Kandungan yang bertujuan untuk menjual barangan dan perkhidmatan terkawal yang tertentu tidak dibenarkan pada YouTube.
Jika anda menemukan kandungan yang melanggar dasar ini, laporkan kandungan tersebut. Arahan untuk melaporkan pelanggaran Garis Panduan Komuniti kami tersedia di sini. Jika anda menemukan beberapa video atau ulasan yang mahu dilaporkan, anda boleh melaporkan saluran.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang berusaha mengatasi masalah penyalahgunaan bahan, perjudian, ketagihan lain atau cabaran kesihatan mental, bantuan tersedia untuk anda. Anda boleh menemukan sumber di sini.
Erti dasar ini kepada anda
Jika anda menyiarkan kandungan
Jangan siarkan kandungan pada YouTube jika kandungan tersebut bertujuan untuk menjual secara langsung, memautkan kepada, atau memudahkan akses kepada mana-mana barangan dan perkhidmatan terkawal yang disenaraikan di bawah. Memudahkan penjualan item ini atau memudahkan penggunaan perkhidmatan ini dengan menyiarkan pautan, e-mel, nombor telefon atau cara lain untuk menghubungi terus penyedia tidak dibenarkan.
- Arak
- Kata laluan akaun bank, kad kredit yang dicuri, atau maklumat kewangan yang lain
- Dokumen atau mata wang tiruan
- Narkotik dan dadah terkawal yang lain
- Bahan letupan
- Organ
- Spesies terancam atau anggota badan spesies terancam
- Senjata api dan aksesori senjata api tertentu
- Nikotin, termasuk produk vape
- Laman perjudian dalam talian yang tidak diperakui oleh Google
- Farmaseutikal tanpa preskripsi
- Perkhidmatan seks atau teman sosial
- Perkhidmatan perubatan tidak berlesen
- Penyeludupan manusia
Nota: Jika anda menyediakan pautan atau maklumat hubungan seperti nombor telefon, e-mel, atau cara hubungan lain untuk pembelian dadah keras atau bahan beracun tertentu, atau pembelian dari farmaseutikal tanpa preskripsi, saluran anda boleh ditamatkan. Lihat contoh di bawah.
Selain itu, kandungan yang berikut tidak dibenarkan pada YouTube:
- Penggunaan atau pembuatan dadah keras: Menggunakan atau menghasilkan dadah keras, menjual atau memudahkan penjualan dadah keras atau ringan, memudahkan penjualan barangan farmaseutikal terkawal tanpa preskripsi, atau menunjukkan cara menggunakan steroid dalam kandungan yang tidak berbentuk pendidikan.
- Penjualan atau pembuatan racun: Memudahkan penjualan, pemberian, pembuatan atau pengubahsuaian racun tertentu atau bahan beracun.
- Pengajaran teknik penipuan: Kandungan yang mengajar cara untuk melakukan penipuan akademik.
Dasar ini digunakan pada video, perihalan video, ulasan, strim langsung dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain. Sentiasa ingat bahawa senarai ini bukan senarai yang lengkap. Harap maklum bahawa dasar ini turut dikenakan pada pautan luaran dalam kandungan anda. Pautan ini termasuk URL boleh klik, yang menghalakan pengguna kepada laman lain dalam video secara lisan, serta bentuk lain.
Contoh
Yang berikut ialah contoh kandungan yang dilarang pada YouTube.
Sentiasa ingat bahawa senarai ini bukan senarai yang lengkap.
- Memudahkan akses kepada laman perjudian atau pertaruhan sukan dalam talian yang tidak diluluskan.
- Menjanjikan pulangan yang dijamin kepada penonton melalui perjudian dalam talian, tanpa mengambil kira sama ada laman itu diluluskan atau tidak.
- Penjualan pasport palsu atau penyediaan arahan tentang pembuatan dokumen rasmi yang dipalsukan.
- Pengiklanan perkhidmatan teman sosial, pelacuran, atau urut intim.
- Kandungan yang menyediakan arahan tentang cara membeli dadah pada web tertutup.
- Video pengguna membuat pembelian menggunakan perisian yang menjana nombor kad kredit palsu.
- Pemasukan pautan kepada farmasi dalam talian yang tidak memerlukan preskripsi.
- Kandungan yang mempromosikan produk yang mengandungi dadah, nikotin, atau bahan terkawal.
