Program Beta Android terbuka kepada semua pembangun apl Android atau mana-mana pengguna yang mempunyai peranti Android. Sebagai penguji beta YouTube, anda boleh menggunakan apl YouTube seperti biasa. Hal ini dapat membantu kami meningkatkan dan menstabilkan YouTube untuk semua pengguna dan pencipta.
Cara ikut serta
Untuk menjadi penguji beta Android YouTube:
- Akses halaman ikut serta program ujian beta (Anda mungkin perlu log masuk ke Google Account anda).
- Pilih Jadi penguji.
- Ikut arahan pada skrin untuk mula menggunakan versi beta.
Cara menarik diri
Untuk berhenti menjadi penguji beta Android YouTube:
- Akses halaman tarik diri program ujian beta (Anda mungkin perlu log masuk ke Google Account anda).
- Pilih Tinggalkan program.
Nota: Jika anda meninggalkan program, anda mungkin perlu mengemaskinikan apl YouTube anda untuk menggunakan versi biasa.
Hantar maklum balas kepada kami
Penyertaan dan maklum balas anda akan membantu kami membina versi apl yang lebih baik. Sila hantar maklum balas atau pertanyaan tentang mana-mana ciri yang telah anda uji kepada kami.
Soalan lazim
Bolehkah saya memasang kedua-dua apl versi beta dan versi biasa?
Tidak, anda hanya boleh memasang satu versi apl YouTube pada peranti Android anda.
Adakah saya akan kehilangan sebarang data jika saya bertukar kepada versi beta?
Pertukaran kepada versi beta adalah sama seperti kemaskinian biasa, maka anda tidak akan kehilangan sebarang data atau tetapan.
Adakah ruang dalam program beta YouTube terhad?
Ya, YouTube mengehadkan bilangan pengguna dalam program beta. Jika tiada ruang lagi, anda akan melihat mesej yang menyatakan bahawa penyertaan program tersebut telah penuh. Jika penguji semasa menarik diri, lebih banyak ruang mungkin dibuka nanti.