Halaman destinasi Permainan ialah platform yang sangat sesuai untuk menemukan kandungan permainan baharu pada YouTube. Anda boleh mengakses halaman destinasi Permainan daripada Tab Teroka pada peranti mudah alih atau daripada menu sisi pada komputer anda.
Pada halaman destinasi Permainan, terdapat bahagian untuk video permainan sohor kini, strim langsung popular dan permainan langsung popular (yang membolehkan anda menerokai lebih banyak kandungan yang menampilkan permainan tersebut). Terdapat juga bahagian untuk video permainan terkini daripada langganan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak kandungan permainan, anda boleh menerokai halaman permainan yang dijana secara automatik oleh YouTube. Anda boleh menemukan halaman permainan di bawah perihalan video apabila anda menonton mana-mana video permainan. Halaman permainan mengandungi bahagian yang berbeza yang menampilkan kandungan (seperti video dan strim langsung popular) yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber merentas YouTube. Anda juga boleh menerokai permainan lain daripada penerbit atau pembangun yang sama pada halaman permainan. Apabila anda melanggan halaman permainan, pautan akan ditambahkan pada halaman permainan itu dalam senarai langganan anda.
Bagaimanakah YouTube menentukan masa untuk menjana halaman permainan secara automatik?
Halaman permainan yang dijana secara automatik dibuat apabila permainan memiliki kehadiran yang ketara pada laman. Jika permainan tiada halaman permainan yang dijana secara automatik, hal ini mungkin kerana:
- Terdapat hanya beberapa video pada permainan.
- Tidak banyak tontonan untuk video pada permainan ini.
- Video pada permainan tidak memenuhi ambang kualiti YouTube.
Menggunakan algoritma, YouTube menentukan topik utama dalam video dan menggunakan maklumat tersebut untuk membangunkan koleksi video bagi permainan. Halaman permainan ini tidak menyampaikan sebarang pandangan editor bagi pihak YouTube.
Anda tidak perlu melakukan apa-apa kecuali mengikut amalan terbaik standard untuk penemuan video: letakkan tajuk dan perihalan yang menarik.
Pastikan anda memfokuskan kualiti dan bukan kuantiti tag. Seperti biasa, jangan cuba mengelirukan penonton — kerana tindakan ini merupakan pelanggaran terhadap Garis Panduan Komuniti YouTube.
Jika video permainan anda dipaparkan pada saluran topik yang salah, semak tajuk, perihalan dan kategori video permainan tersebut. Pada YouTube Studio, pastikan kategori “Permainan” dipilih dan anda telah memilih permainan yang betul.