Panduan ikon pengewangan untuk YouTube Studio

Perkongsian hasil iklan untuk Shorts bermula pada 1 Februari 2023. Jika ikon kelabu dipaparkan di sebelah video Shorts anda selepas tarikh tersebut, hal ini bermakna anda belum menerima modul pada YouTube Studio.

Gunakan artikel ini untuk mengetahui cara menyemak status pengewangan video anda dan untuk memahami maksud setiap ikon pengewangan. Anda juga boleh mengetahui perkara yang berlaku apabila ikon pengewangan di sebelah video anda berubah.

Nota: Pemerolehan hasil pada video anda bergantung pada beberapa faktor, termasuk tuntutan hak cipta, perkongsian hasil, dan tahap kemesraan pengiklan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, ketahui cara memuat naik video untuk menjana wang melalui iklan.

Semak status pengewangan video

Mulai 10 Mac 2025, kami membuat peningkatan pada proses semakan kesesuaian iklan kami. Sehubungan dengan itu, video yang menjalani semakan (termasuk video peribadi) mungkin menerima semakan tambahan yang mungkin dijalankan oleh jurusemak. Dalam sesetengah keadaan, keputusan pengewangan video mungkin mengambil masa hingga 24 jam. Kemaskinian ini dihasilkan untuk meningkatkan ketepatan keputusan pengewangan dan meningkatkan potensi pengewangan keseluruhan saluran anda. Ketahui lebih lanjut.

Untuk menyemak status pengewangan video anda:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Kandungan .
  3. Dalam lajur Pengewangan, anda boleh menemukan ikon pengewangan. Untuk mendapatkan maklumat tentang maksud setiap ikon, anda boleh menuding pada ikon tersebut.

Untuk menapis senarai video anda mengikut status pengewangan:

  1. Klik bar penapis kemudian Pengewangan.
  2. Untuk memaparkan video dengan ikon berwarna hijau, tandai Diwangkan. Untuk memaparkan video dengan ikon berwarna merah dan kelabu, tandai Tidak diwangkan. Untuk memaparkan video dengan ikon berwarna kuning, tandai Terhad.
  3. Klik GUNAKAN.

Panduan ikon pengewangan

Gunakan jadual ini untuk mengetahui maksud setiap ikon pengewangan.

Ikon dan perihalan

Apabila ikon dipaparkan

Maksud ikon untuk status pengewangan video anda Petua tentang status pengewangan ini
Menyemak Ikon ini dipaparkan di sebelah video anda apabila sistem kami menyemak video untuk memastikan kesesuaian iklan. Semasa penyemakan kesesuaian iklan sedang dijalankan, kami tidak menyiarkan iklan pada video anda.

Sistem kami menyemak kesesuaian iklan semasa proses muat naik. Penyemakan ini biasanya mengambil masa kurang daripada 20 minit dan maksimum 1 jam.

Setelah penyemakan selesai, ikon akan bertukar kepada warna hijau, kuning, atau merah.

Untuk memaksimumkan potensi hasil, kami mengesyorkan anda menunggu penyemakan selesai sebelum menetapkan video anda kepada umum.

Hidup Ikon ini dipaparkan di sebelah video apabila video mematuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Video ini layak untuk kebanyakan iklan. Perlu diingat bahawa anda mungkin tidak mendapat semua hasil iklan untuk video. Kadangkala, hasil anda mungkin ditahan untuk sementara waktu disebabkan oleh pertikaian hak cipta atau trafik tidak sah.
Pengecualian Ikon ini dipaparkan di sebelah video anda apabila khalayak video ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak. Video ini hanya layak untuk iklan tidak diperibadikan. -
Berkongsi Ikon ini dipaparkan apabila anda memuat naik video nyanyian semula lagu, dan penerbit muzik menuntut video tersebut. Penerbit muzik ini sebelum ini bersetuju untuk berkongsi hasil dengan pencipta dalam YPP yang membuat video nyanyian semula muzik. Video membahagikan hasil dengan pemegang hak muzik. Anda menerima sebahagian, tetapi bukan semua, hasil untuk video ini. Ketahui lebih lanjut perihal perkongsian hasil dan pengewangan video nyanyian semula yang layak dengan lebih lanjut.
Escrow Ikon ini dipaparkan di sebelah video apabila hasil ditahan secara berasingan semasa proses pertikaian Content ID. Selepas pertikaian Content ID selesai, kami membayar hasil kepada pihak yang sewajarnya. Jika status perihalan menyatakan “Tuntutan hak cipta”: Hal itu bermakna video didapati mengandungi bahan berhak cipta, dan pemilik hak cipta sedang menyemak pertikaian atau rayuan anda. Ketahui perihal pengewangan semasa pertikaian Content ID lebih lanjut.
Terhad Ikon ini dipaparkan di sebelah video apabila video yang tidak mematuhi semua garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Jenama boleh memilih untuk menarik diri daripada kandungan yang tidak mematuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan. Oleh hal yang demikian, video itu mungkin memperoleh hasil yang lebih rendah berbanding dengan kandungan yang sesuai untuk pengiklan.

