjut tentang jenis perkara yang dianggap sebagai pelanggaran hak cipta, anda boleh membaca:

Jika anda mahu mengetahui Garis Panduan Komuniti kami lebih lanjut, anda boleh menonton video ini atau menyemak setiap dasar dalam Pusat bantuan.

Mengapakah keputusan bagi setiap jenis bantahan berbeza?

Kami telah mereka bentuk penalti untuk bantahan hak cipta dan bantahan Garis Panduan Komuniti dengan cara yang terbaik untuk membantu pengguna belajar daripada pengalaman mereka dan kembali menikmati YouTube. Untuk bantahan Garis Panduan Komuniti, kami mendapati bahawa pengguna sering dapat memahami dengan pantas sebab kandungan mereka melanggar peraturan sebaik sahaja mereka mendapat amaran dan melawat halaman dasar yang sepadan.

Jika ini bantahan pertama anda, anda perlu melengkapkan Sekolah Hak Cipta.

Mengapakah anda tidak sentiasa menerima amaran?

Sama ada anda mendapat amaran atau tidak bergantung pada beberapa perkara, seperti sama ada tindakan itu merupakan pelanggaran Garis Panduan Komuniti atau pelanggaran Hak Cipta, atau sama ada pelanggaran itu merupakan pelanggaran pertama anda.

Kami faham bahawa kesilapan boleh berlaku. Oleh sebab itu, pada kali pertama kandungan anda tidak mematuhi satu daripada Garis Panduan Komuniti kami, amaran akan dikeluarkan. Untuk memastikan amaran Garis Panduan Komuniti tamat tempoh selepas 90 hari, anda boleh menjalani latihan dasaryang tersedia sebagai pilihan. Kami berharap latihan ini dapat memberi anda peluang untuk memahami dasar kami dan mengelakkan pelanggaran daripada berulang. Jika anda melanggar dasar yang berbeza selepas menamatkan latihan, anda akan menerima amaran sekali lagi. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, jika kami menerima permintaan alih keluar hak cipta, kami akan mengalih keluar muat naik dan mengeluarkan bantahan hak cipta, walaupun bagi pelanggaran kali pertama. Kami mengambil tindakan ini untuk mematuhi undang-undang. Pemilik hak cipta perlu menyerahkan permintaan undang-undang yang lengkap dan sah untuk mengalih keluar video.

Nota: Tuntutan Content ID tidak mengakibatkan bantahan.

Bagaimanakah cara saya mengetahui jenis bantahan yang saya terima?

Apabila kami memberitahu anda tentang bantahan, kami akan memberitahu anda jenis bantahan yang anda terima. Jika itu bantahan Garis Panduan Komuniti, kami juga akan memberitahu anda dasar yang dilanggar oleh kandungan anda.

Bantahan Garis Panduan Komuniti dan bantahan Hak Cipta akan kelihatan dalam papan pemuka Studio anda atau dalam tab Kandungan anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menerima bantahan?

Kami memahami kesilapan berlaku dan orang tidak bermaksud untuk melanggar dasar kami atau melanggar hak cipta orang lain. Kami tahu bahawa menerima bantahan mungkin menakutkan, tetapi terdapat tindakan yang boleh anda ambil untuk mengelakkan kesan negatif yang berkekalan pada saluran anda.

Jika anda menerima bantahan Garis Panduan Komuniti, kami mengesyorkan anda melakukan perkara yang berikut:

  1. Ketahui Garis Panduan Komuniti kami untuk memastikan bahawa kandungan anda mematuhi dasar kami.
  2. Selepas menyemak dasar kami, jika anda berpendapat bahawa kami telah membuat kesilapan, beritahu kami. Anda boleh membuat rayuan terhadap keputusan di sini.

Jika anda menerima bantahan Hak Cipta, anda mempunyai pilihan yang berikut:

  • Tunggu sehingga bantahan itu tamat tempoh : Bantahan Hak Cipta akan tamat tempoh selepas 90 hari. Jika ini bantahan pertama anda, anda perlu melengkapkan Sekolah Hak Cipta.
  • Dapatkan penarikan balik: Anda boleh menghubungi orang yang menuntut video anda dan meminta mereka menarik balik tuntutan pelanggaran hak cipta mereka.
  • Serahkan pemberitahuan balas: Jika video anda tersilap dialih keluar kerana video itu telah tersilap dikenal pasti sebagai melanggar dasar, atau layak sebagai video penggunaan saksama yang berpotensi, anda boleh menyerahkan pemberitahuan balas.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9981391760467561080
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false