Dasar organisasi pelampau keganasan atau jenayah


Keselamatan pencipta, penonton, dan rakan kongsi kami ialah keutamaan yang paling penting bagi kami. Kami mengharapkan sokongan anda untuk membantu kami melindungi komuniti yang unik dan ceria ini. Anda perlu memahami Garis Panduan Komuniti kami, dan peranan garis panduan itu supaya kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan YouTube selamat. Luangkan masa untuk membaca dasar di bawah dengan teliti. Anda juga boleh melihat halaman ini untuk mendapatkan senarai penuh garis panduan kami.

Kandungan yang bertujuan untuk memuji, mempromosikan, atau membantu organisasi pelampau keganasan atau jenayah tidak dibenarkan pada YouTube. Organisasi ini tidak dibenarkan untuk menggunakan YouTube untuk apa-apa jua tujuan, termasuk perekrutan.

Jika anda menemukan kandungan yang melanggar dasar ini, laporkan kandungan tersebut. Arahan untuk melaporkan pelanggaran Garis Panduan Komuniti kami tersedia di sini. Jika anda menemukan beberapa video atau ulasan yang mahu dilaporkan, anda boleh melaporkan saluran.

Jika anda berpendapat sesiapa sahaja berada dalam bahaya, anda perlu menghubungi agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan anda untuk melaporkan situasi tersebut dengan segera.

Maksud perubahan ini kepada anda

Jika anda menyiarkan kandungan

Jangan siarkan kandungan pada YouTube jika kandungan itu menepati mana-mana perihalan yang dinyatakan di bawah.

  • Kandungan yang diterbitkan oleh organisasi pelampau keganasan, jenayah, atau pengganas
  • Kandungan yang memuji atau memperingati pengganas, pelampau, atau penjenayah yang terkenal untuk menggalakkan orang lain bertindak ganas
  • Kandungan yang memuji atau mewajarkan tindakan ganas yang dilakukan oleh organisasi pelampau keganasan, jenayah, atau pengganas
  • Kandungan yang bertujuan untuk merekrut ahli baharu untuk menyertai organisasi pelampau keganasan, jenayah, atau pengganas
  • Kandungan yang menggambarkan tebusan atau yang disiarkan dengan niat untuk meminta, mengugut, atau menakut-nakutkan orang lain bagi pihak organisasi jenayah, pelampau, atau pengganas
  • Kandungan yang menggambarkan insignia, logo, atau simbol organisasi pelampau keganasan, jenayah, atau pengganas untuk memuji atau mempromosikan mereka
  • Kandungan yang mengagungkan atau mempromosikan tragedi ganas seperti serangan menggunakan senjata api di sekolah

YouTube bergantung pada banyak faktor, termasuk penetapan organisasi kerajaan dan antarabangsa, untuk menentukan perkara yang membentuk organisasi jenayah atau pengganas. Sebagai contoh, kami menamatkan mana-mana saluran yang kami mempunyai kepercayaan munasabah bahawa pemegang akaun merupakan ahli organisasi pengganas, seperti Organisasi Pengganas Asing (A.S.), atau organisasi yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jika anda menyiarkan kandungan yang berkaitan dengan keganasan atau jenayah untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik, atau kesenian, sila berikan maklumat yang mencukupi dalam video atau audio tersebut supaya penonton memahami konteks kandungan itu. Rakaman grafik atau yang menimbulkan kontroversi dengan konteks yang mencukupi mungkin akan dikenakan sekatan umur atau pemaparan skrin amaran.

Dasar ini digunakan pada video, perihalan video, ulasan, strim langsung dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain. Perlu diingat bahawa senarai ini bukan senarai yang lengkap. Harap maklum bahawa dasar ini turut digunakan pada pautan luaran dalam kandungan anda. Pautan ini termasuk URL boleh klik yang menghalakan pengguna kepada laman lain dalam video serta bentuk lain secara lisan.

Contoh

Yang berikut ialah contoh kandungan yang dilarang pada YouTube.

  • Memuat naik semula kandungan yang mentah dan tidak diubah suai yang dibuat oleh organisasi pengganas, jenayah, atau pelampau
  • Meraikan ketua pengganas atau jenayah mereka dalam lagu atau memorial
  • Meraikan organisasi pengganas atau jenayah dalam lagu atau memorial
  • Kandungan yang menghalakan pengguna kepada laman yang mendukung ideologi pengganas, digunakan untuk menyebarkan kandungan dilarang, atau digunakan untuk perektrutan
  • Rakaman yang dibuat oleh pelaku semasa peristiwa yang menyebabkan kematian atau keganasan teruk, yang menampilkan visual atau audio berkenaan dengan senjata, keganasan, atau mangsa yang tercedera
  • Pautan kepada laman luaran yang mengandungi manifesto penyerang ganas
  • Kandungan permainan video yang telah dibangunkan atau diubah suai (“diubah suai”) untuk mengagungkan peristiwa keganasan, pelakunya, atau menyokong organisasi pelampau keganasan, jenayah, atau pengganas
  • Mengagungkan keganasan terhadap orang awam
  • Pengumpulan dana untuk organisasi jenayah ganas, pelampau, atau pengganas

Sila ambil perhatian bahawa ini hanyalah beberapa contoh, dan jangan siarkan kandungan jika anda berpendapat bahawa kandungan tersebut mungkin melanggar dasar ini.

Perkara yang akan berlaku jika kandungan melanggar dasar ini

Jika kandungan anda melanggar dasar ini, kami akan mengalih keluar kandungan dan menghantar e-mel untuk memaklumi anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan bahawa pautan yang anda siarkan adalah selamat, kami mungkin mengalih keluar pautan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penyiaran URL yang melanggar dasar dalam video atau dalam metadata video boleh menyebabkan video dialih keluar.

Jika ini kali pertama anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, kemungkinan besar anda akan mendapat amaran tanpa penalti pada saluran anda. Anda akan diberi pilihan untuk menjalani latihan dasar untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Tempoh 90 hari bermula dari tarikh latihan dilengkapkan, bukan dari tarikh amaran dikeluarkan. Walau bagaimanapun, jika pelanggaran dasar yang sama berlaku dalam tempoh 90 hari itu, amaran mungkin tidak akan tamat tempoh dan saluran anda mungkin akan mendapat bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran.

Jika anda mendapat 3 bantahan dalam tempoh 90 hari, saluran anda boleh ditamatkan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang sistem bantahan kami di sini.

Pelanggaran boleh menyebabkan pengewangan dilumpuhkan pada mana-mana akaun anda menurut dasar pengewangan saluran YouTube kami. Hal ini boleh merangkumi amaran. Jika anda berpendapat ini suatu kesilapan, anda boleh membuat rayuan. Jika pelanggaran tersebut diubah, anda boleh memohon pengewangan setelah anda layak pada YouTube Studio.

Kami boleh menamatkan saluran atau akaun anda disebabkan oleh pelanggaran berulang terhadap Garis Panduan Komuniti atau Syarat Perkhidmatan. Kami juga boleh menamatkan saluran atau akaun anda selepas satu kes penyalahgunaan yang teruk, atau jika saluran dikhususkan untuk pelanggaran dasar tertentu. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan dasar pada masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang penamatan saluran atau akaun.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5829478142333290366
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false