Uji ciri percubaan pada Youtube.com/new

Ahli YouTube Premium boleh mengetahui dan mencuba berbilang ciri percubaan YouTube pada youtube.com/new.

Sesetengah percubaan hanya tersedia untuk masa yang terhad, mungkin menawarkan slot yang terhad, atau terhad kepada wilayah dan peranti yang terpilih. Tidak semua percubaan akan disiarkan. Berikan sebanyak maklum balas yang mungkin kepada kami apabila anda mencuba sesuatu ciri untuk membantu kami membentuk masa hadapan YouTube.

Untuk menyertai:

  1. Akses youtube.com/new.
  2. Jika anda melihat percubaan yang mahu dicuba, klik Cubalah.
  3. Gunakan ciri yang telah anda pilih dan berikan maklum balas.

Untuk berkongsi maklum balas:

  1. Akses youtube.com/new.
  2. Klik Maklum balas di sebelah ciri tersebut.

Untuk meninggalkan percubaan:

  1. Akses youtube.com/new.
  2. Klik Matikan di sebelah percubaan tersebut.
Nota:
  • Jika anda tidak meninggalkan percubaan terlebih dahulu, ciri percubaan tersebut akan hilang secara automatik pada tarikh tamat yang dijadualkan, dan pengalaman YouTube anda akan kembali kepada biasa.
  • Percubaan yang memerlukan langganan YouTube Premium hanya boleh dimatikan semasa anda menjadi ahli Premium.

Untuk menyemak percubaan yang sedang anda sertai

  1. Akses youtube.com/new.
  2. Pada halaman tersebut, semak jumlah percubaan yang anda sertai.
  3. Ciri yang anda hidupkan akan tertulis Matikan, manakala ciri yang anda ikut serta akan tertulis Cubalah.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
9010077141631528638
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false