- Pemaparan penggunaan dadah keras: Kandungan bukan pendidikan yang memaparkan suntikan dadah intravena seperti heroin, menghidu/menyedut gam, atau mengambil tablet asid.
- Pembuatan dadah keras: Kandungan bukan pendidikan yang menjelaskan cara membuat dadah.
- Individu bawah umur menggunakan arak atau dadah: Memaparkan individu bawah umur meminum arak, menggunakan pengewap, e-rokok, tembakau atau ganja, atau menyalahgunakan bunga api.
- Penggunaan steroid: Kandungan bukan pendidikan yang memaparkan cara menggunakan steroid untuk tujuan rekreasi, seperti bina badan.
- Penjualan dadah ringan: Seperti menyediakan pautan kepada laman yang memudahkan penjualan ganja atau salvia.
- Penjualan dadah keras: Menampilkan dadah keras dengan tujuan untuk menjual dadah keras. Beberapa jenis dadah keras termasuk (harap maklum bahawa ini bukan senarai penuh, dan bahan ini mungkin turut dikenali dengan nama yang berbeza):
- Amphetamina
- Kokaina
- Dextromethorphan (DXM)
- Flunitrazepam
- Fentanyl
- GHB
- Heroin
- Ketamine
- K2
- LSD
- MDMA/ekstasi
- Meskalina
- Methamphetamine
- Isotonitazene (ISO)
- Candu
- PCP
- Psilocybin & Psilocybe (cendawan ajaib)
- Penjualan bahan beracun tertentu. Beberapa contoh termasuk (harap maklum bahawa ini bukan senarai penuh, dan bahan ini mungkin turut dikenali dengan nama yang berbeza):
- Sianida
- Kloroform
- Raksa
- Arahan untuk membuat bahan beracun tertentu: Kandungan bukan pendidikan yang menjelaskan cara membuat bahan beracun.
Nota: Jika anda menyediakan pautan atau maklumat hubungan seperti nombor telefon, e-mel, atau cara hubungan lain untuk pembelian dadah keras atau bahan beracun, atau pembelian dari farmaseutikal tanpa preskripsi, saluran anda boleh ditamatkan.
Sila ambil perhatian bahawa ini hanyalah beberapa contoh, dan jangan siarkan kandungan jika anda berpendapat bahawa kandungan tersebut mungkin melanggar dasar ini.
Kandungan dengan sekatan umur
Kadangkala kandungan tidak melanggar dasar kami, tetapi kandungan mungkin tidak sesuai untuk penonton berumur bawah 18 tahun.
Contoh kandungan dengan sekatan umur
- Kandungan yang mempromosikan dispensari kanabis.
- Kandungan yang mengulas jenama e-cecair nikotina.
- Kandungan yang memudahkan akses, menggalakkan, atau menggambarkan perjudian dalam talian, termasuk kandungan daripada laman yang diluluskan.
Perkara yang akan berlaku jika kandungan melanggar dasar ini
Jika kandungan anda melanggar dasar ini, kami akan mengalih keluar kandungan dan menghantar e-mel untuk memaklumi anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan bahawa pautan yang anda siarkan adalah selamat, kami mungkin mengalih keluar pautan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penyiaran URL yang melanggar dasar dalam video atau dalam metadata video boleh menyebabkan video dialih keluar.
Jika ini kali pertama anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, kemungkinan besar anda akan mendapat amaran tanpa penalti pada saluran anda. Anda akan diberi pilihan untuk menjalani latihan dasar untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Tempoh 90 hari bermula dari tarikh latihan dilengkapkan, bukan dari tarikh amaran dikeluarkan. Walau bagaimanapun, jika pelanggaran dasar yang sama berlaku dalam tempoh 90 hari itu, amaran mungkin tidak akan tamat tempoh dan saluran anda mungkin akan mendapat bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran.
Jika anda mendapat 3 bantahan dalam tempoh 90 hari, saluran anda boleh ditamatkan. Ketahui lebih lanjut tentang sistem bantahan kami.
Kami boleh menamatkan saluran atau akaun anda disebabkan oleh pelanggaran berulang terhadap Garis Panduan Komuniti atau Syarat Perkhidmatan. Kami juga boleh menamatkan saluran atau akaun anda selepas satu kes penyalahgunaan yang teruk, atau jika saluran dikhususkan untuk pelanggaran dasar tertentu. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan dasar pada masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang penamatan saluran atau akaun.