Dasar lakaran kecil

Keselamatan pencipta, penonton, dan rakan kongsi kami ialah keutamaan yang paling penting bagi kami. Kami mengharapkan sokongan anda untuk membantu kami melindungi komuniti yang unik dan ceria ini. Anda perlu memahami Garis Panduan Komuniti kami, dan peranan garis panduan itu supaya kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan YouTube selamat. Luangkan masa untuk membaca dasar di bawah dengan teliti. Anda juga boleh melihat halaman ini untuk mendapatkan senarai penuh garis panduan kami.

Lakaran kecil dan imej lain yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami tidak dibenarkan pada YouTube. Imej termasuk sepanduk, avatar, siaran dan sebarang ciri YouTube lain yang mengandungi imej.

Jika anda menemukan lakaran kecil atau imej lain yang melanggar dasar ini, laporkan lakaran kecil atau imej tersebut. Jika anda menemukan beberapa video atau ulasan yang mahu anda laporkan, anda boleh melaporkan saluran tersebut.

Erti dasar ini kepada anda

Jangan siarkan lakaran kecil atau imej lain pada YouTube jika lakaran kecil atau imej tersebut menunjukkan:

  • Imejan lucah
  • Perbuatan seks, penggunaan alat mainan seks, fetisy atau imejan lain yang memuaskan seksual
  • Kebogelan, termasuk kemaluan
  • Imejan yang menggambarkan gambaran seksual yang tidak diingini
  • Imejan ganas yang bertujuan untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik
  • Grafik atau imejan yang mengganggu dengan darah atau adegan ngeri
  • Bahasa kesat atau lucah
  • Lakaran kecil yang mengelirukan penonton untuk berfikir bahawa mereka akan melihat sesuatu yang tiada dalam video

Nota: Senarai di atas tidak lengkap.

Lakaran kecil sekatan umur dan pengalihan keluar lakaran kecil

Kadangkala, lakaran kecil mungkin tidak sesuai untuk semua lapisan khalayak tetapi tidak melanggar Garis Panduan Komuniti kami. Apabila keadaan itu berlaku, kami mungkin membuat sekatan umur pada video atau kami mungkin mengalih keluar lakaran kecil tetapi kami tidak memberikan bantahan pada saluran anda. Jika kami mengalih keluar lakaran kecil, kami akan memberitahu anda dan anda boleh memuat naik lakaran kecil yang lain.

Perkara yang berikut akan kami pertimbangkan apabila kami mengalih keluar atau membuat sekatan umur pada jenis lakaran kecil ini:

  • Sama ada payudara, punggung atau kemaluan dijadikan titik fokus video
  • Sama ada subjek digambarkan dalam gaya atau pakaian yang bertujuan untuk mengghairahkan penonton
  • Sama ada imejan yang ganas atau mengerikan dijadikan titik fokus lakaran kecil
  • Sama ada teks bertulis bertujuan untuk menggambarkan bahasa kesat, kejutan atau membuat penonton berasa jijik
  • Sama ada tajuk, perihalan, tag atau data lain menunjukkan niat untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik

Perkara yang berlaku apabila lakaran kecil melanggar dasar kami

Jika lakaran kecil anda mengandungi pornografi, kami boleh menamatkan saluran anda. Jika lakaran kecil anda melanggar dasar yang lain, kami akan mengalih keluar lakaran kecil tersebut dan mungkin mengeluarkan bantahan terhadap akaun anda. Jika ini merupakan kali pertama anda menyiarkan kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami, anda mungkin akan menerima amaran tanpa penalti kepada saluran anda. Anda akan diberi pilihan untuk menjalani latihan dasar untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Walau bagaimanapun, jika satu daripada lakaran kecil anda melanggar dasar yang sama dalam tempoh masa 90 hari, amaran tersebut mungkin tidak akan tamat tempoh dan saluran anda mungkin akan diberi bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran.

Jika anda menerima tiga bantahan dalam masa 90 hari atau saluran anda terus menyiarkan kandungan yang melanggar dasar, saluran anda mungkin akan ditamatkan. Ketahui lebih lanjut tentang sistem bantahan kami.

Kami boleh menamatkan saluran atau akaun anda disebabkan oleh pelanggaran berulang terhadap Garis Panduan Komuniti atau Syarat Perkhidmatan. Kami juga boleh menamatkan saluran atau akaun anda selepas satu kes penyalahgunaan yang teruk, atau jika saluran dikhususkan untuk pelanggaran dasar tertentu. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan dasar pada masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang penamatan saluran atau akaun.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8006966371844799965
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false