Jika perihalan status menyatakan “Kesesuaian iklan”: Perihalan ini bermakna sistem automatik kami telah menilai video ini. Anda boleh meminta semakan, yang bermakna pakar dasar akan menyemak video sekali lagi, dan jika wajar, boleh menukar status pengewangan video tersebut.

Jika perihalan status menyatakan “Kesesuaian iklan - Dalam semakan”: Perihalan ini bermakna pakar dasar sedang menyemak video. Pakar boleh mengekalkan atau menukar status pengewangan, dan keputusan mereka adalah muktamad.

Jika perihalan status menyatakan “Kesesuaian iklan - Disahkan melalui semakan”: Perihalan ini bermakna pakar dasar kami telah menyemak video dan berpendapat bahawa video itu tidak mematuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Status ikon kuning tidak boleh diubah.

Nota: Jika video memiliki trafik tidak sah, hal itu tidak akan menyebabkan pemaparan ikon kuning. Ikon kuning hanya digunakan pada video berdasarkan garis panduan kandungan mesra pengiklan kami.

Tidak layak Ikon ini paling kerap dipaparkan di sebelah video apabila terdapat tuntutan hak cipta terhadap video. Video ini tidak boleh diwangkan. Jika perihalan status menyatakan “Hak cipta”: Perihalan ini bermakna pemegang hak sama ada telah menuntut video anda menggunakan Content ID atau telah menyerahkan permintaan pengalihan keluar hak cipta yang lengkap dan sah. Situasi ini berlaku apabila video anda menggunakan hasil kerja yang dilindungi oleh hak cipta tanpa keizinan. Akibatnya, anda tidak boleh melakukan pengewangan pada video itu lagi.
Mati Bagi iklan Halaman Tontonan, ikon ini bermakna anda memilih untuk tidak menghidupkan pengewangan untuk video. Jika ikon ini dipaparkan pada Shorts anda, hal ini bermakna anda belum menerima Modul Pengewangan Shorts pada YouTube Studio. Video ini tidak diwangkan. Jika perihalan status menyatakan “Hak cipta”: Hal ini bermakna orang lain memiliki hak cipta kandungan dalam video anda. Iklan disiarkan dan hasil akan diberikan kepada pemilik hak cipta. Berita baik untuk anda, pemilik hak cipta bersedia untuk berkongsi hasil dengan anda. Jika anda menukar status pengewangan kepada “dihidupkan”, anda mendapat separa hasil untuk video ini.

Sebab ikon pengewangan mungkin bertukar daripada hijau kepada kuning

Kadangkala ikon pengewangan video bertukar daripada hijau kepada kuning . Perubahan pada status pengewangan ini berlaku kerana sistem kami terus mengimbas video anda untuk memastikan sama ada video itu mematuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan kami atau tidak. Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan proses ini lebih pantas dan lebih stabil.

Perkara yang boleh anda lakukan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ikon

Sebelum anda menerbitkan video anda sebagai umum

Semasa proses muat naik, kami mengesyorkan agar anda memuat naik video anda sebagai peribadi atau tidak tersenarai seawal mungkin untuk memastikan video anda diterbitkan tepat pada masanya selepas proses semakan kesesuaian iklan selesai.

Selepas video anda disiarkan secara langsung

Status pengewangan video anda mungkin berubah selepas muat naik awal, tetapi biasanya akan menjadi stabil dalam tempoh 24 jam. Harap maklum bahawa dalam sesetengah keadaan, status boleh berubah walaupun selepas 24 jam berdasarkan cara penonton berinteraksi dengan video anda.

Jika anda berpendapat bahawa pemaparan ikon kuning pada video anda suatu kesilapan, anda boleh meminta semakan jurusemak. Selepas pakar dasar menyemak video dan membuat keputusan akhir, ikon pengewangan tidak akan berubah.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8498046113970492481
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false