Urus langganan pendua

Kami menawarkan beberapa pilihan keahlian berbayar untuk YouTube. Selepas meningkatkan atau beralih daripada satu pilihan keahlian kepada pilihan yang lain, anda mungkin mendapati bahawa anda dikenakan pengebilan berganda. Sesetengah pilihan keahlian berbayar kami memberikan akses kepada langganan lain secara automatik, maka anda boleh berjimat dengan membatalkan langganan peringkat lebih rendah.

Ketahui perkaitan setiap keahlian berbayar dengan keahlian yang lain dan cara menyelesaikan atau mengelakkan langganan berganda.

Jika terdapat caj pendua yang anda percaya bukan disebabkan oleh lebih daripada satu langganan, sila lawati halaman ini. Anda mungkin melihat penahanan keizinan, caj belum selesai atau caj jenis lain yang tidak dijangka.

Pilihan & pengebilan langganan

YouTube Premium:

  • Memberi anda akses kepada semua manfaat YouTube Premium + akses kepada semua manfaat YouTube Music Premium.
  • Dibilkan melalui YouTube atau Apple (jika anda mendaftar pada iOS).

YouTube Music Premium:

  • Memberi anda akses kepada semua manfaat YouTube Music Premium.
  • Dibilkan melalui YouTube atau Apple (jika anda mendaftar pada iOS).

Cara membaiki langganan berganda

Jika anda mendaftar untuk YouTube Premium dan YouTube Music Premium secara tidak sengaja: Anda boleh berjimat dengan membatalkan keahlian YouTube Music anda kerana keahlian tersebut disertakan dalam keahlian YouTube Premium. Jika anda mendaftar untuk YouTube Music Premium dengan Apple, batalkan keahlian anda melalui Apple. Jika anda mendaftar dengan YouTube, ketahui cara membatalkan keahlian anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14997536334379416066
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false