Dengan Pemain mini, anda boleh terus menonton video, termasuk senarai main dan strim langsung sambil menyemak imbas YouTube.
Mulakan Pemain mini
Jika anda menggunakan apl YouTube, Pemain mini akan timbul secara automatik pada bahagian bawah skrin, jika anda mengetik butang kembali atau meleret ke bawah ketika menonton video.
Kawal Pemain mini
Video akan terus dimainkan dalam Pemain mini semasa anda menavigasi YouTube. Jika anda mengetik lakaran kecil video lain pada Halaman utama semasa Pemain mini masih timbul, anda akan beralih kepada video tersebut.
Mainkan atau jeda: Ketik pada bahagian atas sebelah kiri Pemain mini untuk menjeda video. Ketik
untuk menyambung semula.
Keluar: Ketepikan Pemain mini dengan mengetik pada bahagian atas sebelah kanan pemain. Anda juga boleh kembali kepada halaman tontonan video dengan mengetik video dalam Pemain mini.
Gerakkan dan ubah saiz Pemain mini
Gerakkan: Sentuh, tahan dan seret Pemain mini untuk menggerakkan pemain mini pada sekeliling skrin anda.
Ubah saiz: Ketik dua kali Pemain mini untuk beralih antara saiz maksimum dengan minimum. Anda juga boleh mencubit keluar untuk membesarkan Pemain mini atau mencubit masuk untuk mengecilkan saiz tersebut.
Sembunyikan: Sembunyikan video dengan menyeret dan melepaskan Pemain mini ke arah pinggir skrin anda. Anda juga boleh menyembunyikan Pemain mini dengan meleret pemain dengan pantas ke arah pinggir skrin anda. Untuk mengembalikan Pemain mini, ketik atau seret anak panah yang dipaparkan pada pinggir skrin.
Main Latar: Untuk pengguna bukan Premium, main balik akan menjeda semua kandungan dengan serta-merta, termasuk iklan, apabila pemain mini disembunyikan dan akan menyambung semula apabila pemain mini tidak disembunyikan lagi. Main latar ialah ciri YouTube Premium.